Temenggung Abdul Rahman

Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Abdul Rahman ibni Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Abdul Hamid ialah Temenggung Johor dari tahun 1806 hingga 1825.

Temenggung Tun Abdul Rahman I
تمڠݢوڠ تون عبدالرحمن
Dato' Temenggung Seri Maharaja Johor
Temenggung Johor
Pemerintahan1806 - 8 Disember 1825
Didahului olehEngku Muda Muhammad (de facto)
Diikuti olehTun Haji Abdullah (de facto)
Kemangkatan8 Disember 1825
Teluk Belanga, Singapura
Pasangan1. Inche Yah binti Moffar
2. Inche Engku Raja Wuk binti Raja Sulaiman
Anakanda1. Inche Wan Muhammad Said
2. Inche Wan Umar
3. Tun Haji Abdullah
4. Temenggung Tun Daeng Ibrahim I
5. Inche Engku Puan Sulung
6. Inche Wan Amina
7. Inche Wan Aisha
8. Inche Engku Puan Aisha
9. Inche Engku Puan Andak
10. Inche Engku Teh
KerabatTemenggung Johor
AyahandaTemenggung Tun Abdul Hamid I ibni Temenggung Tun Abdul Jamal I
BondaEngku Inche Khamis
AgamaSunni Islam

Sebelum pertabalan

sunting

Belanda menduduki Riau selepas menang dalam Perang Johor-Belanda 1782-1784

sunting

Selepas Johor tewas dalam Perang Johor-Belanda 1782-1784 dan Yang Dipertuan Muda Riau ke-4, Yang Dipertuan Muda Raja Haji Fisabilillah ibni Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Chelak mati syahid dalam perang tersebut, Belanda menawan Riau dan mengusir orang-orang Bugis keluar dari Riau. Yang Dipertuan Muda Riau ke-5, Yang Dipertuan Muda Raja Ali ibni Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Kemboja terpaksa melarikan diri ke Sukadana, Kalimantan untuk sementara waktu.[1][2] Pada 1 November 1784, Sultan Mahmud Riayat Shah III dan para pembesar Melayu telah menyerah kalah kepada Belanda. Empat orang pembesar Melayu iaitu Raja Tua, Bendahara, Temenggung dan Raja Indera Bongsu yang mewakili Sultan Mahmud Riayat Shah III telah pergi ke kapal Belanda yang bernama Utrecht untuk berjumpa dengan Laksamana Jacob Pieter van Braam bagi menandatangani surat pengakuan menyerah kalah kepada Belanda.[3][4]

Kemudian, pada 10 November 1784, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Laksamana van Braam mewakili Belanda dan Sultan Mahmud Riayat Shah III mewakili Kesultanan Johor. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah Belanda menduduki Riau dan menguasai pelabuhan di Riau, Sultan Johor memerintah Riau di bawah kekuasaan Belanda, semua perjanjian antara Sultan Johor dengan orang-orang Bugis dibatalkan, sahabat dan musuh Belanda menjadi sahabat dan musuh Sultan Johor, sebuah pasukan tentera Belanda akan ditempatkan di Riau untuk melindungi Riau dan Sultan Johor akan menyumbang kepada perbelanjaan pertahanan setiap tahun, tiada lagi jawatan Yang Dipertuan Muda Riau dan para pembesar Bugis serta orang-orang Bugis yang tidak dilahirkan di Riau perlu keluar dari Riau, Belanda bebas untuk berdagang di mana-mana tempat dalam Empayar Kesultanan Johor, rakyat Johor bebas untuk berdagang di Melaka dengan syarat mereka perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di sana, semua kapal atau perahu yang hendak melalui perairan Melaka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Belanda di Melaka, orang Eropah selain daripada orang Belanda tidak dibenarkan untuk melalui perairan Kesultanan Johor kecuali jika mereka ditimpa kemalangan seperti kapal pecah atau karam, semua kapal atau perahu orang-orang Melayu atau Cina boleh datang berdagang di Riau jika mereka bukan berasal dari Tanah Bugis atau Kalimantan atau tidak membawa barang dagangan seperti rempah-ratus dan bijih timah dari Palembang atau Bangka, barang dagangan dari tempat tersebut akan dirampas dan dijual kepada Belanda jika dibawa ke Riau, dan bakal Sultan Johor perlu mendapat persetujuan daripada Gabenor Belanda di Melaka sebelum diangkat menjadi Sultan Johor.[5]

Pada 19 Jun 1785, seorang pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda yang bernama David Ruhde tiba di Riau untuk menjadi Residen Belanda di Riau yang pertama. Belanda telah membina pejabat Residen di Pulau Bayan, Tanjung Pinang. Namun, urusan pemerintahan di Riau masih berada di bawah kekuasaan Sultan Mahmud Riayat Shah III dan para pembesar Melayu.[6] Pada 24 Disember 1786, Sultan Mahmud Riayat Shah III bersama Bendahara, Temenggung dan Raja Indera Bongsu tiba di Melaka dan mereka disambut dengan penuh istiadat oleh Gabenor Belanda di Melaka, Abraham Couperus. Ketika berada di Melaka, Sultan Mahmud Riayat Shah III telah menziarahi makam Yang Dipertuan Muda Raja Haji Fisabilillah.[7]

