Tarian Zapin

tarian yang berasal daripada Tanah (Yaman) dan diubah mengikut gaya orang Melayu
(Dilencongkan daripada Tari Zapin)

Tarian Zapin (Jawi: زافين atau زاڤين‎) merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan masyarakat Melayu di kepulauan Nusantara rantau Asia Tenggara terutamanya di negara-negara Indonesia (Sumatera, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Gorontalo), Jawa (Jakarta)[8][9], Semenanjung Melayu (khususnya di Johor[10][11] , Perlis , Kedah , Kelantan , Pahang , Melaka dan Selangor), Singapura serta Borneo (Sarawak[12], Sabah, Kalimantan dan Brunei). Tarian ini sering dilakukan dengan iringan muzik digubah khas.

Tari Zapin
Para penari zapin di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
Nama asliZapin,[1][2][3] Japin,[4][5] Jepin,[6] Jepen[7]
Etimologial-zafn dalam bahasa Arab
Alat muzikGambus, Gendang, Dhol, Rebab ,Rebana
PenciptaOrang Parsi, Orang Arab, Melayu
Asal usulJohor, Malaysia

Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman melalui para pedagang dari sana. Ia mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin Arab dan zapin Melayu.[13] Dalam konteks Zapin Melayu, orang Melayu merujuknya sebagai sebuah bentuk permainan yang digelar "Main Zapin" atau Permainan Zapin".[14]

Etimologi

sunting

Kata "zapin" ini menyerap dari bahasa Arab iaitu زَفْنzafn, bentuk ism kata kerja زَفَنَzafana yang bermaksud "menari" (رقَصَ‎).[15][16]

Sejarah

sunting

Tarian ini dipercayai diperkenalkan oleh orang-orang Parsi dan Arab dari Hadramaut, Yaman serta Timur Tengah yang berdagang ke Nusantara terutamanya negeri-negeri Sumatera[17] serta tanah Johor mengganti peranan Melaka yang tertakluk sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.[13]:9-11 yang mana asimilasi dengan budaya Melayu diterapkan dalam persembahan penduduk setempat.[17]

Pada awalnya seni tari dan musik Zapin dijadikan sebagai hiburan bagi murid-murid setelah mengaji agama di lingkungan kerajaan. Namun setelah bernikahnya Tengku Embung Badariah puteri Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah dari Siak Sri Inderapura dengan Syarif Utsman bin Syarif Abdul Rahman Syahabuddin, keberadaan Tari Zapin semakin berkembang dalam lingkungan Istana) dan menerapkan unsur-unsur budaya setempat; gaya tarian ini sengaja dilakukan pembinaan dan dipelihara sebagai suatu bentuk kesenian yang memiliki kaedah-kaedah yang luhur dan santun. Tarian ini turut diikuti Kesultanan Johor-Riau yang berjiranan; penghijrahan besar-besaran orang Yaman ke Johor pada abad ke-19 turut menguatkan pengaruh budaya Arab mengukuhkan seni tari zapin dalam negeri tersebut.[13]:9-11

Seni ini masih bertahan hidup di bekas pusat-pusat pemerintahan kerajaan Melayu seperti di Siak, Pulau Penyengat, Tambelan, pulau-pulau dalam Laut Cina Selatan, Riau, Johor dan Singapura moden;[17][18] malah sejauh wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Gambaran umum

sunting

Tarian zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.

Pergerakan yang ada dalam tarian ini adakala menerapkan peniruan daripada alam sekeliling (anak ayam, anak ikan, lompat tiung) mahupun daripada langkah beribadah (alif mim ba, gerak sembah atau gerak salam) kerana diilhamkan amalan sufi.[17]

Pada awalnya, tarian ini khusus dimainkan oleh kaum lelaki sahaja kerana ada tujuan kegamaan, namun lama kelamaan menjadi bentuk hiburan tradisional membolehkan kaum wanita turut serta di mana dua-dua kaum menari dalam kelompok berasingan.[13]:13

Persalinan

sunting
 
Para penari zapin serba lengkap

Penari wanita memakai baju kurung, kebaya kurung dan selendang. Sanggul dan bunga-bungaan pula sering dipakaikan di kepala sebagai perhiasan.[13]:13 Penari lelaki pula berbaju Melayu sama ada dengan gaya cekak musang atau gaya teluk belanga (yang khusus di Johor) dan songkok di kepala.[13]:13

Kelengakapan muzik

sunting

Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.

Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Cara tarian

sunting

Di Brunei

sunting

Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan Jipin. Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih yang menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.

