Terier Dandie Dinmont
Terier Dandie Dinmont[a] ialah satu baka anjing kecil Scotland dalam keluarga terier. Baka ini mempunyai tubuh sangat panjang, tungkai pendek, dan toncet bulu distingtif di kepala. Ia ramah namun gagah dan sesuai untuk interaksi dengan kanak-kanak lebih tua. Terdapat kebimbangan kesihatan spesifik baka: ia dapat terjejas akibat masalah spina oleh sebab tubuh memanjangnya dan baka ini terjejas akibat kanser anjing pada kadar lebih tinggi daripada purata.
Nama ringkas | Dandie Terier Hindlee | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baka ini dinamai sempena watak cereka dalam novel Sir Walter Scott, Guy Mannering. Watak ini, Dandie Dinmont, disangkakan sebahagiannya berdasarkan James Davidson, yang dikreditkan sebagai "bapa" kepada baka moden ini. Anjing Davidson diturunkan daripada terier lebih awal milik keluarga, termasuk Allans dari Holystone, Northumberland.
Terdapat tiga buah kelab baka di United Kingdom yang menyokong baka ini, sungguhpun ia berdaftar sebagai Baka Asli Rentan oleh The Kennel Club kerana bilangan rendah pendaftaran anak anjing pada setiap tahun.
Sejarah
suntingBaka ini berasal daripada anjing yang digunakan di desa sempadan England-Scotland. Semasa tahun 1600-an, ia digunakan untuk memburu bejar dan berang-berang.[1] Walaupun asal usul utamanya kekal tidak diketahui, anjing yang dimiliki oleh keluarga Allan dari Holystone, Northumberland pada awal 1700-an dianggap telah terlibat dalam asal usul awalnya.[1]
Anjing ini mungkin sejenis terier sempadan,[2] walaupun teori-teori lain wujud termasuk idea bahawa ia merupakan silangan antara terier Scotland dengan terier Skye.[3] Ketua keluarga ini ialah Willie "Piper" Allan, yang lahir di Bellingham yang berdekatan.[1] Beliau membela anjing untuk pemburuan berang-berang.[4] Lord Ravensworth pernah mengupah Allan untuk membasmi berang-berang dari kolam di Eslington Park. Lord Ravensworth mencuba untuk membeli salah seekor anjing milik Allan selepas beliau berjaya membasmi berang-berang itu, tetapi Allan menolak.[4]
Allan meninggal dunia pada 18 Februari 1779 dan anjing-anjing beliau diserahkan ke dalam jagaan anak lelaki beliau, James.[5] Anak lelaki kepada James pula selanjutnya mewarisi anjing-anjing itu dan menjual seekor anjing bernama Old Pepper kepada En. Francis Sommer yang berasal dari Town Yetholm di sebelah Scotland di sempadan. Old Pepper diturunkan daripada salah seekor anjing milik Willie Allan yang telah bekerja di manor Lord Ravensworth.[5]
Baka ini kekal agak kurang terkenal di luar kawasan sempadan sehingga tahun 1815 semasa novel Sir Walter Scott Guy Mannering diterbitkan. Scott meluangkan masa di kawasan itu sementara Syerif Selkirk belajar tentang kekuasaan jenis terier pakar ini untuk kerja dengan rubah dan berang-berang. Semasa beliau mengarang Guy Mannering, beliau menyertakan watak bernama Dandie Dinmont yang memiliki sebilangan terier bernama Pepper dan Mustard sempena warna lapis bulu. Watak Dinmont sebahagiannya berdasarkan petani dan pemilik terier kehidupan sebenar, James Davidson,[6] yang juga menggunakan istilah generik Pepper dan Mustard untuk anjing-anjing beliau bergantung pada lapis bulu.[7] Anjing-anjing milik Davidson berasal daripada pelbagai sumber termasuk anjing-anjing keluarga Allan, Anderson, dan Faas.[8][9] Davidson mendokumenkan pembiakbakaan beliau dan beliau telah diterima sebagai pencipta baka moden.[10]
Sesetengah pembiakbakaan saling dengan baka-baka lain berlangsung pada pertengahan tahun 1800-an, yang mungkin telah memperkenalkan darah dachshund ke dalam baka ini,[11][12] namun pembiak baka tertentu mengekalkan susur galur tulen.[11] Teori dachshund pertama kali diperkenalkan oleh John Henry Walsh dengan pseudonim "Stonehenge" pada tahun 1880-an,[13] dan dinafikan oleh ramai pembiak baka dari zaman itu.[14] Menjelang pertengahan tahun 1800-an, baka ini dikenali sebagai terier Dandie Dinmont dan semakin dicari-cari untuk perburuan selepas karangan Scott diterbitkan.[7] Ia kekal sebagai satu-satunya baka anjing yang dinamai sempena watak cereka.[15] Pada sekitar masa ini, baka ini telah mempunyai sesetengah penglibatan dalam perkembangan terier Bedlington.[16]
The Kennel Club dibentuk pada tahun 1873 dan, di Fleece Hotel di Selkirk, Sempadan Scotland pada 17 November 1875, Dandie Dinmont Terrier Club (DDTC) dibentuk,[17] lalu menjadi kelab baka ketiga tertua untuk anjing di dunia.[18] Lord Melgund ialah presiden pertama persatuan itu, manakala E Bradshaw Smith ialah naib presiden pertama. Pembiak baka Hugh Dalziel dan William Stachen juga terlibat dalam pembentukan kelab itu.[19] Piawaian baka diwujudkan oleh William Wardlaw Reid, seorang lagi anggota pengasas kelab itu, yang dipersetujui setahun kemudian dalam satu lagi mesyuarat kelab itu.[17] Pertunjukan kelab diadakan buat pertama kali di Carlisle pada tahun 1877. Pertunjukan-pertunjukan selepas ini diadakan bersama-sama dengan kelab-kelab lain secara tahunan sehingga tahun 1928 apabila pertunjukan berpindah ke Market Hall di Carlisle. Kecuali semasa Perang Dunia Kedua, di sana, pertunjukan terus diadakan sehingga tahun 1982. Pertunjukan terus diadakan di kawasan umum sehingga tahun 2001 apabila pertunjukan berpindah ke selatan ke Cheshire dan ke Lancashire.[17]
DDTC bukan satu-satunya kelab baka di United Kingdom. Untuk sementara, beberapa buah kelab baka diwujudkan di Scotland, tetapi tiada yang bertahan lama kecuali Scottish Dandie Dinmont Terrier Society yang bergabung ke dalam DDTC pada tahun 1929.[17] Kini, sebagai tambahan kepada DDTC, terdapat juga Southern Dandie Dinmont Terrier Society dan, untuk Scotland, Caledonian Dandie Dinmont Club.[17]
Baka ini pertama kali didaftarkan dengan American Kennel Club (AKC) pada tahun 1888. Terier Dandie Dinmont diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada tahun 1918. Semasa Perang Dunia Kedua, banyak kenel berselerak dan anjing-anjing dimusnahkan, kerana kekurangan makanan yang disebabkan oleh catuan dan kekurangan tenaga kerja. Selepas peperangan, beberapa buah kenel memimpin jalan ke arah pengasasan semula baka ini termasuk Bellmead Kennels, yang terletak mula-mula di Surrey sebelum kemudian berpindah ke Old Windsor.[18] Terier Dandie Dinmont terus dibiakbakakan di Bellmead sehingga awal tahun 1990-an, apabila ia berpindah ke tangan Battersea Dogs and Cats Home.[18]
Pada tahun 2006, The Kennel Club mengiktiraf terier Dandie Dinmont sebagai salah satu baka anjing paling jarang yang asli di Kepulauan British dan meletakkannya dalam senarai baharu Baka Asli Rentan. Baka-baka yang dipilih untuk senarai ini merupakan yang berasal dari United Kingdom dan Ireland, tetapi mempunyai kurang daripada 300 pendaftaran anak anjing setiap tahun. Satu tempoh amat rendah adalah pada antara Julai dengan September 2003, apabila hanya 21 ekor anak anjing didaftarkan, 18 daripadanya merupakan jantan. Secara keseluruhan pada tahun itu, hanya 90 ekor anak anjing didaftarkan di United Kingdom, berbanding dengan 9,823 ekor untuk terier putih Tanah Tinggi Barat. Di samping itu, angka telah menurun ke paras rendah di Amerika juga dengan AKC yang hanya mendaftarkan 75 ekor anak anjing dalam tempoh masa sama.[20] Ikutan usaha selepas tahun 2006, angka pendaftaran terier Dandie Dinmont bertambah baik sedikit dengan 151 ekor anak anjing yang berdaftar dengan The Kennel Club pada tahun 2010, iaitu jumlah tertinggi untuk mana-mana tahun dalam sepuluh tahun sebelumnya. Antara baka terier asli lain, hanya terier Skye, terier Sealyham, terier Manchester, dan terier Glen of Imaal yang mempunyai angka pendaftaran lebih rendah.[21]
Perihal
suntingBaka ini mempunyai tungkai pendek dengan tubuh memanjang. Yang luar biasa sesama baka terier Scotland, ia mempunyai telinga labuh.[22] Lehernya berotot kerana telah dikembangkan daripada penggunaan baka ini terhadap buruan lebih besar.[23] Ketinggian tipikal pada paras kelasa ialah 8–11 inci (20–28 cm) dan ia dapat berukuran seberat 18–24 paun (8.2–10.9 kg).[22]
Walaupun terier Dandie Dinmont pada umumnya merupakan baka tahan lasak, ia mungkin mempunyai isu dalam memanjat tangga.[22] Ia mempunyai lapis bulu sutera yang membentuk toncet di atas kepala anjing.[23] Terier Dandie Dinmont mempunyai rupa bentuk tubuh serupa dengan yang pada terier Skye, tetapi lapis bulu terier Skye adalah lebih tebal dan lebih panjang.[23]
Lapis bulunya terdapat dengan dua julat warna, lada dan mustard. Warna lada berkisar daripada hitam kebiru-biruan gelap hingga kelabu perak sangat cerah; warna mustard pula berbeza-beza daripada perang kemerah-merahan hingga perang kekuning-kuningan, dengan kepala yang kelihatan hampir putih. Biasanya, tungkai dan kaki mempunyai warna lebih gelap dengan warna lebih cerah pada tubuh yang perlahan-lahan bercampur dengan warna pada tungkai.[24] Kedalaman lapis bulu dapat mencapai sehingga 2 inci (5.1 cm). Warna lapis bulu biasanya ditetapkan pada masa anjing mencapai usia lapan bulan, tetapi terier Dandie Dinmont masih terus mematang secara fizikal sehingga sekitar usia dua tahun.[22]
Perangai
suntingBaka ini tabah tetapi biasanya ramah dan sesuai untuk kanak-kanak lebih besar.[25] Ia sesuai sebagai pendamping baik dan anjing pengawal tetapi merupakan antara baka terier paling jinak; ia biasanya agak kuat meminta daripada pemiliknya.[26] Walau bagaimanapun, ia terkenal kerana kebolehannya untuk menggali lubang besar dalam tempoh masa singkat.[15] Ia dapat dilatih untuk menjadi baik dengan kucing tetapi tidak patut dipercayai di sekeliling haiwan lebih kecil seperti hamster atau tikus.[25] Ia diperihalkan sebagai anjing yang "sangat game" ("tahan lasak", "cenderung bertarung"), kerana ia cenderung untuk mencabar haiwan lain, termasuk rubah, dan, dalam sesetengah kes, anjing lain.[15]
Kesihatan
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[27]
Oleh sebab tubuh memanjang baka ini, dapat ada masalah belakang dalam baka ini, khususnya dengan cakera intervertebra pada belakang anjing berkenaan. Cakera ini kadang-kadang dapat tergelincir daripada tempatnya, lalu mengakibatkan pengherniaan ceper spina. Gejala bergantung pada bahagian belakang terjejas; ini mungkin termasuk kelemahan, kelumpuhan, dan/atau kehilangan kawalan pundi kencing.[23]
Sebuah kajian Amerika mendapati risiko lebih tinggi untuk pirau portosistemik kongenital luar hati, dengan 1.6% daripada jumlah terier Dandie Dinmont yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 0.18% secara keseluruhan dan 0.05% untuk anjing baka kacuk.[28]
Terier Dandie Dinmont juga berisiko lebih tinggi sedikit untuk menghidap kanser berbanding dengan purata.[29]
Catatan
sunting- ^ Jawi: تيريئر دندي دينمون ; bahasa Inggeris: Dandie Dinmont terrier
Rujukan
suntingKutipan
sunting- ^ a b c Cook 1885, halaman 5
- ^ Cook 1885, halaman 70
- ^ Warren, Dean Marvin (2002). Small Animal Care and Management [Penjagaan dan Pengurusan Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Albany, New York, Amerika Syarikat: Delmar Thomson Learning. m/s. 82. ISBN 9780766814240. OCLC 43287547.