Namun, pada 7 Februari 1787, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Sultan Mahmud Riayat Shah III dan Belanda di Melaka.[8][9] Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah Sultan Mahmud Riayat Shah III perlu menyerahkan urusan pemerintahan di Riau kepada Belanda, baginda hanya akan berunding dengan para pembesar Melayu iaitu Raja Tua, Bendahara, Temenggung dan Raja Indera Bongsu mengenai hal-ehwal Kesultanan Johor sahaja selepas berunding dengan Residen Belanda di Riau, baginda dan para pembesar Melayu berhak menerima satu pertiga daripada hasil pendapatan di Riau dalam masa tiga tahun pertama atau lebih, perselisihan faham antara orang-orang Cina dan orang-orang asing dengan penduduk Riau akan diselesaikan oleh Residen Belanda di Riau dan hanya perselisihan faham antara orang-orang Melayu dengan Bugis yang boleh diselesaikan oleh baginda, hukuman bunuh ke atas sesiapa termasuk orang-orang Melayu dan Bugis akan ditentukan oleh Residen Belanda di Riau, semua pedagang yang berdagang di Riau dikenakan cukai sebanyak lima peratus mengikut taksiran harga barang dagangan ke atas barang-barang dagangan import dan eksport yang tidak dikecualikan daripada cukai, rakyat baginda yang membawa masuk barang dagangan ke Riau hanya akan dikenakan cukai eksport apabila barang dagangan tersebut dibawa keluar, baginda dan para pembesar Melayu tidak terkecuali daripada dikenakan cukai, dan Syarikat Hindia Timur Belanda juga dikenakan cukai import ke atas barang-barang dagangan yang dibawa masuk ke Riau kecuali rempah-ratus, candu, bijih timah dan lada hitam.[10] Selepas menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Mahmud Riayat Shah III berangkat pulang ke Riau.[11]

Belanda diusir dari Riau oleh lanun dari Kalimantan atas permintaan Sultan Mahmud Riayat Shah III

sunting

Perjanjian tersebut telah menyebabkan Sultan Mahmud Riayat Shah III berasa murka lalu baginda dan Raja Indera Bongsu menghantar utusan untuk membawa surat kepada Raja Tempasok di Kalimantan bagi meminta Raja Tempasok untuk menghantar lanun-lanunnya untuk menyerang Belanda di Riau.[12][13] Pada 2 Mei 1787, sebuah angkatan lanun yang dihantar oleh Raja Tempasok telah tiba di Tanjung Pinang. Pada 7 Mei 1787, Sultan Mahmud Riayat Shah III memberitahu Residen Belanda di Riau bahawa kapal-kapal lanun tersebut telah dilanda ribut kencang dan mereka datang ke Riau untuk membaiki kapal-kapal mereka yang rosak. Angkatan lanun tersebut memberitahu Belanda bahawa mereka akan pulang ke Kalimantan apabila tiba angin musim.[14] Namun, pada 13 Mei 1787, angkatan lanun tersebut secara tiba-tiba menyerang Riau lalu berlaku pertempuran antara mereka dengan Belanda yang berakhir dengan kekalahan Belanda. Residen Belanda di Riau menyerah kalah kepada angkatan lanun tersebut lalu meninggalkan Riau untuk pergi ke Melaka. Selepas itu, Sultan Mahmud Riayat Shah III telah menjamu dan meraikan angkatan lanun tersebut kerana kejayaan mereka mengusir Belanda keluar dari Riau. Tidak lama selepas itu, angkatan lanun tersebut pulang ke Kalimantan.[15][16]

Walaupun Belanda telah tewas dan meninggalkan Riau, Sultan Mahmud Riayat Shah III berasa bimbang kerana Belanda boleh datang semula ke Riau pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, baginda membuat keputusan untuk meninggalkan Riau lalu berangkat ke Daik, Lingga dan menubuhkan pusat pemerintahan Kesultanan Johor yang baru di sana. Bendahara Tun Abdul Majid dan para pengikutnya bertolak meninggalkan Riau untuk pulang ke Pahang yang merupakan kawasan pegangan Bendahara sejak tahun 1770. Kebimbangan Sultan Mahmud Riayat Shah III terbukti benar apabila Belanda telah datang semula ke Riau pada tahun yang sama.[17][18]

Riau diletakkan di bawah kekuasaan Engku Muda Muhammad selepas Riau diserahkan kembali kepada Sultan Mahmud Riayat Shah III

sunting

Pada 17 Oktober 1794, Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi telah bersetuju untuk berdamai dengan Sultan Mahmud Riayat Shah III dengan syarat Yang Dipertuan Muda Raja Ali perlu berhenti menjadi Yang Dipertuan Muda. Apabila Belanda bersetuju untuk berdamai, Sultan Mahmud Riayat Shah III memerintahkan Raja Indera Bongsu untuk berjumpa dengan Belanda dan menawarkan wang sebanyak 60,000 ringgit jika Belanda bersetuju untuk mengembalikan Riau kepada baginda. Dalam surat daripada Belanda bertarikh 29 Mei 1795, Belanda bersetuju dengan tawaran Sultan Mahmud Riayat Shah III.[19]

Pada 18 Ogos 1795, angkatan perang Inggeris yang diketuai oleh Kapten Henry Newcome dan A. Brown telah mengambil alih Melaka daripada Gabenor Belanda di Melaka, Abraham Couperus.[20][21] Pada 18 September 1795, Kapten Newcome tiba di Riau dan mengarahkan Residen Belanda di Riau dan askar-askar Belanda untuk meninggalkan Riau. Selepas itu, Kapten Newcome menyerahkan Riau kepada Sultan Mahmud Riayat Shah III.[22][23] Namun, memandangkan Sultan Mahmud Riayat Shah III tetap ingin bersemayam di Lingga, baginda memerintahkan Engku Muda Muhammad ibni Temenggung Tun Abdul Jamal untuk menjaga Riau. Engku Muda Muhammad kemudian berpindah ke Tanjung Pinang, Riau.[24][25]