Di Indonesia

sunting

Di Kalimantan Barat, tari Zapin lebih dikenal dengan nama "jepin". Tarian jepin ini dapat dibezakan menjadi dua kategori besar iaitu jepin tradisional dan jepin modern yang sangat beragam menerapkan unsur baharu dan kreatif. Jepin tradisional sendiri masih dapat dibagi lagi menjadi empat jenis:

  • Jepin Massal,
  • Jepin Tali
  • Jepin Tembung,
  • Jepin Lembut - tarian jepin paling digemari

Adapun jenis tari Jepin yang lebih sering dipentaskan dan dilombakan hingga saat ini ialah tari Jepin Lembut. Tarian zapin memiliki jenis yang sangat beranekaragam, dan setiap tipe jenis Zapin memiliki pebedaan pada gerakan mahupun gaya tarian, berikut merupakan senarai ragam tari Zapin di Nusantara:

Senarai rentak zapin

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Zapin". jakarta.go.id. The Official Communications, Informatics and Statistics Province's Exclusive Capital Government of Jakarta (eng). 12 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2021. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  2. ^ "Japin / Zapin Dance (eng)". Jakarta Tourism Service. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  3. ^ "Zapin". warisanbudaya.kemdikbud.go.id. Directorate of Cultural and Heritage Diplomacy, Directorate General of Culture of The Republic of Indonesia. 2010–2020. Dicapai pada 29 December 2020.CS1 maint: date format (link)
  4. ^ "Japin / Zapin Dance (eng)". jakarta-tourism.go.id. Jakarta Tourism Service. Dicapai pada 29 December 2020.
  5. ^ "Japin". warisanbudaya.kemdikbud.go.id. Directorate of Cultural and Heritage Diplomacy, Directorate General of Culture of The Republic of Indonesia. 2015–2020. Dicapai pada 29 December 2020.CS1 maint: date format (link)
  6. ^ "Jepin". Directorate of Cultural and Heritage Diplomacy, Directorate General of Culture of The Republic of Indonesia. 2010–2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.CS1 maint: date format (link)
  7. ^ "Jepen". warisanbudaya.kemdikbud.go.id. Directorate of Cultural and Heritage Diplomacy, Directorate General of Culture of The Republic of Indonesia. 2015–2020. Dicapai pada 29 December 2020.CS1 maint: date format (link)
  8. ^ "Zapin". jakarta.go.id. The Official Communications, Informatics and Statistics Province's Exclusive Capital Government of Jakarta (eng). 12 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2021. Dicapai pada 29 December 2020.
  9. ^ "Japin / Zapin Dance (eng)". Jakarta Tourism Service. Dicapai pada 29 December 2020.
  10. ^ "Zapin dance still popular in Johor". BERNAMA. Dicapai pada 22 September 2020 – melalui The Star.
  11. ^ Halim Said (28 September 2017). "Johor to seek Unesco recognition for traditional zapin dance". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 September 2020.
  12. ^ Muqri Aziz (Januari 17, 2023). "Tarian Zapin Sarawak, antara minat dan budaya". Berita Sarawak. TVS.
  13. ^ a b c d e f Hilarian, Larry (2004). "The gambus (lutes) of the Malay world: its origins and significance in zapin Music" (PDF). Universiti Teknologi Nanyang Singapura – melalui UNESCO.
  14. ^ Hafzan Zannie Hamza. (2023). Exploring the Elements of Main Zapin: A Preliminary Reports and Studies from Fieldwork in Johor. Jurai Sembah, 4(1), 9-20. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/juraisembah/article/view/8168/4447
  15. ^ Ellya Roza; Nur Aisyah Zulkifli (2013). "The Contribution of Zapin as one of Malay Traditional Arts in Curriculum" (PDF). Al-Taklim. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.
  16. ^ "تعريف و معنى زفن في معجم المعاني الجامع". Almaany (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 28 Disember 2020.
  17. ^ a b c d Indah Yuni Pangestu; Ediwar; Martion (2013). "Estetika Tari Zapin Sebagai Sumber Penciptaan Karya Kaki-kak". Bercadik. Padangpanjang, Sumatera: Institut Seni Indonesia. 1 (1): 2–3. ISSN 2656-3509.
  18. ^ Musical Practice of Zafin/Zapin Arab in Singapore [Amalan Muzik Zafin/Zapin Arab di Singapura] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Singapura: Lembaga Perpustakaan Negara Singapura. n.d.

Pautan luar

sunting