Taman Negara Ulu Temburong

taman negara di Brunei Darussalam

Taman Negara Ulu Temburong merupakan taman negara pertama yang diasaskan di Brunei dan dilindungi sejak 1991. Taman tersebut terletak di Daerah Temburong di timur Brunei, dan meliputi kira-kira 40% bahagian selatan daerah itu seluas 550 kilometer persegi (210 bt2). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Batu Apoi.[1] Hutan daranya dikenali sebagai "Permata Hijau Brunei",[2] diperikan sebagai "contoh polisi perlindungan hutan yang paling berjaya kesultanan".[3] Sungai-sungai utamanya ialah Sungai Temburong dan Sungai Belalong. Ia merupakan pusat ekopelancongan yang penting di Brunei dan menempatkan Resort Ulu Ulu.[4] Hutan Simpan Peradayan juga terletak di daerah ini.[5]

Taman Negara Ulu Temburong
Permata Hijau Brunei
IUCN Kategori II (Taman negara)
Perjalanan dengan bot panjang di Sungai Temburong ke Taman Negara Ulu Temburong
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara Ulu Temburong Permata Hijau Brunei
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara Ulu Temburong Permata Hijau Brunei
Lokasi Taman Negara Ulu Temburong
LokasiTemburong
Bandar raya terdekatBrunei Darussalam
Koordinat4°28′41″N 115°12′28″E / 4.478°N 115.2077°E / 4.478; 115.2077Koordinat: 4°28′41″N 115°12′28″E / 4.478°N 115.2077°E / 4.478; 115.2077
Luas488.59 kilometer persegi (188.65 bt2)
Ditubuhkan1991
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Geografi

sunting
 
Jambatan gantung di Taman Negara Ulu Temburong

Taman Negara Ulu Temburong terletak di bahagian paling timur Brunei Darussalam, di Daerah Temburong. Ia bersempadan dengan tiga daerah lain dan negeri Sarawak Malaysia. Ia hutan hujan tanah pamah yang meliputi 212 batu persegi (550 km2).[2][6][7] Taman ini terletak di kawasan atas bahagian timur Brunei. Bahagian selatan terdapat perbukitan dengan gunung-ganang setinggi 1,800 meter (5,900 ka) dan tanah pamahnya terletak di cerun-cerun utara. Bentuk muka buminya mempunyai pantai dan juga dilalui beberapa batang sungai yang membentuk lembah-lembah sempit.[7]

Taman ini hanya boleh dicapai melalui sungai dengan bot panjang[8] dari ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Destinasi pertama dengan bot ialah pekan Bangar di mana Sungai Limbang keluar dari Sarawak dan mengalir ke Teluk Brunei di muara bakau yang berlumpur. Perjalanan dari pekan Bangar ke Batang Duri adalah melalui jalan darat dan ia merupakan tempat bermulanya perjalanan menaiki bot panjang di Sungai Temburong untuk ke Taman Negara. Bot-bot dikawal oleh orang Iban berpengalaman, mendayung melepasi beting pasir, kayu balak dan batu-batu besar. Sebuah rangkaian laluan pejalan kaki, jambatan dan tangga yang luas, 7 kilometer (4.3 bt) panjangnya,[8] telah dibina untuk menjangkau seluruh taman negara. Papan tafsiran menyediakan maklumat sepanjang perjalanan.[8] Terdapat juga laluan tinjau berkanopi. Laluan pejalan kaki ini, dibina dengan menara keluli yang menyokong lintasan kabel, berada 50 meter (160 ka) dari tanah untuk meninjau sudur pokok tertinggi dan melihat pemandangan belantara.[6]

Tumbuhan dalam terdapat hutan simpan ini berjenis hutan hujan tanah pamah tropika dengan genus Shorea, Dryobalanops dan Dipterocarpus sebagai spesies pokok yang dominan. Hutan-hutan tanah pamah dan bukit primer ialah hutan Dipterokarpa, manakala hutan pergunungan rendah sebahagian besarnya berada di bahagian selatan. Pokok bakau terdapat di kawasan pantai.[6] Spesies rotan juga biasa terdapat di paras tanah hutan. Varieti biasa lain yang terakam di hutan hujan ini ialah halia, begonia, gesneriad, aroid dan bunga Ixora. Di sungai, spesies tumbuhan yang terakam ialah pokok palma, paku pakis, lumut dan kulampair. Buah ara yang berbuah di atas dan bawah tanah juga meluas, menjadi makanan burung.

 
Enggang badak
 
Kupu-kupu hitam dan kuning yang dipanggil "raja putih"

Fauna termasuk mamalia, reptilia, kupu-kupu dan serangga dan burung. Spesies fauna yang paling popular yang tinggal di pokok ialah ungka kelabu Timur yang berwarna kelabu. Ia kebanyakannya tinggal di kanopi hutan dan kadangkala dapat dilihat di paras kanopi pertengahan. Tupai, khususnya tupai kerdil kecil berhampiran tempat tinggal manusia, dan katak batu tompok hitam (Staurois natator) juga pernah dilaporkan dilihat di taman negara. Orkid dan ular, terutamanya ular kapak tokong, tinggal di puncak-puncak pokok. Memerang seperti memerang licin boleh dilihat di Sungai Temburong. Haiwan-haiwan lain yang ditemui di taman negara ini ialah katak pokok Belalong (Leptomantis belalongensis) dan biawak tanpa telinga (Lanthanotus borneensis).[9]