Pada tahun 1801, apabila Inggeris tidak lagi melarang orang-orang Bugis untuk datang ke Riau, Yang Dipertuan Muda Raja Ali dan keluarganya berpindah semula ke Riau. Yang Dipertuan Muda Raja Ali menuntut Engku Muda Muhammad supaya menyerahkan kembali Riau kepadanya sebagai penguasa Riau yang sebenar. Namun, Engku Muda Muhammad menolak tuntutan Yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana beliau diperintahkan oleh Sultan Mahmud Riayat Shah III untuk menjaga Riau. Disebabkan tiada persefahaman antara Engku Muda Muhammad dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali, maka berlakunya peperangan antara mereka berdua yang berakhir dengan kemenangan Yang Dipertuan Muda Raja Ali. Engku Muda Muhammad yang tewas kepada Yang Dipertuan Muda Raja Ali terpaksa berpindah ke Bulang, Riau.[26][27]

Engku Muda Muhammad tidak mahu menerima jawatan Temenggung

sunting

Pada bulan Februari 1802, Bendahara Tun Abdul Majid telah memujuk Engku Muda Muhammad yang tinggal di Bulang dan Yang Dipertuan Muda Raja Ali yang tinggal di Riau untuk datang ke Lingga bagi menghadap Sultan Mahmud Riayat Shah III. Apabila mereka berdua yang berselisih faham tiba di Lingga, mereka didamaikan oleh Sultan Mahmud Riayat Shah III.[28] Pada tahun 1803, Sultan Mahmud Riayat Shah III mengadakan istiadat pelantikan semula Yang Dipertuan Muda Raja Ali sebagai Yang Dipertuan Muda Riau.[29] Kemudian, putera sulung baginda iaitu Tengku Hussein telah dikahwinkan dengan anak perempuan Engku Muda Muhammad yang bernama Che Puan Bulang.[30] Pada tahun yang sama, Sultan Mahmud Riayat Shah III ingin melantik Engku Muda Muhammad sebagai Temenggung untuk menggantikan abangnya Temenggung Tun Abdul Hamid ibni Temenggung Tun Abdul Jamal yang telah meninggal dunia. Tetapi Engku Muda Muhammad tidak mahu menerima jawatan Temenggung kerana beliau berpendapat bahawa beliau sepatutnya menjadi Raja Muda (Yang Dipertuan Muda) dan tinggal di Riau.[31][32]

Engku Muda Muhammad berpesan kepada anak saudaranya Tun Abdul Rahman ibni Temenggung Tun Abdul Hamid bahawa:

Jika kita tidak dapat menjadi Raja Muda (Yang Dipertuan Muda Riau), kita tidak mahu bergelar. Sedangkan kesemua pulau, tokong dan negeri Johor adalah di bawah perintah kita dan negeri Pahang tetap kepunyaan ayah kita Dato' Bendahara Abdul Majid (Engku Muda Muhammad ialah anakanda saudara Bendahara Tun Abdul Majid); kerana hari ini Sultan tidak lagi mengikut nasihat orang Melayu tetapi tinggal di Lingga dan mengurniakan Riau kepada Raja Muda (pembesar Bugis). Lihatlah keadaan kita. Kita sepatutnya memiliki kerajaan ini kerana kita sepusaka dengan Sultan. Mengapa baginda berbuat sesuka hatinya? Sebagaimana Sultan kita juga turunan daripada Sultan Abdul Jalil (Marhum Kuala Pahang) dan adat meletakkan kita sebagai pemerintah kerajaan, mengapa pula baginda menyekat kita? Walaupun kita tidak ditabal, namun siapa yang boleh menyanggah kuasa kita? Jikalau Engku Abdul Rahman hendak bergelar Temenggung, biarkanlah dia pergi menyembah ke Lingga. Kita tidak sekali-kali! Jika kita ditakdirkan mati, kamu, Engku, akan memerintah pulau-pulau ini dan jangan sekali-kali menyerahkan kerajaan Johor kerana pada fikiran kita, jikalau Sultan tetap berkelakuan seperti sekarang maka kitalah yang terpaksa menjaga diri atau kita akan dikecewakan...[33][34]

Pemerintahan

sunting

Pertabalan Tun Abdul Rahman sebagai Temenggung Johor

sunting

Pada tahun 1806, Tun Abdul Rahman ibni Temenggung Tun Abdul Hamid telah ditabalkan sebagai Temenggung Seri Maharaja Johor oleh Sultan Mahmud Shah III di Istana Lingga. Temenggung Tun Abdul Rahman telah dikurniakan Tanah Besar Johor dan Pulau Singapura serta pulau-pulau di sekitarnya sebagai kawasan pemakanannya (kawasan pembesar mengutip cukai).[35] Kemudian, Temenggung Tun Abdul Rahman bersama keluarga dan pengikutnya berpindah dari Pulau Bulang ke Pulau Singapura pada tahun 1811.[36]

Krisis pewarisan takhta Sultan Johor

sunting

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah III pada tahun 1812, berlaku krisis pewarisan takhta Sultan Johor antara putera sulung, Tengku Hussein dan putera bongsu, Tengku Abdul Rahman. Pada hari kemangkatan Sultan Mahmud Shah III, Tengku Hussein berada di Pahang kerana baginda berkahwin dengan Che' Wan Esah binti Bendahara Tun Koris yang merupakan adik kepada Bendahara Tun Ali.[37] Yang Dipertuan Muda Riau, Raja Jaafar ibni Yang Dipertuan Muda Raja Haji telah menemui Tengku Abdul Rahman dan menerangkan kepada baginda bahawa menurut adat, jenazah Almarhum Sultan Mahmud Shah III tidak boleh dikebumikan selagi pengganti Almarhum belum dilantik.[38] Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar juga menerangkan bahawa Tengku Hussein tidak ada di Lingga kerana berada di Pahang dan tidak ada sesiapa yang layak diangkat sebagai Sultan melainkan Tengku Abdul Rahman.[39] Tengku Abdul Rahman membalas bahawa Almarhum ayahandanya ingin kakandanya Tengku Hussein menggantikan ayahandanya sebagai Sultan sesuai dengan adat-istiadat Kesultanan Johor dan ayahandanya juga ingin baginda menjadi orang alim dan menunaikan haji di Mekah dan baginda tidak berani untuk menderhaka kepada perintah ayahandanya.[40] Tengku Abdul Rahman juga meminta Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar menjadi Pemangku Raja sementara menunggu Tengku Hussein pulang ke Lingga.[41]

