Lanthanotus borneensis

Biawak tanpa telinga (Lanthanotus borneensis) ialah sejenis biawak perang separa akuatik yang berasal dari utara Borneo. Ia merupakan spesies tunggal dalam keluarga Lanthanotidae, iaitu kumpulan yang bertalian dengan biawak dan juga Heloderma.[2]

Lanthanotus borneensis
Tidak dinilai (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Lanthanotidae
Genus:
Lanthanotus
Spesies:
L. borneensis
Nama binomial
Lanthanotus borneensis

Biawak tanpa telinga panjangnya sekitar 20 cm, mata dan kakinya bantut, badannya tebal, da sisiknya amat bernama. Biarpun demikian namanya, namun ia mampu mendengar, cuma ketiadaan timpanum atau tanda-tanda telinga yang nyata. Ia merupakan sejenis haiwan pengorek nokturnal yang gemar memakan cacing dan mangsa-mangsa yang seumpamanya. Dalam kurungan, ia juga diketahui memakan sotong dan cebisan ikan dan hati. Seperti biawak yang lain, ia mengeluarkan telur, tetapi tidak banyak lagi yang diketahui tentang pembiakannya.[2]

Spesies ini amat jarang ditemui, dan banyak spesimen yang dikenali telah diawat, tetapi itu pun jarang. Spesies ini amat menarik minat saintis kerana ia merupakan percabangan evolusi untuk biawak-biawak varanid dan helodermatid.

Rujukan luar

sunting
  1. ^ IUCN Red List dan cari Lanthanotus
  2. ^ a b Bauer, Aaron M. (1998). Cogger, H.G. & Zweifel, R.G. (penyunting). Encyclopedia of Reptiles and Amphibians. San Diego: Academic Press. m/s. 156–157. ISBN 0-12-178560-2.CS1 maint: multiple names: editors list (link)

Pautan luar

sunting

Templat:Varanoidea