Terdapat empat ratus spesies kupu-kupu, sesetengahnya jarang ditemui, dan yang paling terkenal ialah kupu-kupu Rajah Brooke yang diberi nama "rajah/raja putih" sempena James Brooke. Kawasan taman negara dahulu berada di bawah kuasa peribadi beliau semasa zaman penjajahan Sarawak; spesies jantan mempunyai warna sayap hitam legam dan jalur hijau zamrud. Satu lagi jenis kupu-kupu ialah nimfa pokok (Idea stolli), iaitu spesies berbintik putih dan hitam. Spesies serangga lain yang ada ialah lipan, semut hutan gergasi (Camponotus gigas), pepijat tanglung dan anai-anai.[6]

Kawasan Burung Penting

sunting

Sebidang tanah berkeluasan 70,000 hektar, merangkumi taman dan sambungan ke Hutan Simpan Batu Apoi, telah disahkan oleh BirdLife International sebagai Kawasan Burung Penting (IBA) kerana habitat hutannya menyokong sejumlah besar spesies burung yang terancam, antaranya ayam mata merah Borneo, punai bakuk dan bakau, burung botak kecil, hutan, helang kinabalu, lang selat, pekaka bukit, burung pacat kepala merah, barau-barau, kekicau berjambul, burung rimba borneo, sambar batu dan sambar biru Sunda.

Enggang belukar (Anorrhinus galeritus), enggang badak (Buceros rhinoceros), takau kasturi (Eurylaimus ochromalus), dan burung walit ialah burung-burung yang terkenal di taman ini.[6]

Pemuliharaan

sunting

Taman negara berada di bawah kawalan Jabatan Perhutanan Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan. Pejabat Ibu Pejabat Taman Negara terletak berhampiran kuala Sungai Belalong dengan Sungai Temburong. Sebuah stesen penyelidikan (Pusat Kajian Lapangan Kuala Belalong) telah ditubuhkan oleh Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1990. Ia terletak kira-kira 500 meter dari muara Sungai Belalong di tebing barat. Pusat penyelidikan ini berfungsi sebagai tapak penyelidikan, pengajaran dan latihan utama untuk komuniti penyelidikan antarabangsa dan universiti. Ia digunakan untuk pelbagai program kesedaran alam sekitar termasuk program pendidikan alam sekitar sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Brunei Darussalam. Taman ini juga merupakan sebahagian daripada perjanjian pemuliharaan antarabangsa Jantung Borneo.[10]

Penginapan

sunting
 
Di sinilah tetamu mendaftar terlebih dahulu.

Satu-satunya penginapan di dalam Taman Negara, Resort Ulu Ulu dibuka pada November 2008 dengan penswastaan kemudahan di Taman Negara Ulu Temburong di bawah kuasa Jabatan Perhutanan. Ini dianggap sebagai peristiwa bersejarah dalam pelancongan Brunei kerana ini merupakan Perkongsian Awam-Swasta (PPP) pertama antara syarikat pelancongan swasta (Sunshine Borneo Tours and Travel Sdn Bhd) dan Kerajaan Brunei Darussalam.

Resort dengan 17 bilik tersebut adalah penginapan berkepadatan rendah dan mesra alam sekitar. Terdapat tiga kategori bilik; Standard (asrama), Superior (suite berkongsi berkembar dan keluarga) dan Deluxe (katil kelamin).[11] Resort itu mempunyai bilik persidangan, auditorium, restoran, kedai hadiah dan cenderamata serta bilik permainan. Untuk menginap di resort itu, pengunjung dikehendaki awal-awal membuat tempahan pakej pelancongan Taman Negara Ulu Temburong, pergi ke dan pulang dari Bandar Seri Begawan.

PPP itu terpaksa menangguhkan operasi pada 20 Jun 2020 berikutan Pandemik COVID-19 walaupun mendapat bantuan daripada Kementerian Kewangan & Ekonomi.[12]

Rujukan

sunting
  1. ^ USA IBP (25 November 2009). Brunei Mineral & Mining Sector Investment and Business Guide. International Business Publications. m/s. 237–. ISBN 978-1-4330-0442-1. Dicapai pada 8 Februari 2013.
  2. ^ a b Thiessen, Tamara (1 Januari 2009). Borneo: Sabah, Brunei, Sarawak : the Bradt travel guide. Bradt Travel Guides. m/s. 145. ISBN 978-1-84162-252-1. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  3. ^ Ledesma, Charles De; Lewis, Mark; Savage, Pauline (1 Disember 2003). Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei. Rough Guides. m/s. 596. ISBN 978-1-84353-094-7. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  4. ^ "Welcome to Ulu Ulu Resort". Ulu National Park Resort. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  5. ^ Rowthorn, Chris; Cohen, Muhammad; Williams, China (21 Jun 2008). Borneo. Lonely Planet. m/s. 233. ISBN 978-1-74059-105-8. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  6. ^ a b c d e Baker, Nick. "Ulu Temburong National Park- untouched rainforest of Brunei". Ecology Asia. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  7. ^ a b WWF 2012.
  8. ^ a b c Font, Xavier; Tribe, John (2000). Forest Tourism and Recreation: Case Studies in Environmental Management. CABI. m/s. 136–. ISBN 978-1-84593-303-6. Dicapai pada 8 Februari 2013.
  9. ^ "Treasured find in Green Jewel » Borneo Bulletin Online". Treasured find in Green Jewel (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-22. Dicapai pada 2022-10-22.
  10. ^ Jabatan Perhutanan Brunei: The Heart of Borneo , dicapai 18 Februari 2013.
  11. ^ "National Park Resort Accommodation". Ulu Ulu Resort - National Park, Temburong, Brunei Darussalam (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-10.
  12. ^ "Cessation Notice". Ulu Ulu National Park Resort. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2022. Dicapai pada 2022-04-23.

Bibliografi

sunting