Namun, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar membalas dengan tegas bahawa bagaimana beliau boleh mengambil kuasa Sultan sedangkan salah seorang puteranya berada di hadapan matanya.[42] Jawapan tegas Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar membuatkan Tengku Abdul Rahman tunduk dan tidak berkata apa-apa lalu Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar mentafsirkan tindak balas senyap Tengku Abdul Rahman sebagai membenarkan kehendaknya.[43] Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar kemudian menabalkan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor yang baru. Namun, pertabalan Tengku Abdul Rahman tidak dapat dinobatkan kerana alat kebesaran diraja berada di tangan Engku Puteri Raja Hamidah binti Yang Dipertuan Muda Raja Haji, balu Almarhum Sultan Mahmud Shah III yang juga bonda tiri Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman serta saudara perempuan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar.[44][45] Engku Puteri Raja Hamidah enggan menyerahkan alat kebesaran diraja kerana beliau tidak merestui tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang telah melanggar adat dan tradisi Kesultanan Johor.[46] Setelah Tengku Hussein tiba di Lingga, baginda dimaklumkan tentang pertabalan adindanya Tengku Abdul Rahman.[47] Tengku Hussein kemudian berangkat ke Pulau Penyengat, Kepulauan Riau untuk bertemu dengan Engku Puteri Raja Hamidah bagi mengadukan tentang tuntutannya sebagai putera sulung Almarhum Sultan Mahmud Shah III terhadap takhta Sultan Johor.[48] Engku Puteri Raja Hamidah marah dengan tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan berkata:

Siapakah yang telah mengangkat Abdul Rahman jadi Sultan Johor? Saudara saya Raja Jaafar? Adat pelantikan dari manakah yang diikutinya? Perbuatan yang tidak adil seperti inilah yang menyebabkan kerajaan Johor akan segera rosak binasa![49]

Engku Puteri Raja Hamidah berpihak pada Tengku Hussein dalam tuntutannya ke atas takhta Sultan Johor. Selepas pertemuan dengan Engku Puteri Raja Hamidah, Tengku Hussein berangkat ke Pahang untuk bertemu dengan Bendahara Tun Ali ibni Bendahara Tun Koris yang memerintah Pahang sebagai Raja Bendahara Pahang bagi mengadukan tentang tuntutannya sebagai putera sulung Almarhum Sultan Mahmud Shah III terhadap takhta Sultan Johor.[50] Bendahara Tun Ali kemudian telah menghantar angkatan tenteranya ke Bulang di Kepulauan Riau untuk menyerang Lingga. Apabila Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar mengetahui tentang rancangan Bendahara Tun Ali, beliau membuat aduan kepada Residen Inggeris di Melaka. Bendahara Tun Ali telah diberi amaran oleh Residen Inggeris di Melaka bahawa tindakan beliau yang mencampur tangan dalam urusan pentadbiran Kesultanan Johor yang berpusat di Lingga telah dianggap sebagai satu kesalahan oleh Inggeris. Oleh sebab itu, Bendahara Tun Ali mengarahkan angkatan tenteranya yang berada di Bulang untuk pulang ke Pahang.[51] Rancangan Tengku Hussein untuk mendapatkan takhta Sultan Johor telah menemui kegagalan.

Belanda meluaskan pengaruh dalam Kesultanan Johor melalui Perjanjian Persahabatan Johor-Belanda 1818

sunting

Peluang Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar untuk menabalkan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor muncul kembali apabila Belanda membuat tawaran untuk menyelesaikan krisis pewarisan takhta Sultan Johor dengan mengiktiraf pertabalan Tengku Abdul Rahman.[52] Namun, Belanda mengemukakan syarat bahawa Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar perlu terlebih dahulu menandatangani perjanjian dengan Belanda.[53] Selepas berbincang dengan Belanda, maka pada 26 November 1818, satu perjanjian persahabatan telah ditandatangani oleh pihak Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan pihak Admiral Wolterbeek mewakili Belanda di Melaka di mana Belanda bersetuju untuk mengiktiraf Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan melindungi baginda daripada sebarang ancaman musuh baginda.[54][55] Sebagai balasan, Kesultanan Johor bersetuju untuk memberikan keistimewaan kepada Belanda dalam urusan perdagangan laut.[56] Perjanjian tersebut telah mendorong kepada campur tangan Belanda dalam urusan pentadbiran Kesultanan Johor yang berpusat di Lingga.

Berikut merupakan ayat dalam bahagian pendahuluan dalam Perjanjian Persahabatan Johor-Belanda 1818:

Adapun ini sudah diletakkan Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda yang memerintah negeri Riau, yang menjadi wakil mutlak daripada Paduka Seri Sultan Abdul Rahman Shah, serta dengan lain-lain menteri dan pangeran yang memegang pekerjaan di bawah perintah Sultan yang tersebut itu, iaitu Temenggung Johor...[57]

Ayat dalam bahagian pendahuluan tersebut membuktikan bahawa Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar tidak mengikuti adat-istiadat dalam urusan pemerintahan Kesultanan Johor dengan meminggirkan Bendahara Tun Ali daripada perbincangan antara beliau dengan Belanda. Hal ini demikian kerana Bendahara merupakan pembesar utama yang menjadi wakil Sultan dalam sebarang urusan yang dibuat dengan mana-mana pihak.[58]

Kemudian, dalam fasal ke-23 dalam perjanjian tersebut, dinyatakan bahawa:

