Taliep Petersen

Penyanyi dan pelakon Afrika Selatan (1950–2006)

Taliep Petersen (15 April 1950 – 16 Disember 2006) ialah seorang penyanyi Afrika Selatan, komposer dan pengarah beberapa tajuk muzikal popular. Beliau semasa hidup terkenal berkongsi dengan pemuzik keturunan Lithuania bernama David Kramer dan memenangi Anugerah Laurence Olivier bersama.

Taliep Petersen
Kelahiran(1950-04-15)15 April 1950
Meninggal dunia16 Disember 2006(2006-12-16) (umur 56)
Athlone, Cape Town, Afrika Selatan
Pekerjaanpenyanyi dan pengarah lagu
Karya
Anugerah Laurence Olivier

Biografi

sunting

Dikenali sebagai "penyanyi teater Afrika Selatan terbaik", Taliep dilahirkan dari keluarga Melayu. Ayahnya bernama Muhammad Ladien Petersen dan dia memiliki adik yang bernama Igshaan Petersen. Kampung halaman beliau berada di District Six, Cape Town.[1] Sebuah distrik atau subbandar yang memiliki etnik sangat beragam. Beliau bermastautin disana sebelum dipindahkan paksa bersama keluarga dan seluruh orang Melayu Cape lain ke Bo-Kaap oleh pentadbir rasis Apartheid ketika itu. Pada umur 6 tahun, dia sudah tampil sebagai penyanyi kanak-kanak untuk Karnival Coon. Pada 1974 ikut berkongsi pada tajuk muzikal Hair.

Selama beberapa masa, Taliep merantau ke England. Belajar memainkan gitar klasik di Fitznell School of Music dan membuat pertunjukan muzik bernama Carnival a la District Six. Pada tahun 1980, Taliep kembali ke kampung halamannya dan membentuk band bernama Sapphyre. Band itu memainkan instrumen pelakuran antara budaya Melayu Cape dan Afrika. Pada tahun 1999, dia dan Kramer berjaya memenangi Anugerah Laurence Olivier dengan muzik bertajuk Kat and the Kings.

Kemenangan itu membuatnya sering tampil di TV. Pada 2001, dia membawakan program bertajuk O'se Distrik Ses dan tampil dalam program pencarian bakat Afrika Selatan, Idols and Joltyd. Pada 2006, Taliep membuat album pertamanya dalam bahasa Afrikaans, Deur Dik en Dun.

Kematian

sunting

Taliep ialah seorang muslim yang taat beragama. Dia memiliki enam orang anak dan dua orang isteri. Pada 16 Disember 2006, rumah beliau di Athlone dirompak dan dia ditemukan sudah maut. Ebrahim Rasool, yang semasa itu menjawat sebagai Premier Western Cape menyampaikan kesedihannya di depan masyarakat.

Pada 18 Jun 2007, diketahui fakta yang menggegarkan warga seluruh Afrika Selatan. Pembunuh yang sebenar ialah Najwa Petersen, isteri keduanya. Dia membayar ketiga orang penjenayah: Jefferson Snyder, Abdoer Emjedi dan Waheed Hassen untuk merompak rumahnya sendiri sementara ia menikam suaminya ketika lengah. Dewan rasmi menahan keempatnya pada 2 Disember 2008 selepas semua bukti telah dikumpulkan. Hakim Siraj Desai mendakwa mereka telah bersalah sebab "pembunuhan, perompakan dan menghilangkan bukti". Sidang terakhir berakhir pada 4 Februari 2009 dengan hukuman 28 tahun penjara.

Najwa bertukar nama semula kepada Dirk di penjara. Dia sempat dibebaskan lebih cepat pada bulan September 2024,[2][3][4] keputusan itu membuat kemarahan di seluruh negara Afrika Selatan. Selepas beberapa minggu dibebaskan, ampunan yang didapatkan Najwa Dirk rasmi dibatalkan oleh Pieter Groenewald, salah satu menteri.[5]

Pencapaian

sunting

Taliep ialah salah satu pemuzik Melayu paling berjaya dalam sejarah Afrika Selatan. Jambatan Taliep Pietersen ditubuhkan sempena kepada namanya di Woodstock, Nelson Mandela Boulevard.[6] Pada Jun 2019, Madeegha Anders (isteri pertama Taliep Petersen) dan Ashur Petersen membuat sebuah lagu mengenai kisah sang ayah.[7]

Pengaruh besar Taliep Petersen memberikan semangat kepada banyak pemuzik Melayu Cape lain seperti Moeniel Jacobs dan Muhammad Zieyaad Hattas.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Hit the write note: New book honours music icon Taliep". www.dailyvoice.co.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-13.
  2. ^ Lee-Jacobs, Samantha. "Taliep Petersen's wife granted parole after serving 15 years for orchestrating his murder". News24 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-13.
  3. ^ "Parole for Waheed Hassan – hitman who murdered Taliep Petersen". CapeTown ETC (dalam bahasa Inggeris). 2024-10-10. Dicapai pada 2025-01-13.
  4. ^ "Najwa says maaf: Taliep's widow asks kids for forgiveness". www.dailyvoice.co.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-13.
  5. ^ Nene, Ntuthuzelo. "Najwa Petersen's parole suspended after Groenewald intervention". EWN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-13.
  6. ^ Reporter, Voice. "Taliep Petersen honoured with footbridge". www.iol.co.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-13.
  7. ^ "Capetonian mom and son duo rack up 2-million views". CapeTown ETC (dalam bahasa Inggeris). 2019-06-07. Dicapai pada 2025-01-13.
  8. ^ Bothma, Marsha (2023-08-23). "From Lentegeur to New York, author shares culture and inspiration". Plainsman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-13.