Syiah

Kumpulan denominasi Islam yang memegang bahawa Muhammad menunjuk Ali sebagai pengganti dan pemimpinnya (imam), yang penganutnya membentuk majoriti penduduk di Iran, Iraq, Azerbaijan, dan Bahrain
(Dilencongkan daripada Syi'ah)

Islam Syiah atau Syiah (bahasa Arab: شِيعَة, translit. syīʿah‎, dari kata Syīʿatu ʿAlī, "pengikut Ali") adalah cabang Islam kedua terbesar. Kaum Syiah mempercayai bahwa Nabi Muhammad, mengangkat Ali bin Abi Thalib sebagai penggantinya dan Imam (pemimpin spiritual dan politik) setelah dia beberapa kali dalam hidupnya,[1] terutama di Ghadir Khum. Namun pewarisan Muhammad sebagai pemimpin umat Islam dihalangi oleh sebagian sahabat Nabi di Saqifah karena pilihan Abu Bakar. Pandangan ini bertentangan dengan pandangan Islam Sunni, yang pengikutnya percaya bahwa Muhammad tidak menunjuk seorang pengganti sebelum kematiannya, dan bahwa Abu Bakar, yang diangkat sebagai khalifah oleh sekelompok sahabat Nabi di Saqifah, dianggap sebagai khalifah pertama setelah Muhammad.[2]

Syiah

Penganut Syiah mempercayai bahawa Ali dan anak-anak Muhammad, Ahlul Bait, harus menggantikan Muhammad sebagai pemimpin spiritual dan politik Islam, dan bahawa hanya Tuhan yang dapat menunjukkan seseorang sebagai Imam untuk melestarikan Islam, mengajarkan Syariah, dan memimpin umat Islam.[3] Islam Syiah hari ini terbahagi menjadi dua kelompok utama, iaitu Dua Belas Imam dan Ismailiyah, Dua Belas Imam merupakan kelompok yang paling berpengaruh dan terbesar dalam Syiah. Islam Syiah adalah cabang Islam terbesar kedua dan membentuk sekitar 10 hingga 15 peratus daripada seluruh Muslim.[4] Syiah Dua Belas Imam ialah cabang Syiah terbesar, dan terdiri daripada 85 peratus semua Muslim Syiah.[5]

Sehingga kini, banyak usaha telah dilakukan oleh ulama Syiah dan Sunni untuk menyatukan aliran dan cabang Islam;[6] seperti Fatwa Syeikh Syaltut tentang Syiah.[7]

Etimologi

sunting

Shia atau Syiah (Bahasa Arab: شِيعَة‎; /ˈʃiːə/) secara literal bermaksud mengikut seseorang atau kumpulan lain daripada orang atau kumpulan lain.[8] Perkataan ini telah digunakan beberapa kali dalam al-Quran. Sebagai contoh, dalam ayat 15 Surah Al-Qasas, salah seorang pengikut Musa disebut sebagai Syiah Musa dan di tempat lain Ibrahim disebut sebagai Syiah Nuh. Dalam sejarah Islam, perkataan Syiah, dalam makna dan leksikon asalnya, digunakan untuk pengikut pelbagai kaum. Sebagai contoh, beliau kadang-kadang disebut sebagai "Syiah Ali bin Abi Talib" dan kadang-kadang sebagai "Syiah Muawiyah bin Abi Sufyan".[9] Tetapi perkataan ini secara beransur-ansur mengambil makna idiomatik dan hanya merujuk kepada pengikut Ali yang percaya kepada Imamahnya.[10]

"Syiah" adalah bentuk singkatan dari frasa bersejarah "Syi`a `Ali" (شيعة علي) yang bermaksud "pengikut Ali", yang merujuk kepada wahyu Q.S. Ayat Al-Bayyinah "khair al-bariyyah", ketika ayat itu diturunkan Nabi Muhammad bersabda, "Wahai Ali, engkau dan pengikutmu adalah orang yang beruntung - ya 'Ali anta wa syi'atuka hum al-faizun".[11]

Hari ini, perkataan itu merujuk kepada orang Islam yang percaya bahawa kepimpinan masyarakat selepas Muhammad adalah milik Ali dan penggantinya. Nawbakhti menyatakan bahawa istilah Syiah merujuk kepada sekumpulan orang Islam yang pada zaman Muhammad dan selepas menganggap Ali sebagai Imam dan Khalifah.[12] Al-Shahrastani mendedahkan bahawa istilah Syiah merujuk kepada mereka yang percaya bahawa Ali telah dilantik sebagai Pewaris, Imam dan khalifah oleh Muhammad.[13]

Sejarah Syiah

sunting

Mengenai sejarah kemunculan Syiah, terdapat pandangan yang berbeza-beza, sebagian di antaranya mengatakan bahawa Syiah muncul:

  • Pada masa hidup Nabi Muhammad saw Setelah Peristiwa Saqifah.[1]
  • Setelah pembunuhan Utsman.[2]
  • Setelah Peristiwa Tahkim.[3]
  • Ketika berlakunya Perang Siffin.
  • Setelah kematian Husain bin Ali RA.
  • Menurut Syiah, pada zaman Nabi saw, sebagian dari para sahabat yang terkenal, seperti Salman, Abu Dzar, Miqdad dan Ammar, percaya bahawa Tuhan telah melantik Ali RA untuk memegang tampuk kepemimpinan dan juga penganti Nabi saw, dan mereka dikenang sebagai orang-orang Syiah pertama.[4]

Aliran

sunting

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Muahhed, al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.