Fasal maka adalah kepada 29 hari bulan Muharram, tahun 1234, telah datanglah Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dengan Tuan Temenggung Johor ke dalam kapal Wilanda yang bernama Tarum, maka sudahlah bersumpah pada perjanjian ini atas Quran al-'Azim, maka adalah tercetak cap meterinya Paduka Seri Sultan Abdul Rahman Shah, raja atas takhta kerajaan Johor dan Pahang dan Riau dan Lingga, serta segala daerah takluknya yang dikirim oleh Seri Paduka itu akan menyungguhkan segala perjanjian yang tersebut di atas serta dengan capnya.[59]

Menurut Buyong Adil, seorang guru dan penulis buku sejarah, dalam bukunya yang bertajuk 'Sejarah Johor', para pembesar Bugis telah memujuk Temenggung Tun Abdul Rahman untuk menghadiri upacara menandatangani perjanjian tersebut di dalam kapal perang Belanda yang bernama Tarum. Pada mulanya Temenggung Tun Abdul Rahman tidak mahu menurut kemahuan para pembesar Bugis kerana beliau berasa serba salah disebabkan Bendahara Tun Ali tidak hadir dalam rundingan yang membawa kepada upacara tersebut. Namun, setelah diisyaratkan bahawa beliau tidak berpihak kepada pihak yang membuat perjanjian tersebut, maka beliau bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut.[60][61]

Kawalan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar terhadap Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

sunting

Perjanjian Persahabatan Johor-Belanda 1818 juga membuktikan bahawa Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah mudah dipengaruhi dan dikawal oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Baginda sentiasa diawasi oleh orang-orang besar Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemerintahan di Lingga.[62] Bukan itu sahaja, pasukan askar dan peralatan perang di Lingga juga diletakkan di bawah tanggungjawab orang-orang besar Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang akan melaporkan segala perkara yang berlaku di Lingga kepada Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar di Riau.[63] Jika berlaku masalah di Lingga, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar sendiri akan datang ke Lingga untuk menyelesaikan masalah tersebut dan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah hanya menerima arahan daripadanya.[64]

Inggeris bertapak di Singapura melalui Perjanjian 6 Februari 1819

sunting

Pada tahun 1819, Sir Thomas Stamford Raffles mendarat di Singapura dan berjumpa dengan Temenggung Tun Abdul Rahman bagi menyampaikan hasratnya untuk membina sebuah pelabuhan Inggeris di Singapura. Pada mulanya, Stamford Raffles ingin menjadikan Temenggung Tun Abdul Rahman sebagai Raja Singapura namun tidak berjaya. Setelah mengetahui krisis pewarisan takhta Sultan Johor antara Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman (kemudian bergelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah) yang disokong oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan Belanda, Stamford Raffles memujuk Temenggung Tun Abdul Rahman supaya membawa Tengku Hussein ke Singapura. Kemudian, pada 1 Februari 1819, Tengku Hussein tiba di Singapura. Baginda bermesyuarat dengan Temenggung Tun Abdul Rahman tentang Inggeris yang ingin menduduki Singapura. Dalam mesyuarat tersebut, Stamford Raffles menerangkan tujuan Tengku Hussein dibawa ke Singapura dan rancangan beliau di Singapura.[65]

Rancangan Stamford Raffles berjaya apabila pada 6 Februari 1819, Temenggung Tun Abdul Rahman bersama Tengku Hussein dan Stamford Raffles yang mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris menandatangani Perjanjian 1819 di mana Tengku Hussein diangkat sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Hussein Muhammad Shah dan Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju untuk memberikan elaun tahunan kepada Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman. Sebagai balasan, Sultan Hussein Muhammad Shah membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk membina pelabuhan mereka di Singapura. Pada hari yang sama, Stamford Raffles melantik William Farquhar sebagai Residen Singapura yang pertama.[66] Perjanjian 1819 menandakan bermulanya penguasaan Inggeris di Singapura.

Reaksi Bendahara Tun Ali terhadap pelantikan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor

sunting

Temenggung Tun Abdul Rahman kemudian menulis surat kepada Bendahara Tun Ali bagi memaklumkan tentang perkembangan yang berlaku di Singapura iaitu Inggeris menduduki Singapura dan pelantikan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor. Namun, Bendahara Tun Ali membalas bahawa beliau tidak mencampuri urusan di Singapura dan beliau kekal bertuankan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang bersemayam di Daik, Kepulauan Lingga.[67] Walaupun pada awalnya Bendahara Tun Ali menentang pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang dilakukan tanpa alat kebesaran diraja kerana jelas bertentangan dengan adat pertabalan raja Melayu, namun dengan perkembangan yang berlaku di Singapura, Bendahara Tun Ali tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa mengiktiraf Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai Sultan Johor.[68] Hal ini demikian kerana pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah lebih mengikuti adat istiadat raja-raja Melayu berbanding Sultan Hussein Muhammad Shah yang jelas diangkat oleh Inggeris dan upacara pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah yang dilakukan tidak mengikuti adat-istiadat raja-raja Melayu.[69] Pelantikan Sultan Hussein Muhammad Shah telah menyebabkan Kesultanan Johor mempunyai dua orang Sultan.

