Templat:GP/Minggu 21 2022
Malé ialah ibu negara dan bandar raya paling padat yang merupakan pusat politik, kebudayaan, ekonomi dan kewangan yang utama di Republik Maldives. Secara geografi, ia terletak di selatan Atol Malé Utara, yang merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran Atol Kaafu. Walaupun bagaimanapun, bandar raya tersebut ditadbir oleh Majlis Bandaraya Malé. Keluasan bandar raya ini meliputi kawasan seluas 5.798 kilometer persegi (2.239 bt2) dan ia semakin membesar disebabkan oleh projek penebusgunaan tanah.Kredit gambar: Shahee Ilyas