Templat:Laman Utama-Kandungan Atas

Rencana pilihan

Menara Komtar pada 2023.

Kompleks Tun Abdul Razak (singkatan Komtar), juga dikenali sebagai Kompleks Angkasa Perdana, ialah sebuah kompleks sivik di George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760 ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia dan di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman luar bandar dan pusat pengangkutan bas dan keretapi. Kompleks ini mengandungi pejabat yang berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000 m2) dan ruang komersial di atas blok bandar seluas 27-ekar (11 he). Komtar kini merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang. (Rencana penuh...)

Berita terkini