Bendahara Tun Ali telah menulis surat kepada Gabenor Belanda di Melaka, Timmerman Thyssen di mana dalam surat tersebut, beliau menyatakan bahawa:

...Perbuatan orang-orang Inggeris di Singapura ialah suatu perbuatan yang telah menceraikan adik-beradik, anak-beranak, sahabat handai, mereka berniat jahat sambil berpura-pura menunjukkan merekalah sahabat-sahabat kepada raja Johor.[70][71]

Bagi menunjukkan kemarahannya, Bendahara Tun Ali tidak membenarkan bendera Inggeris dikibarkan di Pahang dan beliau menyatakan kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang bersemayam di Daik, Lingga bahawa beliau tetap mencurahkan taat setianya kepada baginda.[72][73]

Usaha Belanda dan Inggeris untuk merampas alat kebesaran diraja Kesultanan Johor daripada Engku Puteri Raja Hamidah

sunting

Walaupun Sultan Hussein Muhammad Shah berjaya menjadi Sultan Johor dengan bantuan Stamford Raffles, baginda berusaha untuk mendapatkan alat kebesaran diraja Kesultanan Johor yang berada dalam simpanan Engku Puteri Raja Hamidah. Inggeris cuba merasuah Engku Puteri Raja Hamidah dengan wang sebanyak 50,000 ringgit Sepanyol untuk mendapatkan alat kebesaran diraja tersebut tetapi Engku Puteri Raja Hamidah menolak dan berasa terhina dengan tawaran Inggeris.[74] Apabila Inggeris gagal untuk mendapatkan alat kebesaran diraja, Inggeris bertindak biadap dengan mencuri perabung Istana Engku Puteri Raja Hamidah dan membawanya ke Singapura untuk dijadikan sebagai simbol pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor. Pada bulan Oktober 1822, Gabenor Belanda di Melaka, Timmerman Thyssen diiringi oleh Adriaen Koek bersama angkatan tenteranya yang lengkap bersenjata telah memasuki Istana Engku Puteri Raja Hamidah lalu mengambil alat kebesaran diraja daripada simpanan beliau.[75] Dengan bantuan Belanda, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah berjaya ditabalkan semula sebagai Sultan Johor bersama alat kebesaran diraja pada bulan November 1823.[76][77] Dengan kejayaan menobatkan pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Bendahara Tun Ali dan para pembesar Melayu yang lain bersepakat untuk mengiktiraf Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai Sultan Johor dan segala jajahan takluknya.[78]

Namun begitu, Bendahara Tun Ali tidak menghadiri istiadat pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang diadakan di Riau yang merupakan kawasan pemerintahan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Beliau hanya meminta Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar untuk menjadi wakilnya dalam istiadat pertabalan tersebut.[79] Tindakan beliau menunjukkan bahawa beliau tidak suka dengan tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang mengawal Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan meminggirkan peranan dan kuasa tradisi beliau sebagai Bendahara.[80]

Pendirian Bendahara Tun Ali tentang kemelut yang melanda Kesultanan Johor

sunting

Pendirian Bendahara Tun Ali tentang kemelut yang melanda Kesultanan Johor akibat tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan campur tangan Inggeris dan Belanda dapat dilihat pada cop mohornya yang tertera ayat "Al-Wakil As-Sultan Mahmud Shah, Dato' Bendahara Siwa Raja ibni Bendahara Paduka Raja".[81] Beliau menggunakan cop mohornya sehingga akhir hayatnya pada tahun 1857. Ayat ini membuktikan bahawa walaupun Sultan Mahmud Riayat Shah III telah mangkat pada tahun 1812, beliau tidak merestui tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang menabalkan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang membawa kepada campur tangan Inggeris dan Belanda dalam urusan Kesultanan Johor.[82] Dengan kemelut tersebut yang tiada penyelesaiannya, Bendahara Tun Ali memilih jalan selamat dengan memperkenalkan dirinya sebagai wakil Sultan Mahmud Riayat Shah III.[83]

Untuk tidak memburukkan lagi keadaan, Bendahara Tun Ali terpaksa membuat satu pendirian yang tegas iaitu dengan mengisytiharkan bahawa beliau tidak mengiktiraf pelantikan Sultan Hussein Muhammad Shah di Singapura dan menegaskan bahawa beliau tetap bertuankan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah di Lingga.[84] Beliau juga berusaha untuk mempertahankan kerajaannya sendiri di negeri Pahang supaya tidak terheret ke dalam kemelut politik dalam Kesultanan Johor dan mempertahankan negeri Pahang daripada ancaman daripada Inggeris yang mempunyai cita-cita yang besar terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu.[85]

Perpecahan Empayar Kesultanan Johor melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

sunting

Pada 17 Mac 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani di mana Inggeris menyerahkan Bengkulu kepada Belanda manakala Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Ini menjadikan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura berada di bawah pengaruh Inggeris manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. Ini juga menyebabkan Kesultanan Johor berpecah di mana Johor, Singapura dan Pahang berada di bawah kekuasaan Sultan Hussein Muhammad Shah, walaupun pada hakikatnya Pahang diperintah oleh Bendahara, Johor diperintah oleh Temenggung dan Sultan Hussein Muhammad Shah yang bersemayam di Singapura hanya mempunyai kuasa dan pengaruh yang terhad ke atas tiga wilayah tersebut, manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah kekuasaan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Setelah Residen Singapura yang ke-2 iaitu Dr John Crawfurd menghentikan pembayaran elaun kepada Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman selama tiga bulan, akhirnya pada 2 Ogos 1824, Perjanjian 1824 antara John Crawfurd mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman termeterai di mana Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman menyerahkan kedaulatan dan hak mereka ke atas Pulau Singapura dan pulau-pulau di sekitarnya kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk selama-lamanya. Sebagai balasan, Syarikat Hindia Timur Inggeris membayar wang pampasan dan elaun bulanan kepada Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman.[86]

Reaksi Bendahara Tun Ali terhadap tindakan Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada Inggeris

sunting

Tindakan Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman yang menyerahkan Singapura kepada Inggeris tanpa berbincang terlebih dahulu dengan kaum kerabat baginda yang lain di Lingga dan para pembesar Melayu terutamanya Bendahara di Pahang merupakan satu tindakan yang jelas melanggar aturan adat-istiadat raja-raja Melayu, apatah lagi Sultan Hussein Muhammad Shah bukan Sultan Johor yang sebenar kerana pertabalan baginda tidak sah berdasarkan adat Melayu. Oleh sebab itu, Sultan Hussein Muhammad Shah tidak mempunyai hak untuk menyerahkan Singapura kepada mana-mana pihak.[87]

