Kabinet Schoof
Kabinet Schoof ialah kabinet Belanda, yang mengangkat sumpah pada 2 Julai 2024. Ketuai oleh seorang ahli politik bebas dan penjawat awam Dick Schoof sebagai Perdana Menteri Belanda, kabinet ini dibentuk oleh Parti untuk Kebebasan (PVV), Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD), Kontrak Sosial Baharu (NSC) dan Gerakan Peladang–Rakyat (BBB) selepas pilihan raya umum Belanda 2023.
Kabinet Schoof | |
---|---|
Kabinet Belanda ke-72 | |
Tarikh dibentuk | 2 Julai 2024 |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Willem-Alexander, Raja |
Ketua kerajaan | Dick Schoof, Perdana Menteri |
Timbalan ketua kerajaan | |
Parti anggota | Parti untuk Kebebasan (PVV) Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD) Kontrak Sosial Baharu (NSC) Gerakan Peladang–Rakyat (BBB) |
Status dalam badan perundangan | Right-wing,[1] Pemerintahan majoriti (Kerajaan gabungan) 88/150 Templat:Composition bar/advanced |
Sejarah | |
Pilihan raya | Pilihan raya 2023 |
Penggal dalam badan perundangan | 2023–kini |
Pembentukan masuk | 2023–2024 formation |
Pendahulu | Kabinet Rutte keempat |
Pembentukan
suntingDi bawah pembentuk tidak rasmi Elbert Dijkgraaf dan Richard van Zwol, empat buah parti politik (PVV yang populis sayap kanan, VVD yang liberal konservatif, NSC yang demokratik Kristian, dan BBB parti agraria) mencapai garis kasar perjanjian gabungan, berjudul "Harapan, Berani, dan Bangga", pada 16 Mei 2024.[2] Mereka bersetuju untuk membentuk sebuah kabinet luar parlimen, yang mereka tafsirkan sebagai sebuah kabinet melangkaui kumpulan parlimen di Dewan Rakyat.[3] Van Zwol telah dilantik sebagai pembentuk pada 22 Mei. Pada 11 Jun, empat parti politik mencapai persetujuan untuk nama calon dan pengagihan jawatan menteri. Kabinet ini mengandungi 29 anggota, jumlah sama dengan sebelumnya, dengan 16 orang sebagai menteri. Tiga jawatan menteri baharu dicipta, Menteri Perlindungan dan Migrasi, Menteri Iklim dan Pertumbuhan Hijau, dan Menteri Perumahan dan Perancangan Ruangan; dan ia termasuk seorang menteri tanpa portfolio, dinamakan sebagai Menteri untuk Perdagangan Luar dan Kerjasama Pembangunan.[4]
Susulan pembentukan, kabinet ini ditugaskan untuk mengembangkan garis panduan perjanjian gabungan kepada perjanjian pemerintahan.[3] Undian parti gabungan tak terikat pada isu yang tidak terangkum dalam perjanjian, seperti persaraan, selagimana mereka tidak memberi kesan pada belanjawan.[5]
Anggota kabinet
suntingGabungan parti ditunjukkan di bawah menunjukkan parti yang diwakili anggota kabinet. Sesetengah anggota kabinet ialah anggota parti berbeza atau tidak berparti.
