Terung pipit
Terung pipit, terung rembang atau terung manggul (nama saintifik: Solanum torvum) adalah sejenis tumbuhan jenis terung dalam genus Solanum keluarga Solanaceae.[2]
Terung pipit | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Tumbuhan
|
Divisi: | Magnoliophyta
|
Kelas: | Magnoliopsida
|
Order: | Solanales
|
Genus: | Solanum
|
Spesies: | S. torvum
|
Nama binomial | |
Solanum torvum Sw.
| |
Sinonim[1] | |
Solanum ferrugineum Jacq. |
Tumbuhan ini bertaburan asal di kawasan Antillen di kepulauan Caribbean tersebar di kawasan-kawasan tropika seluruh dunia. Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimakan sebagai sayur.[3]
Peristilahan
suntingTumbuhan ini dikenali dengan beberapa nama setempat dalam rantau Nusantara:
- bahasa Minangkabau: rimbang
- bahasa Jawa: ꦕꦼꦏꦺꦴꦏꦏ꧀ cekokak
- bahasa Sunda: takokak
Botani
suntingBatangnya berkayu liat dan berdahan banyak. Hampir semua bagian tumbuhan ini berduri, kecuali hanya buah yang ditutupi bulu halus.[2] Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan berhujung tumpul;[2][4] terdapat juga duri pada urat daunnya dengan ukuran daun 7–20 cm panjang dan 4–18 sm lebar.[2]
Bunganya berjambak di hujung atau pangkal ranting yang tampak berwarna putih. Buah yang dihasilkan berupa beri.[4]
Pengunaan
suntingSebagai bahan makanan
suntingBuah muda tumbuhan ini boleh dimakan mentah sebagai ulam sambal tumis mahupun dimasak celur, goreng, rebus atau kari.[2]
Masyarakat Mandailing atau Tapanuli biasanya menggunakan buah ini dalam campuran sayur daun ubi tumbuk.
Perubatan
suntingAir rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Daun-daun pokok ditumbuk lumat untuk melegakan sakit kebakaran. Akarnya yang ditumbuk lumat pula dapat mengubati retak kulit pada kaki serta melegakan sakit dan pendarahan pada kebengkakan. Bahkan seluruh bahagian tumbuhan ini dapat diperah cecairnya sebagai ubat mentawarkan bisa serangga dan ular.[2]
Tujuan lain
suntingPokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.[5]
Kandungan kimia
suntingDalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid terglikosilat yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[6][7] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).[8]
Galeri
sunting-
Buah terung pipit.
-
Pokok terung pipit.
-
Buah terung pipit di pokok.
-
Terung pipit dijual bergugus
Rujukan
sunting- ^ "Name - Solanum torvum Sw. synonyms". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada February 19, 2010.
- ^ a b c d e f Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 120–121. ISBN 967-61-1390-5.
- ^ Wagner, Warren L.; Herbst, Derral R.; Sohmer, S. H. (1999). Manual of the Flowering Plants of Hawaii: Revised Edition (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii: University of Hawai‘i Press/Bishop Museum Press. ISBN 9780824821661.
- ^ a b Sastrapradja, Setijati; Lubis, Siti Harti Aminah; Djajasukma, Eddy; Soetarno, Hadi; Lubis, Ischak (1981). Proyek Penelitian Potensi Sumber Daya Ekonomi:Sayur-Sayuran. 6. Jakarta: LIPI bekerja sama dengan Balai Pustaka. m/s. 105. OCLC 66307472.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ A. Sahibin; I. Wan Mohd Razi; A. Zulfahmi; L. Tukimat; G. Muhd Barzani; H. Jumaat; H. Low (2008). "Pengambilan Logam Berat oleh Terung Pipit (Solanum torvum) dalam Tanih Ultrabes di Kuala Pilah, Negeri Sembilan" (PDF). Sains Malaysiana. 37 (4): 323–330. ISSN 0126-6039.
- ^ Alkaloids in Solanum torvum Sw (Solanaceae) (With 2 Tables & 1 Figure)
- ^ Döpke, W.; Nogueiras, C.; Hess, U. (November 1975). "[The steroid-alkaloid and sapogenin content of Solanum torvum]". Die Pharmazie. 30 (11): 755. ISSN 0031-7144.
- ^ Smith, Silas W.; Giesbrecht, Esther; Thompson, Margaret; Nelson, Lewis S.; Hoffman, Robert S. (November 2008). "Solanaceous steroidal glycoalkaloids and poisoning by Solanum torvum, the normally edible susumber berry". Toxicon: Official Journal of the International Society on Toxinology. 52 (6): 667–676. doi:10.1016/j.toxicon.2008.07.016. ISSN 0041-0101. PMID 18725244.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Terung pipit. |
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora And Fauna Web, Lembaga Taman Negara Singapura