Dengan kedudukan Bendahara sebagai penjaga adat-istiadat raja-raja Melayu, Bendahara Tun Ali menunjukkan bantahan terhadap tindakan Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada Inggeris dengan cara menumpahkan taat setia dan memberikan kerjasama kepada Sultan Johor yang sah iaitu Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang bersemayam di Lingga dan tidak mahu mengiktiraf pelantikan putera kepada Temenggung Tun Abdul Rahman iaitu Tun Ibrahim untuk menggantikan ayahandanya selagi Tun Ibrahim tidak mahu mengakui pertuanan Sultan Johor yang sebenar di Lingga.[88]

Kemangkatan

sunting

Kecewa dengan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Sultan Hussein Muhammad Shah berpindah ke Bandar Hilir, Melaka pada tahun 1834 dan mangkat di sana pada 5 September 1835 manakala Temenggung Tun Abdul Rahman kekal tinggal di Singapura dan meninggal dunia pada 8 Disember 1825.[89][90]

Selepas kemangkatan

sunting

Berakhirnya Empayar Kesultanan Johor melalui Perjanjian 29 Oktober 1830

sunting

Pada tahun 1825, Belanda memaklumkan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar mengenai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.[91] Ini telah menyebabkan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dalam dilema. Tindakan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar yang melanggar adat-istiadat raja-raja Melayu dengan menabalkan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai Sultan Johor telah menyebabkan beliau terpaksa menandatangani perjanjian persahabatan dengan Belanda pada tahun 1818 dan beliau juga dibantu oleh Belanda dalam usaha untuk mendapatkan alat kebesaran diraja secara paksa daripada saudaranya Engku Puteri Raja Hamidah bagi menobatkan pertabalan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pada tahun 1822.[92] Bantuan daripada Belanda tersebut membuatkan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar terhutang budi kepada Belanda. Namun, kedudukan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar sebagai pembesar utama Kesultanan Johor membuatkan beliau tidak boleh memberikan sokongan kepada usaha Belanda dan Inggeris untuk membahagikan wilayah-wilayah Kesultanan Johor.[93] Akhirnya, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar membuat keputusan untuk menerima sahaja syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 lalu membawa kepada satu lagi perjanjian antara beliau dan Belanda yang ditandatangani pada 29 Oktober 1830.[94] Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar menerima Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di mana beliau bersetuju bahawa Johor dan Pahang tidak lagi berada di bawah naungan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang kini menjadi Sultan Riau-Lingga, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar bersetuju dengan perubahan status hubungan antara Belanda dan Kesultanan Riau-Lingga di mana status asal iaitu Kesultanan Johor bersahabat dengan Belanda berubah kepada status baru iaitu Kesultanan Riau-Lingga diletakkan di bawah naungan Belanda, kedudukan Yang Dipertuan Muda Riau diperkukuhkan lagi dengan status sebagai pentadbir utama Riau, dan hanya waris Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar sahaja yang menjawat jawatan Yang Dipertuan Muda Riau.[95] Berikut merupakan petikan penting Perjanjian 29 Oktober 1830:

Perjanjian 17 Mac 1824 ini di London, antara Yang di-Pertuan Besar atas Netherland dengan Yang di-Pertuan Besar atas Great Britain dan Ireland, kerana sebab Perjanjian itu, jadi Johor dan Pahang, tiada lagi di bawah Yang di-Pertuan Besar Lingga. Maka pada sekarang ini perjanjian yang lama, yang dibuat oleh Govermen Netherland dengan Yang di-Pertuan Besar Johor dan Pahang dan Riau dan Lingga dan segala takluknya itu, tiadalah boleh dipakai begitu.[96]

Menurut Sir Richard Olaf Winstedt, seorang orientalis Inggeris dan pentadbir tanah jajahan yang mempunyai kepakaran dalam sejarah Tanah Melayu, selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Kesultanan Riau-Lingga wujud sebagai kesinambungan Empayar Kesultanan Johor manakala negeri Johor dan negeri Pahang yang merupakan serpihan atau pecahan daripada Empayar Kesultanan Johor muncul sebagai negeri-negeri Melayu yang bebas dan berdaulat di Tanah Melayu. Beliau berkata dalam bukunya yang bertajuk ‘Malaya and its History’ bahawa:

Then, in 1824, the Treaty of London allotted to Great Britain the Malay peninsula and to Holland all the islands lying to starboard of East Indiamen voyaging to China, an accident of alien politics that split the remnants of the Johore empire for ever. To the Johore Sultanate was left only the Riau archipelago, while the two greatest Malay chiefs of the broken empire were cut off at Pahang and Johore from their overlord in the Riau area, and soon made themselves independent Sultans.[97]

Dengan erti kata lain, Perjanjian 29 Oktober 1830 yang menguatkuasakan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di Alam Melayu menandakan berakhirnya Empayar Kesultanan Johor yang memerintah selama kira-kira 300 tahun.[98] Ini menyebabkan Temenggung yang bersemayam di Singapura dan Bendahara yang bersemayam di Pahang tidak lagi bertuankan Sultan Johor yang bersemayam di Lingga. Waris kepada Temenggung kemudian menubuhkan Kesultanan Johor Moden manakala waris kepada Bendahara kemudian menubuhkan Kesultanan Pahang Moden.

