Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2021
Januari
- 9 orang mati lemas di Beladin, Sarawak selepas kenderaan pacuan 4 roda tergelincir dari feri.
- Di Amerika Syarikat, Parti Demokrat memenangkan penguasaan Senat, dengan kemenangan dalam pilihan raya Senat biasa dan khas di Georgia.
- Perusuh pro-Trump menyerbu Kapitol Amerika Syarikat (gambar), mengganggu pengesahan pilihan raya Presiden dan memaksa Kongres dikosongkan sementara
- Penerbangan 182 Sriwijaya Air membawa 62 orang penumpang terhempas di utara Jakarta, Indonesia.
- Darurat diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia atas nasihat Majlis Keselamatan Negara Malaysia|Majlis Keselamatan Negara]], menjurus kepada Perintah Kawalan Pergerakan lebih ketat.
- Donald Trump menjadi Presiden A.S. pertama yang dipecat dua kali setelah Dewan Perwakilan menuduhnya menghasut pemberontakan.
- Gempa bumi di pulau Sulawesi Indonesia membunuh sekurang-kurangnya 42 orang dan mencederakan lebih dari 820 yang lain.
- Banjir di Kalimantan Selatan, Indonesia meragut 17 nyawa dan menyebabkan ratusan ribu orang terpaksa dipindahkan.
- Perdana Menteri Belanda Mark Rutte dan kabinetnya meletakkan jawatan akibat dari skandal penipuan kebajikan kanak-kanak.
- Yoweri Museveni dipilih semula sebagai Presiden Uganda.
- LauncherOne menjadi roket pesawat yang dilancarkan dengan berbahan bakar cecair pertama yang mencapai orbit.
- Faustin-Archange Touadéra dipilih untuk penggal kedua sebagai Presiden Republik Afrika Tengah.
- Di Rusia, tunjuk perasaan terhadap penangkapan Alexei Navalny berlaku di banyak bandar.
- Kaja Kallas menjadi Perdana Menteri wanita pertama Estonia, berikutan peletakan jawatan Jüri Ratas.
- Tekanan singkat yang diselaraskan mensasarkan dana lindung nilai Amerika Syarikat menyebabkan harga saham GameStop meningkat.
Februari
- Aung San Suu Kyi (gambar), Penasihat Negara Myanmar, ditahan oleh tentera dalam sebuah rampasan kuasa.
- Banjir akibat runtuhan glasier di Uttarakhand, India]], menyebabkan 26 orang maut dan lebih dari 200 yang lain hilang.
- Pilihan raya umum diadakan di Liechtenstein, dengan kedua-dua parti utama memenangi 10 kerusi daripada 25 jumlah keseluruhan.
- Kapal angkasa Al-Amal, dari Emiriah Arab Bersatu, dan Tianwen-1, dari China, masing-masing tiba di orbit Marikh.
- Ribut musim sejuk di Amerika Utara menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang mati dan beberapa juta yang lain tanpa air bersih atau elektrik.
- Mario Draghi (gambar) menjadi Perdana Menteri Itali, memimpin pemerintahan perpaduan kebangsaan setelah peletakkan jawatan Giuseppe Conte.
- Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump didapati tidak bersalah oleh Senat dalam perbicaraan pencabaran keduanya.
- Ngozi Okonjo-Iweala menjadi wanita dan orang Afrika pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia.
- Kapal angkasa Mars 2020 milik NASA termasuk perayau Perseverance dan helikopter Ingenuity selamat mendarat di Marikh.
- Kira-kira 300 gadis diculik dari sekolah menengah oleh penyamun bersenjata, dan kemudian dibebaskan, di Zamfara, Nigeria.
Mac
- Serangkaian letupan di Bata, Guinea Khatulistiwa, menyebabkan sekurang-kurangnya 105 orang mati dan lebih dari 600 yang lain cedera.
