Temenggung Johor atau Dato' Temenggung Seri Maharaja Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah diberikan kawasan pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai kawasan pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan Kesultanan Johor Moden di tanah besar Johor dengan Sultan Johor Moden pertama dari Wangsa Temenggung Johor ialah Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng Ibrahim.

Senarai Temenggung Johor

sunting
Temenggung Tempoh berkhidmat Nota Rujukan
Temenggung Tun Abdul Jamal ibni Bendahara Tun Abbas 1757–1802 Berketurunan Bendahara Johor dan berkahwin dengan Raja Maimunah binti Opu Daeng Perani dan keturunan mereka berdua dikenali sebagai Wangsa Temenggung [1]
Temenggung Tun Abdul Hamid ibni Temenggung Tun Abdul Jamal 1802–1803 [2]
Engku Muda Muhammad ibni Temenggung Tun Abdul Jamal (de facto) 1803–1806 Menolak jawatan Temenggung kerana mahukan jawatan Yang Dipertuan Muda tetapi ditolak oleh Sultan Mahmud Shah III [3][4]
Temenggung Tun Abdul Rahman ibni Temenggung Tun Abdul Hamid 1806–8 Disember 1825 Dikurniakan Johor dan Singapura serta pulau-pulau di sekitarnya sebagai kawasan pegangan oleh Sultan Mahmud Shah III [5]
Tun Haji Abdullah ibni Temenggung Tun Abdul Rahman (de facto) 8 Disember 1825–19 Ogos 1841 Tidak pernah ditabalkan secara rasmi sebagai Temenggung Johor [6]
Temenggung Tun Daeng Ibrahim ibni Temenggung Tun Abdul Rahman 19 Ogos 1841–31 Januari 1862 Menjadi pemerintah Johor selepas menandatangani Perjanjian Setia 1855 [7]
Temenggung Tun Abu Bakar ibni Temenggung Tun Daeng Ibrahim 31 Januari 1862–30 Jun 1868 Menjadi Maharaja Johor pada tahun 1868 dan kemudian menjadi Sultan Johor pada tahun 1886 [8]

Senarai Sultan, Tunku Mahkota dan Raja Muda dari Wangsa Temenggung

sunting
  1. 1862-1895: Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim (Sultan Johor ke-XX), Sultan Johor Moden ke-I, Maharaja Johor ke-II, Temenggong Johor ke-V dan terakhir), Sultan Sir Abu Bakar bagi gelaran Tunku untuk keturunan beliau kerana beliau menjadi Sultan Johor.
  2. 1895-1959: Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (Sultan Johor ke- XXI, Sultan Johor Moden ke-II).
  3. 1959-1981: Almarhum Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim (Sultan Johor ke-XXII, Sultan Johor Moden ke-III).
  4. 1981-2010: Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail (Sultan Johor ke-XXIII, Sultan Johor Moden ke-IV).
  5. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Sultan Johor ke-XXIV, Sultan Johor Moden ke-V).
  6. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor, Pewaris takhta ke-I).
  7. Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail (Raja Muda Johor, Pewaris takhta ke-II).

Lihat juga

sunting

Nota kaki

sunting
  1. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 129
  2. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 183 & 185
  3. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
  4. ^ R.O. Winstedt (2020), A History Of Johore 1365-1895, halaman 117
  5. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 185
  6. ^ "The Bendahara Dynasty". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2024. Dicapai pada 16 September 2024.
  7. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 249-251
  8. ^ Buyong Adil (2020), Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 267, 274-275 & 302-304