Usaha Sultan Muhammad Muazzam Shah II untuk mengembalikan pemerintahan Kesultanan Johor mengikut adat-istiadat Melayu

sunting

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pada tahun 1832, Sultan Muhammad Muazzam Shah II menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Riau-Lingga. Berbeza dengan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang tunduk kepada kekuasaan Bugis sehingga memencilkan peranan Bendahara, Sultan Muhammad Muazzam Shah II cuba untuk mengembalikan pemerintahan Kesultanan Johor mengikut adat-istiadat Melayu.[99] Ini boleh dibuktikan apabila baginda tidak segera melantik Yang Dipertuan Muda yang baru selepas kemangkatan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar.[100] Bukan itu sahaja, baginda telah berangkat ke Johor untuk menziarahi makam raja-raja Melayu tidak lama selepas pertabalan baginda. Selepas itu, baginda telah berangkat ke Terengganu dan Pahang. Kemudian, baginda berangkat pulang dari Pahang ke Lingga dengan diiringi oleh Bendahara Tun Ali dan orang-orang besar Pahang.[101]

Di Lingga, sebuah majlis diraja telah diadakan secara gilang-gemilang di mana Sultan Muhammad Muazzam Shah II bertitah bahawa menurut adat-istiadat Melayu, apabila Bendahara datang dari Pahang, Yang Dipertuan (Sultan) akan menyerahkan pemerintahan yang berpusat di Lingga dan segala hukum kepada Bendahara. Majlis diraja tersebut membuktikan bahawa para pembesar Melayu di Johor dan Pahang masih menganggap bahawa Sultan Johor yang bersemayam di Lingga ialah Sultan Johor dan segala jajahan takluknya yang sebenar. Walaupun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani lapan tahun dahulu, namun tidak diketahui sama ada para pembesar Melayu tidak mengetahui tentang kewujudan perjanjian tersebut atau mereka membelakangkan perjanjian tersebut kerana hakikatnya perjanjian tersebut ditandatangani tanpa dirujuk kepada mana-mana raja atau para pembesar Melayu terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, tidak dapat dipastikan sama ada Sultan Muhammad Muazzam Shah II mengetahui tentang kewujudan Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan Belanda atau baginda tidak mahu mematuhi perjanjian tersebut.[102] Walau bagaimanapun, berdasarkan surat Bendahara Tun Ali kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV pada tahun 1855, terdapat kemungkinan besar bahawa Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Perjanjian 29 Oktober 1830 disembunyikan oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar daripada pengetahuan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan para pembesar Melayu untuk suatu tempoh yang lama iaitu kira-kira 30 tahun.[103]

Oleh itu, bagi para pembesar dan orang-orang Melayu, negeri-negeri Johor, Pahang, Riau dan Lingga kekal di bawah kekuasaan Sultan Johor yang bersemayam di Lingga, bukan Sultan yang dilantik oleh Inggeris dan pertabalannya tidak dijalankan mengikut adat-istiadat Melayu.[104] Maka, tindakan Bendahara Tun Ali yang menjalankan istiadat pertabalan putera kepada Sultan Muhammad Muazzam Shah II yang masih kanak-kanak iaitu Tengku Mahmud sebagai Tengku Besar iaitu pewaris Sultan merupakan satu tindakan yang bertepatan dengan adat-istiadat raja-raja Melayu. Dalam majlis diraja yang sama, putera kepada Bendahara Tun Ali iaitu Tun Mutahir telah dilantik oleh Sultan Muhammad Muazzam Shah II sebagai Bendahara Muda iaitu pewaris Bendahara Johor dan Raja Bendahara Pahang.[105]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.
  • Buyong Adil (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan.
  • Suzana Haji Othman (2018). Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863.
  • Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024). Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura. Berita Harian.

Nota kaki

sunting
  1. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 170
  2. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 407-408
  3. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 170
  4. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 408
  5. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 171-172
  6. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 173
  7. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 174
  8. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 174
  9. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 408
  10. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 174-175
  11. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 175
  12. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 175
  13. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 408
  14. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 175-176
  15. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 176
  16. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 408
  17. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 177
  18. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 408
  19. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 180
  20. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 180
  21. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 409
  22. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 181
  23. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 409
  24. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 181
  25. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 409
  26. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 183
  27. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 409
  28. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 184
  29. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
  30. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
  31. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
  32. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 409
  33. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 409-410
  34. ^ R.O. Winstedt (2020), A History of Johore (1365-1895): Re-edited version, halaman 117
  35. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
  36. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 186
  37. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 186
  38. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 190
  39. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 190
  40. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 190-191
  41. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 191
  42. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 191
  43. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 191
  44. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 191
  45. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 194
  46. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 194
  47. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 192
  48. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 193-194
  49. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 194
  50. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 194
  51. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 194
  52. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 194
  53. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 194
  54. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 200
  55. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 194-195
  56. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 195
  57. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 195
  58. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 195
  59. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 196
  60. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 195
  61. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 200
  62. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 196
  63. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 196
  64. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 196-197
  65. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 203
  66. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 203-204
  67. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 211
  68. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 197-198
  69. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198
  70. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 211
  71. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 231
  72. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 212
  73. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 231
  74. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 212
  75. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 212-213
  76. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 215
  77. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198 & 210
  78. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198
  79. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198
  80. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198-199
  81. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 199
  82. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 199
  83. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 199-200
  84. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 200
  85. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 200
  86. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 218-219
  87. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 212
  88. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 213
  89. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 220
  90. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 227
  91. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 220
  92. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 219
  93. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 219
  94. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 220
  95. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 221-222
  96. ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
  97. ^ Sir Richard Winstedt (1966), Malaya and Its History, halaman 62-63
  98. ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
  99. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 242
  100. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 242-243
  101. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 243
  102. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 243
  103. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 243-244
  104. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 244
  105. ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 244


Penyandang Terdahulu Temenggung Johor
1806 – 1825
Penyandang Kemudian
Engku Muda Muhammad (de facto) Tun Haji Abdullah (de facto)