David Kramer

Pemuzik Afrika Selatan

David Kramer (/krɑːmə/) ialah seorang penyanyi, penulis dan pengarah lagu Afrika Selatan keturunan Lithuania. Kramer dikenali dengan gaya muzikalnya yang menentang apartheid, dia memenangi Anugerah Laurence Olivier bersama Taliep Petersen pada tahun 1999.[1]

David Kramer
Kramer pada 2010
Kelahiran
Pusat pendidikanUniversiti Leeds (kepujian textil)
Universiti of Cape Town (hon)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pengarah lagu
Tahun aktif1980—
EjenMountain Records
Terkenal kerana
Gaya
  • Lagu folk
  • Gitar solo
Anugerah11 gold and 1 platinum record
Laman web rasmiwww.davidkramer.co.za

Kehidupan awal

sunting

Pada awalnya nama keluarga Kramer ialah Karabelik, Kramer mengatakan bahawa datuknya sengaja merubah nama agar lebih mudah dieja oleh penutur bahasa Inggeris ataupun Afrikaans. Datuknya datang ke Afrika Selatan pada tahun 1899 dan bekerja sebagai salaryman.

David Kramer lahir di Worcester, Afrika Selatan, dari keluarga kelas menengah Lithuania. Ayahnya ialah seorang peniaga kayu dan ibunya mempunyai salon. Semasa kecil, Kramer pernah menyertai pelajaran muzik yang diberikan oleh komponis klasik Inggeris Cromwell Everson. Kramer merantau ke England pada 1971 dan menyertai Universiti Leeds dalam kepujian textil. Dia bekerja di sana sebagai manajer kedai pakaian selama beberapa tahun.

Kerjaya

sunting

Kramer memulakan kerjaya muzik pada akhir 1970an selepas kembali ke Afrika Selatan. Dia menyanyi di beberapa tempat di Afrika Selatan, semasa di atas panggung ia menggayakan dirinya sebagai orang kampung yang menaiki basikal tua dengan gitar bersenar lusuh. Album terkenal pertamanya ialah BAKGAT!, dikeluarkan oleh Mountain Records dan kemudian menerbitkan lima lagu lain pada 1980. Pada 1981, semua album Kramer disekat oleh pentadbir kerana alasan terlalu vulgar. Sekitar pada masa ini ia pertama kali bertemu dengan Taliep Petersen.

Pada 1983, Kramer mendapat penajaan oleh Volkswagen selama 13 tahun lamanya. Pentadbir pun tidak berdaya menyekat album baharunya kerana dia telah menjadi penyanyi yang sangat popular ketika itu. Pada 1986, dia dan Taliep menerbitkan album pertama mereka District Six: The Musical. Lagu yang menceritakan kisah penderitaan orang-orang Melayu yang dibuang oleh Belanda dari Sumatra dan Bandar Malaka. Pada 1992, album Poison diterbitkan. Album yang menceritakan samseng, jenayah dan dadah di Cape Town dan sekitarnya itu pernah cukup popular di Malaysia.[2] Pada 1997, keduanya memulakan lagu yang bertajuk Kat and the Kings. Mereka berjaya memenangi Anugerah Laurence Oliver dan penyanyi duo Afrika Selatan pertama yang memenanginya.

Lagu terakhir yang ditulis bersama ialah Ghoema, pada Disember 2006, Taliep ditemukan maut secara misterius dengan rumah yang dirompak orang tidak dikenal. Untuk mengenangnya, Kramer membuat sebuah album khas bertajuk Taliep Petersen: Songbook. Hanya 1 hari penjualan, tiket pertunjukan itu habis. Pada tahun 2019, Kramer membuat semula lagu Poison dengan tajuk baharu: "Danger in the Dark" mendapat banyak pujian kerana jenayah di Afrika Selatan sudah sangat parah.

Anugerah

sunting

Kramer dianugerahkan gelar honorary doctorate dalam kepujian literatur oleh Universiti Cape Town pada 2007 dan gelar yang sama oleh Universiti Stellenbosch pada 2014.

Pada 2023, Kramer dianugerahkan Fleur du Cap Lifetime Achievement.

Rujukan

sunting
  1. ^ Bain, Keith (2024-10-18). "Orpheus McAdoo — David Kramer brings forgotten hero back to life". Daily Maverick (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-15.
  2. ^ "David Kramer's Danger in the Dark returns to Baxter Theatre". www.news.uct.ac.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-15.