Antillen
Kepulauan Antillen (bahasa Inggeris: The Antilles ; Perancis: Antilles , Sepanyol: Antillas , Belanda: Antillen , Portugis: Antilhas ) merupakan sebuah kepulauan disempadani Laut Caribbean di sebelah selatan dan baratnya, Teluk Mexico di sebelah barat lautnya dan Laut Atlantik di sebelah utara dan timurnya.
Kepulauan ini dibahagikan kepada dua kumpulan kecil: Antillen Besar dan Antillen Kecil. Kepulauan Antillen Besar termasuk pulau-pulau besar Cuba, Jamaica, Puerto Rico, Hispaniola (dibahagikan kepada Haiti dan Republik Dominica) dan Kepulauan Cayman. Kepulauan Antillen Kecil pula terdapat Kepulauan Lindung Angin, Kepulauan Hadap Angin, dan Kepulauan Antillen Lindung Angin di utara Venezuela. Kepulauan Lucayan (terdiri daripada Bahamas serta Kepulauan Turks dan Caicos) secara umumnya tidak dikategorikan bersama dalam kepulauan besar ini meskipun berada sebahagian daripada Hindia Barat.[1]
Secara geografinya, kepulauan Antillen dianggap sebagai satu subkawasan Amerika Utara. Cuba, Republik Dominica dan Puerto Rico – dan kadangkalanya keseluruhan pulau-pulau ini – dikira mengikut konteks budaya sebagai sebahagian daripada Amerika Latin[perlu rujukan], namun ada sesetengah sumber mengelakkan peringkasan sosioekonomi ini dengan menggunakan "Amerika Latin dan Caribbean" (Latin America and the Caribbean). Secara geologinya pula, Kepulauan Antillen Besar terdiri daripada batu kerak benua, berbeza daripada Kepulauan Antille Kecil yang kebanyakannya merupakan pulau-pulau bergunung berapi atau berterumbu karang.
Negara dan kawasan
suntingKepulauan Lucayan
suntingKepulauan Antillen Besar (Greater Antilles)
suntingKepulauan Antillen Kecil (Lesser Antilles)
suntingKepulauan Antillen Lindung Angin (Leeward Antilles)
sunting- Aruba (Kerajaan Belanda)
- Bonaire (Belanda)
- Curaçao (Kerajaan Belanda)
- Kawasan Pentadbiran Persekutuan Venezuela
- Nueva Esparta
Kepulauan Lindung Angin (Leeward Islands)
sunting- Anguilla (United Kingdom)
- Antigua dan Barbuda
- Kepulauan Virgin British (United Kingdom)
- Guadeloupe (Perancis)
- Montserrat (United Kingdom)
- Saba (Belanda)
- Saint Barthélemy (Perancis)
- Saint Martin
- Saint Kitts dan Nevis
- Saint Eustatius (Belanda)
- United States Virgin Islands (Amerika Syarikat)