Title | Penyandang | Tempoh jawatan | Parti | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Gambar | Nama | Mula | Tamat | |||
Perdana Menteri | Dick Schoof | 2 Julai 2024 | Penyandang | Bebas | ||
Timbalan Perdana Menteri I | Fleur Agema | 2 Julai 2024 | Penyandang | PVV | ||
Timbalan Perdana Menteri II | Sophie Hermans | 2 Julai 2024 | Penyandang | VVD | ||
Timbalan Perdana Menteri III | Eddy van Hijum | 2 Julai 2024 | Penyandang | NSC | ||
Timbalan Perdana Menteri IV | Mona Keijzer | 2 Julai 2024 | Penyandang | BBB |
Kementerian | Tajuk[8] | Penyandang | Tempoh jawatan | Parti | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar | Nama | Mula | Tamat | ||||
Keadilan dan Keselamatan | Setiausaha Negara bagi Keadilan dan Keselamatan | Ingrid Coenradie | 2 Julai 2024 | Penyandang | PVV | ||
Setiausaha Negara bagi Perlindungan Undang-Undang | Teun Struycken | 2 Julai 2024 | Penyandang | NSC | |||
Dalam Negeri dan Hubungan Kerajaan | Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Pendigitalan | Zsolt Szabó | 2 Julai 2024 | Penyandang | PVV | ||
Setiausaha Negara bagi Pampasan Groningen | Eddie van Marum | 2 Julai 2024 | Penyandang | BBB | |||
Pendidikan, Kebudayaan dan Sains | Setiausaha Negara bagi Pendidikan Rendah dan Menengah, dan Peluang Keserataan]] | Mariëlle Paul | 2 Julai 2024 | Penyandang | VVD | ||
Kewangan | Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Percukaian dan Pentadbiran Cukai]] | Folkert Idsinga | 2 Julai 2024 | Penyandang | NSC | ||
Setiausaha Negara bagi Benefits and Customs | Nora Achahbar | 2 Julai 2024 | Penyandang | NSC | |||
Pertahanan | Setiausaha Negara bagi Pertahanan | Gijs Tuinman | 2 Julai 2024 | Penyandang | BBB | ||
Prasarana dan Pengurusan Air | Setiausaha Negara bagi Pengangkutan Awam dan Persekitaran | Chris Jansen | 2 Julai 2024 | Penyandang | PVV | ||
Pertanian, Perikanan, Keterjaminan Makanan dan Alam Sekitar | Setiausaha Negara bagi Perikanan, Keterjaminan Makanan dan Alam Sekitar | Jean Rummenie | 2 Julai 2024 | Penyandang | BBB | ||
Pembangunan Masyarakat dan Pekerjaan | Setiausaha Negara bagi Penglibatan dan Kesepaduan | Jurgen Nobel | 2 Julai 2024 | Penyandang | VVD | ||
Kesihatan, Kebajikan dan Sukan | Setiausaha Negara bagi Penjagaan Sosial dan Jangka Panjang | Vicky Maeijer | 2 Julai 2024 | Penyandang | PVV | ||
Setiausaha Negara bagi Belia, Pencegahan dan Sukan]] | Vincent Karremans | 2 Julai 2024 | Penyandang | VVD |
Rujukan
sunting- ^ "Dutch parties agree on final formation of rightwing government, Wilders says". Reuters. 11 June 2024. Dicapai pada 4 July 2024.
- ^ "Partijleiders nu definitief akkoord • Presentatie verschoven naar vanochtend" [Party leaders definitively in agreement • Presentation postponed to this morning]. NOS (dalam bahasa Belanda). 16 May 2024. Dicapai pada 16 May 2024.
- ^ a b Van den Dool, Pim (2024-05-31). "Beoogd premier Schoof belandt in een politiek mijnenveld" [Prime minister-designate Schoof will end up in a political minefield]. NRC (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 2024-06-01.
- ^ "Verdeling kabinetsposten nu officieel: drie nieuwe ministeries" [Division of cabinet posts official: Three new ministries]. NOS (dalam bahasa Belanda). 12 June 2024. Dicapai pada 12 June 2024.
- ^ Sie, Puck (29 May 2024). "De voordracht van Schoof als premier roept veel nieuwe vragen op" [Schoof's nomination as prime minister raises many new questions]. Het Financieele Dagblad (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 1 June 2024.
- ^ "Conflicten en opvallende uitspraken: dit zijn de beoogde vicepremiers". RTL Nieuws (dalam bahasa Belanda). 12 June 2024. Dicapai pada 14 June 2024.
- ^ a b "Het nieuwe kabinet-Schoof: alle namen van de ministers bekend". NOS (dalam bahasa Belanda). 13 June 2024. Dicapai pada 14 June 2024.
- ^ a b "Postenverdeling kabinet PVV/VVD/NSC/BBB". Bureau Woordvoering Kabinetsformatie (dalam bahasa Belanda). 12 June 2024. Dicapai pada 14 June 2024.