Tahun Baru ialah peristiwa yang diadakan apabila sesuatu budaya meraikan berakhirnya satu tahun dan bermulanya tahun berikutnya. Budaya-budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahun Baru.

Sambutan tahun baru moden

sunting
Untuk maklumat lanjut, lihat Malam Tahun Baru dan Hari Tahun Baru

Berikut ialah tarikh-tarikh sambutan moden yang terpenting, disusun mengikut kalendar Barat biasa.

Januari

sunting
  • Tahun Baru Tibet (Losar) jatuh antata Januari hingga Mac.
  • Tahun Baru Zoroastrian berbetulan dengan Norouz dan disambut oleh orang Parsi di India dan oleh orang Zoroastrian dan Parsi seluruh dunia.
  • Tahun Baru Nepal disambut pada musim bunga, pada hari pertama bulan qamari Baisakh, bersamaan dengan 12 - 15 April.
  • Tahun Baru Sinhala jatuh pada bulan April apabila matahari bergerak dari Meena Rashiya (Rumah Pisces) ke Mesha Rashiya (Rumah Aries). Orang Sri Lankan mula menyambut Tahun Baru Kebangsaan mereka iaitu "Aluth Avurudhu" dalam bahasa Sinhala dan "Puththandu (புத்தாண்டு)" dalam bahasa Tamil. Tidak seperti sambutan tahun baru lain yang ditandakan pada tengah malam, Tahun Baru Kebangsaan bermula pada waktu yang ditentukan ahli nujum. Bukan sahaja bermulanya tahun baru, bahkan juga berakhirnya tahun lama turut ditentukan ahli nujum. Juga berbeza daripada penandaan akhir dan mulanya tahun baru yang kita kenali, terdapat satu jangka masa beberapa jam antara berakhirnya Tahun Lama dan bermulanya Tahun Baru, iaitu "nona gathe" (tempoh neutral). Pada masa ini seseorang dijangka tidak melakukan apa-apa kerja dan hanya mengerjakan kegiatan keagamaan.
  • Di India, Tahun Baru Tamil dan Vishu disambut pada hari yang sama masing-masing di negeri Tamil Nadu dan Kerala, India Selatan. Perayaan-perayaan itu biasanya jatuh pada 13 atau 14 April. Bulan pertama Tahun Baru Tamil dipanggil Chithrai. Pada bulan Chithrai (சித்திரை) setiap tahun, di kota kuil Madurai, Chithrai Thiruvizha disambut di Kuil Meenakshi. Satu pertunjukan besar dipanggil Chithrai Porutkaatchi juga diadakan. Di sesetengah kawasan di Tamil Nadu, tahun baru juga dipanggil Chithrai Vishu dan diraikan dengan jamuan besar-besaran di rumah-rumah Hindu yang pintu masuknya dihiasi kolam.

Musim luruh (utara)

sunting
  • Rosh Hashanah (bahasa Ibrani untuk 'kepala tahun') ialah cuti yang memperingati kemuncak tujuh hari penciptaan alam, serta menandakan pembaharuan tahunan Tuhan terhadap alam-Nya. Hari ini mengandungi unsur-unsur keraian dan kaji diri, kerana Tuhan dipercayai sentiasa menilai ciptaan-Nya dan menentukan nasib segala manusia dan makhluk sepanjang tahun yang akan datang.
  • Tahun Baru Gujarati biasanya disambut pada hari selepas Deepavali (yang jatuh pada pertengahan musim luruh - sama ada pada bulan Oktober atau November, bergantung pada takwim qamari). Tahun Baru Gujarati bersinonim dengan sud ekam bulan Kartik - hari pertama bulan pertama takwim qamari Gujarati. Kebanyakan orang Hindu lain menyambut Tahun Baru pada awal musim bunga, tetapi masyarakat petani Gujarat menyambut Tahun Baru selepas Diwali untuk menandakan bermulanya tahun fiskal baru.

Berubah-ubah

sunting
  • Maal Hijrah Islam jatuh pada 1 Muharram. Oleh sebab takwim Hijrah berdasarkan 12 bulan gamari yang berjumlah kira-kira 354 hari, tarikh Gregorian perayaan ini kira-kira 11 hari lebih awal setiap tahun. Tahun 2008 akan menyaksikan dua hari Maal Hijrah.
  • Tahun Baru Thelema biasanya disambut dengan permohonan kepada Ra-Hoor-Khuit, menandakan bermulanya Zaman baru pada tahun 1904. Tahun Baru ini juga menandakan bermulanya musim suci Thelema 22 hari.

Tarikh tahun baru bersejarah

sunting

Kalendar Rom purba cuma ada sepuluh bulan dan tahunnya bermula pada 1 Mac, kesannya masih terlihat pada nama beberapa bulan yang berasal daripada bahasa Latin: September (ketujuh), Oktober (kelapan), November (kesembilan), Disember (kesepuluh). Sekitar tahun 713 SM, bulan-bulan Januari dan Februari ditambah oleh raja kedua Numa Pompilius, beserta bulan lompat Intercalaris. Tahun yang digunakan dalam tarikh ialah tahun konsul yang bermula pada hari apabila konsul-konsul mula memegang jawatan — ditetapkan oleh undang-undang pada 15 Mac 222 SM[1], sebelum dibawa ke 1 Januari pada tahun 153 SM. Pada tahun 45 SM, Julius Caesar memperkenalkan kalendar Julian dan menggugurkan Intercalaris; namun begitu, 1 Januari tetap dijadikan hari pertama tahun baru.

Penerimaan 1 Januari sebagai Tahun Baru

sunting

Masa yang agak lama berlalu sebelum 1 Januari diterima secara meluas sebagai permulaan tahun baru. Tahun-tahun penerimaan adalah seperti berikut:

  • 1522: Venice
  • 1544: Empayar Rom Suci. Kawasan yang diliputi termasuk Jerman, Austria dan wilayah taklukan selepas tahun ini.
  • 1556: Sepanyol, Portugal, Belanda Katolik Rom (selatan). Ini diluaskan ke semua wilayah jajahan dan kota kara Sepanyol dan Portugis di seluruh dunia.
  • 1559: Prussia, Denmark, Sweden
  • 1564: Perancis. Pentarikhan ini diluaskan ke wilayah taklukan Perancis selepas tahun ini.
  • 1579: Lorraine
  • 1583: Belanda Protestan (utara)
  • 1600: Scotland
  • 1725: Rusia, serta taklukan selepas tahun ini
  • 1721: Tuscany
  • 1752: Britain dan jajahan-jajahannya. Ini termasuk pantai timur tanah yang kini bernama Amerika Syarikat dan Kanada. Juga oleh sebab kawasan merata dunia tergolong di bawah kuasa undang-undang Inggeris, maka tarikh gaya Inggeris menjadi sah. Ini termasuklah Afrika, India, Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, dsb.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting