Tempoh Perantaraan Ketiga

Tempoh Pertengahan Ketiga merujuk pada satu tempoh Mesir Purba sejak kemangkatan Firaun Ramesses XI pada 1070 SM hingga pengasasan Dinasti ke-26 oleh Psamtik I pada 664 SM, berikutan penyingkiran pemimpin Nubia ketika Dinasti ke-25.

Tempoh Perantaraan Ketiga Mesir
kk. 1069 SM – kk. 664 SM
Pecahan kumpulan politik Mesir purba ketika Tempoh Perantaraan Ketiga. Sempadan di atas menunjukkan situasi politik semasa pertengahan abad ke-8 SM.
Pecahan kumpulan politik Mesir purba ketika Tempoh Perantaraan Ketiga. Sempadan di atas menunjukkan situasi politik semasa pertengahan abad ke-8 SM.
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanMesir Purba
Agama
Agama Mesir kuno
KerajaanMonarki
Firaun 
Sejarah 
• Didirikan
kk. 1069 SM 
• Dibubarkan
 kk. 664 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Baru Mesir
Zaman Akhir Mesir purba
Sekarang sebahagian dari Mesir

Perkembangan politik

sunting

Tempoh ini dicirikan oleh pemerintahan beraja yang berpecah-belah. Walaupun ketika zaman Ramesses XI, Dinasti Kedua Puluh Mesir telahpun kehilangan kuasa terhadap bandar Thebes, yang para paderinya mula berkuasa. Selepas kemangkatannya, penggantinya Smendes I telah memerintah dari bandar Tanis, dan Paderi Tertinggi Amun di Thebes memerintah selatan negara tersebut ketika tempoh Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir. Malah, pembahagian ini tidaklah begitu ketara seperti yang dilihat memandangkan kedua-dua firaun dan para paderi itu berasal dari keluarga yang sama.

Negara itu kemudiannya bergabung semula oleh Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir yang diasaskan oleh Shoshenq I pada 945 SM (atau 943 SM), yang berketurunan dari pendatang Meshwesh yang berasal dari Libya purba. Hal ini membawa kestabilan terhadap negara tersebut buat lebih dari seabad, tetapi selepas pemerintahan Osorkon II, negara itu semakin berpecah menjadi dua buah negeri dengan Shoshenq III menguasai Mesir Hilir pada 818 SM manakala Takelot II dan puteranya Osorkon (bakal Osorkon III) memerintah Mesir Tengah dan Hulu. Di Thebes, perang saudara meletus menyebabkan bandar tersebut tersepit antara tentera Pedubast, yang mendakwa dirinya Firaun yang menentang waris Takelot II/Osorkon B. Konflik tersebut hanya selesai pada tahun ke 39 pemerintahan Shoshenq III iaitu apabila Osorkon B akhirnya menewaskan musuhnya. Baginda kemudiannya mengasaskan Dinasti Libya Mesir Hulu bagi Osorkon IIITakelot III – Rudamun, tetapi kerajaan ini dengan segera berpecah selepas kemangkatan Rudamun dengan naiknya negeri kota d bawah raja seperti Peftjaubast di Herakleopolis, Nimlot di Hermopolis, dan Ini di Thebes.

Rujukan

sunting

Bibliografi

sunting
  • Dodson, Aidan Mark. 2001. “Third Intermediate Period.” In The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt, edited by Donald Bruce Redford. Vol. 3 of 3 vols. Oxford, New York, and Cairo: Oxford University Press and The American University in Cairo Press. 388–394.
  • Kitchen, Kenneth Anderson. [1996]. The Third Intermediate Period in Egypt (1100–650 BC). 3rd ed. Warminster: Aris & Phillips Limited.
  • Myśliwiec, Karol. 2000. The Twighlight of Ancient Egypt: First Millennium B.C.E. Translated by David Lorton. Ithaca and London: Cornell University Press.
  • Taylor, John H. 2000. “The Third Intermediate Period (1069–664 BC).” In The Oxford History of Ancient Egypt, edited by Ian Shaw. Oxford and New York: Oxford University Press. 330–368.