Tan Cheong Min
Tan Cheong Min (Cina ringkas: 陈昌敏 ; Cina tradisional: 陳昌敏 ; pinyin: Chén Chāngmǐn, lahir pada 20 Ogos 1998) merupakan seorang atlet wushu Malaysia. Beliau telah memenangi pingat emas dalam acara nandao dan pingat perak dalam acara nanquan serta acara duilian dalam Kejohanan Wushu Dunia 2019 yang diadakan di Shanghai, China. Beliau telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2019/2020 dan merupakan atlet wushu pertama yang menerima anugerah tersebut.[2]
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Tan Cheong Min | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | [1] Melaka, Malaysia | 20 Ogos 1998||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | Wushu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Acara | Nanquan, Nandao, Nangun | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Kehidupan awal
suntingCheong Min dilahirkan pada 20 Ogos 1998 di Cheng, Melaka.[3] Adiknya, Tan Cheong Wan, turut merupakan seorang atlet wushu.[4] Beliau mendapat pendidikan rendah di SJK (C) Cheng, dan ketika itu beliau mula berminat dengan wushu apabila menonton persembahan Pasukan Wushu Negeri Melaka di sekolahnya dan tertarik dengan pergerakan akrobatik mereka.[5] Beliau mula menyertai kelas wushu semasa berusia 9 tahun sebagai satu kegiatan kokurikulum. Beliau asalnya bertanding dalam acara Changquan, Daoshu dan Gunshu.[6]
Beliau bertanding dalam Kejohanan Belia pertamanya pada tahun 2010, semasa beliau berusia 12 tahun.[5] Bakatnya dikesan oleh jurulatih pasukan kebangsaan ketika beliau memperoleh pingat gangsa dalam SUKMA pada tahun 2012. Beliau kemudiannya menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2013 dan menjadi atlet simpanan pasukan kebangsaan. Ketika itu, beliau mula bertanding dalam acara nanquan atas nasihat jurulatihnya.[6] Beliau mendapat sarjana mudanya dalam bidang teknologi maklumat di Universiti Asia Pasifik.[7]
Rujukan
sunting- ^ "TAN Cheong Min". Sukan Universiti Musim Panas 2017 Taipei. Dicapai pada 23 Mac 2022.
- ^ Helmi Talkah (22 Mac 2022). "Azizulhasni, Cheong Min Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2019/2020". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mac 2022.
- ^ "Atlet wushu, Tan Cheong Min tumpu dua kejohanan tahun ini". berita.rtm.gov.my. 22 Februari 2020. Dicapai pada 9 April 2022.
- ^ Loghun Kumaran (12 September 2018). "Melaka's golden Tan siblings on winning streak". Malay Mail. Dicapai pada 9 April 2022.
- ^ a b "参加世界武术赛载誉归·2校友回晋巷分享成就" [Kembali dari Kejohanan Dunia Wushu dengan kemenangan- 2 bekas pelajar SJK (C) Cheng kongsi pencapaian mereka]. Sin Chew Jit Poh (dalam bahasa Cina). 16 November 2019. Dicapai pada 9 April 2022.
- ^ a b Dai, Hui Yi (24 Jun 2021). ""武术教会我不要轻言放弃"——专访武坛新星陈昌敏" ["Wushu mengajar saya agar tidak berputus asa" - Temu bual dengan bintang baharu wushu Tan Cheong Min]. The Interview (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 9 April 2022.
- ^ "疫下无赛仍专注备战-"敏"而好学盼亚运凯旋" [Berlatih walaupun tiada pertandingan semasa pandemik - Cheong Min berharap kemenangan di Sukan Asia]. Sin Chew Jit Poh (dalam bahasa Cina). 22 Februari 2021. Dicapai pada 9 April 2022.