- ^ a b Cook 1885, halaman 6
- ^ a b Cook 1885, halaman 7
- ^ Cook 1885, halaman 8
- ^ a b Cook 1885, halaman 9
- ^ Cook 1885, halaman 10
- ^ Cook 1885, halaman 14
- ^ Cook 1885, halaman 15
- ^ a b Cook 1885, halaman 28
- ^ Cook 1885, halaman 69
- ^ Cook 1885, halaman 72
- ^ Cook 1885, halaman 75
- ^ a b c Kern, Kerry V. (2005). The Terrier Handbook [Buku Panduan Terier] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 109. ISBN 9780764128608. OCLC 56617271.
- ^ Glover, John Robert (1990). The Working Bedlington [Terier Bedlington Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Dickson Price. m/s. 13. ISBN 9780853801122. OCLC 60071575.
- ^ a b c d e "A Potted History of the Club" [Sejarah Ringkas Kelab] (dalam bahasa Inggeris). The Dandie Dinmont Terrier Club. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ a b c Keevil, Paul. "History of the Dandie Dinmont Terrier" [Sejarah Terier Dandie Dinmont] (dalam bahasa Inggeris). The Caledonian Dandie Dinmont Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ Shaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog [Buku Berilustrasi tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 118. OCLC 621710.
- ^ "An Introduction to the Vulnerable Native Breeds" [Pengenalan kepada Baka Asli Rentan] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "Comparative Tables of Registrations for the Years 2001 - 2010 Inclusive" [Jadual Perbandingan Pendaftaran untuk Tahun 2001–2010 Inklusif] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Januari 2012. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ a b c d Kern, Kerry V.; Vriends, Matthew M. (1988). The New Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 87. ISBN 9780812039511. OCLC 17508196.
- ^ a b c d Alderton, David (2006). Top to Tail: The 360° Guide to Picking Your Perfect Pet [Dari Atas ke Ekor: Panduan 360° untuk Memilih Haiwan Peliharaan Sempurna Anda] (dalam bahasa Inggeris). Newton Abbot, United Kingdom: David & Charles. m/s. 144. ISBN 9780715325896. OCLC 70765001.
- ^ Smith, Arthur Croxton (1909). Everyman's Book of the Dog [Buku Anjing Setiap Orang] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Hodder & Stoughton. m/s. 140. OCLC 5871691.
- ^ a b Stall, Sam (April 2005). The Good, the Bad, and the Furry: Choosing the Dog That's Right for You [Yang Baik, yang Buruk, dan yang Berbulu: Memilih Anjing yang Betul untuk Anda] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Quirk Books. m/s. 97. ISBN 9781594740213. OCLC 61103847.
- ^ Cunliffe, Juliette (2003). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. m/s. 243. ISBN 9780752541617. OCLC 1023798416.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Tobias, Karen M.; Rohrbach, Barton W. (1 Disember 2003). "Association of breed with the diagnosis of congenital portosystemic shunts in dogs: 2,400 cases (1980–2002)" [Perkaitan baka dengan diagnosis pirau portosistemik kongenital pada anjing: 2,400 kes (1980–2002)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 223 (11): 1636–1639. doi:10.2460/javma.2003.223.1636. ISSN 1943-569X. PMID 14664452. S2CID 22148199.
- ^ Weiner, Michael P.; Gabriel, Stacey P.; Stephens, J. Claiborne, penyunting (12 September 2007). Genetic Variation: A Laboratory Manual [Variasi Genetik: Panduan Makmal] (dalam bahasa Inggeris). Cold Spring Harbor, New York, Amerika Syarikat: Cold Spring Harbor Laboratory Press. m/s. 399. ISBN 9780879697808. OCLC 141188042.
Umum
sunting- Cook, Charles (1885). The Dandie Dinmont Terrier: Its History and Characteristics [Terier Dandie Dinmont: Sejarah dan Cirinya] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: David Douglas. OCLC 16389571.