- John Magufuli (gambar), presiden Tanzania, meninggal dunia pada usia 61 tahun dan digantikan oleh naib presidennya, Samia Suluhu.
- Ahli matematik Avi Wigderson dan László Lovász berkongsi Hadiah Abel untuk karya mereka dalam Teori kekompleksan pengiraan dan teori graf.
- Anne Lacaton dan Jean-Philippe Vassal bersama-sama dianugerahkan Hadiah Seni Bina Pritzker.
- Di Australia, banjir di New South Wales memaksa pemindahan lebih daripada 18,000 orang.
- Samia Suluhu Hassan menjadi presiden wanita pertama Tanzania, berikutan kematian John Maguful pada usia 61 tahun.
- Kebakaran di kem pelarian Rohingya berhampiran Cox's Bazar, Bangladesh, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
- Dalam badminton, Lee Zii Jia (gambar) memenangi Seluruh England dalam perseorangan lelaki, Nozomi Okuhara perseorangan wanita, Yuta/Endo beregu lelaki, Mayu/Wakana beregu wanta, dan Yuta/Arisa beregu campuran.
- Kapal kargo Ever Given terdampar di sekitar dan menyekat Terusan Suez, mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih dari 200 kapal.
- Rusuhan berlaku di kawasan loyalis Ulster, Ireland Utara.
April
- Guillermo Lasso (gambar) terpilih menjadi Presiden Ecuador.
- 8 terkorban akibat gempa bumi dengan magnitud 6.0 Mw di Jawa Timur, Indonesia.
- Gunung berapi La Soufrière (gambar) meletus di Saint Vincent, memaksa pemindahan sekitar 20,000 orang.
- Putera Philip, Duke Edinburgh, konsort Ratu Elizabeth II, mangkat pada usia 99 tahun.
- Ahli arkeologi mengumumkan penemuan kota Mesir Purba iaitu Aten.
- Gunung berapi La Soufrière meletus di Saint Vincent, memaksa pemindahan sekitar 20,000 orang.
- 8 terkorban akibat gempa bumi dengan magnitud 6.0 Mw di Jawa Timur, Indonesia.
- Guillermo Lasso terpilih menjadi Presiden Ecuador
- Presiden Chad Idriss Déby terbunuh dalam sebuah serangan pemberontakan.
- Kapal selam Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut, KRI Nanggala disahkan tenggelam di Laut Bali dengan 53 orang anak kapal.
Mei
- Pertembungan dan serangan udara di kawasan Israel dan Palestin menyebabkan seramai 243 orang terbunuh dan ratusan lain tercedera di Palestin manakala seramai 13 orang terbunuh dan 119 tercedera di Israel.
- Sebuah insiden tembakan di sebuah sekolah di Kazan, Rusia menyebabkan sembilan orang terbunuh.
- Sebuah kemalangan kereta api (gambar menunjukkan tren yang terlibat dalam pertembungan) di laluan LRT Kelana Jaya, Kuala Lumpur menyebabkan lebih 200 orang penumpang tercedera.
- Chelsea F.C. menjadi juara Liga Juara-Juara UEFA 2020–21 setelah mengalahkan Manchester City F.C. dalam perlawanan akhir.
Jun
- Kapal angkasa Juno melakukan lintas terbang pada bulan Musytari, Ganymede.
- Naftali Bennett menjadi Perdana Menteri Israel baharu lalu menamatkan pemerintahan 12 tahun Benjamin Netanyahu selaku Perdana Menteri.
- Shenzhou 12 milik China dilancarkan dengan kru pertama (gambar) yang berlabuh di stesen angkasa Tiangong.
- Kenneth Kaunda, presiden pertama Zambia, meninggal dunia pada usia 97 tahun.
Julai
Ogos
September
- Olaf Scholz dan parti pimpinannya SPD memenangi banyak kerusi melalui pilihan raya persekutuan Jerman.
Oktober
- Sebuah rampasan kuasa tentera di Sudan, yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan, menjatuhkan pemerintahan Perdana Menteri Abdalla Hamdok.
- Shavkat Mirziyoyev dipilih semula sebagai Presiden Uzbekistan
November
- Akta Pertanian India dimansuhkan selepas setahun tunjuk perasaan oleh petani (contoh yang digambarkan).
- Xiomara Castro dipilih sebagai Presiden wanita pertama Honduras.
- Magdalena Andersson, yang meletak jawatan seminggu lebih awal selepas kurang dari satu hari sebagai Perdana Menteri-dilantik, dipilih semula sebagai Perdana Menteri Sweden.
- Barbados menjadi sebuah republik, dengan Sandra Mason menggantikan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.
- Kuala Lumpur City FC muncul juara Piala Malaysia (gambar logo) untuk kali ke-4 dalam tempoh 32 tahun selepas mengalahkan Johor Darul Ta'zim FC di pentas akhir.
- Pemerintah gabungan yang diketuai oleh Perdana Menteri Nicolae Ciucă (gambar), mengangkat sumpah di Romania, yang menamatkan krisis politik yang telah berlangsung hampir tiga bulan.
- Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban dalam sebuah kemalangan perlombongan di Wilayah Kemerovo, Rusia.
- Misi Double Asteroid Redirection Test (DART) dilancarkan untuk cuba mengubah orbit bulan asteroid Dimorphos.
- Magdalena Andersson (gambar) meletakkan jawatan tidak lama selepas dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama Sweden.
- Sekurang-kurangnya 46 orang terkorban dalam kemalangan bas berhampiran Bosnek, Bulgaria.
- Abdalla Hamdok dikembalikan semula sebagai Perdana Menteri Sudan dalam sebuah perjanjian berikutan rampasan kuasa pada Oktober.
- Dalam pilihan raya negeri Melaka, gabungan Barisan Nasional memperoleh majoriti 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, dengan Sulaiman Md Ali (gambar) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
- Misi Crew-3 SpaceX membawa empat angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Daniel Ortega dipilih semula sebagai Presiden Nicaragua.
- Rempuhan beramai-ramai di Astroworld Festival di Houston, Texas, menyebabkan 10 orang maut dan ratusan yang lain cedera
- Damon Galgut dianugerahkan Hadiah Booker untuk novelnya The Promise.
- Di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pemimpin dunia berikrar untuk menamatkan penebangan hutan dan mengurangkan pelepasan metana menjelang 2030.
- Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam sebuah runtuhan bangunan di Lagos, Nigeria
- Parti Demokratik Liberal, diketuai oleh Perdana Menteri Fumio Kishida (gambar), memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum Jepun.
Disember
- Sebuah bot yang membawa pendatang asing tanpa izin karam di Tanjung Balau, Johor, menyebabkan 16 maut dan 14 diselamatkan.
- Siaosi Sovaleni (gambar) dipilih sebagaiPerdana Menteri oleh Dewan Undangan Tonga.
- Sebuah lori tangki bahan api meletup di Cap-Haïtien, Haiti, mengorbankan sekurang-kurangnya 75 orang.
- Dalam sukan perlumbaan auto, Max Verstappen memenangi Kejohanan Dunia Formula Satu, manakala Mercedes-Petronas memenangi gelaran pembina.
- Dalam pilihan raya negeri Sarawak, Gabungan Parti Sarawak memperoleh 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, dengan Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
- Banjir di Malaysia menyebabkan puluhan orang terkorban serta lebih 70,000 orang terpaksa dipindahkan.
- Di Hong Kong, Stand News ditutup selepas kakitangannya ditahan atas dakwaan hasutan.
- Mahkamah Agung Rusia memerintahkan penutupan Memorial, kumpulan hak asasi manusia tertua di Rusia, kerana melanggar undang-undang ejen asing.
- Pelakon komedi Amerika Syarikat Betty White (gambar) meninggal dunia pada usia 99 tahun.