Syiah Di Malaysia

sunting

Dunia Melayu secara amnya mengikuti Ahli Sunnah Waljamaah. Namun jika kita menelusuri sejarah alam Melayu, terdapat elemen-elemen Syiah yang telah diserapi di dalam masyarakat dan juga budaya orang Melayu. Seperti contoh, R. J. Wilkinson mendapati terdapat banyak unsur syiah di dalam Undang-Undang 99 Perak di mana ianya adalah undang-undang berkenaan hal ehwal islam yang pertama di negeri Perak. Undang-Undang itu dipercayai diambil ilham dari Parsi ke Malaya oleh Sayyid Hasan Jamalullail ketika era Sultan Ahmad Taj al-Din Shah (1577-1548) dan telah di kuatkasakan di negeri Perak sehingga tahun 1900.

Dasar luar Malaysia dan sentimen anti-Syiah

sunting

Pada tahun 1996, Jawatankuasa Fatwa Hal Ehwal Agama di Malaysia mengeluarkan pendapat agama yang mengiktiraf Islam Sunni sebagai "bentuk Islam yang dibenarkan" di Malaysia dan menjenamakan Islam Syiah sebagai "sesat"[1]. Dengan berbuat demikian, ia melarang masyarakat Islam Syiah yang mempunyai kira-kira 250,000 ahli daripada menyebarkan fahaman mereka dan membenarkan pihak berkuasa Malaysia menyerbu perhimpunan Syiah.[2][3][4][5]

Pada masa ini, seruan untuk menghapuskan Islam Syiah menjadi komponen biasa dalam khutbah Jumaat di banyak masjid Sunni dan penganiayaan terhadap Muslim Syiah seperti ditangkap dan dipenjarakan menjadi perkara biasa di seluruh Malaysia.[6][7][8] Menurut sumber daripada Wionews, orang-orang Syiah menghadapi diskriminasi daripada pihak berkuasa.[9]

Dengan mengharamkan Islam Syiah, Malaysia bersekutu secara terbuka dan tegas dengan Riyadh yang berpemikiran Wahabi.[10] Ia membenarkan penyebaran pemikiran Wahabi dari Arab Saudi di kalangan umat Islam Malaysia.[11]

Pengaruh Riyadh ke atas Malaysia dan sentimen anti-Syiah di kalangan orang ramai meningkat lagi pada tahun 2009 apabila Najib Razak menjadi perdana menteri dan mula menjadi lebih rapat dengan Mohammad bin Salman. Pada 2010-an, sentimen anti-Syiah di Malaysia mencapai kemuncaknya akibat perang saudara Syria, yang sering dipersembahkan secara tidak tepat kepada masyarakat awam sebagai pertembungan antara pasukan Sunni dan Syiah. Malah, media saluran milik awam sering memburukkan masyarakat Syiah, menyebarkan maklumat palsu tentang amalan mereka dan menuduh mereka berkomplot.[12]

Pada 2016, aktivis Amri Che Mat telah dihilangkan secara paksa di negeri Perlis selepas dia dituduh "menyebarkan fahaman Syiah" oleh seorang mufti Perlis. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyimpulkan siasatan yang mendapati "ejen negara" yang melakukan kehilangan secara paksa.[13]

Malaysia akhirnya turut terlibat secara langsung dalam salah satu konflik Timur Tengah. Pada 2015, Najib Razak telah menyertai gabungan yang diketuai Arab Saudi memerangi Houthi yang disokong Iran di Yaman dan menghantar tentera Malaysia tanpa mendapat kelulusan kabinet terlebih dahulu.[14]

Perpecahan Sunni dan Syiah yang berakar umbi

sunting

Arus politik mula bertukar apabila skandal 1MDB menjatuhkan kerajaan Najib. Riyadh didakwa bukan sahaja memainkan peranan dalam skim itu, tetapi turut membantu menutup kesalahan Najib.[15]

Apabila Pakatan Harapan (PH), gabungan yang pada masa itu diketuai oleh Mahathir Mohamad, memenangi Pilihan Raya Umum pada Mei 2018, secara serta-merta menunjukkan bahawa kerajaan baru tidak berminat untuk berpihak kepada Riyadh dan Abu Dhabi dalam menentang Teheran. Dua perkara dilakukan untuk menunjukkan ketiadaan minat terhadap konflik tersebut. Pertama, menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP). Kedua, menarik tentera Malaysia keluar dari Yaman.[16]

Sekalipun kerajaan baharu cuba untuk melenyapkan masalah ini, ternyata sentimen anti-Iran di Malaysia terbukti terlalu kuat. Walaupun rakyat Malaysia telah dimaklumkan tentang peranan Arab Saudi dalam skandal 1MDB "rasuah terbesar dalam sejarah negara Malaysia", hubungan Arab Saudi yang semakin baik dengan Israel, jenayah Saudi dalam perang Yaman, masyarakat tidak mampu atau enggan melihat konteks sebenar. Masyarakat tetap memberi sokongan mereka kepada Riyadh. Sehingga segala masalah di yang ada di Asia barat hanya Syiah atau Iran yang dipersalahkan.[17]

Usaha menangani masalah antara mazhab di negara ini berulang kali tidak diendahkan, malah ada kalanya masyarakat Syiah menghadapi ancaman keganasan. Pada 10 Julai, sebagai contoh, seminar mengenai fahaman mazhab anjuran International Institute of Advanced Islamic Studies, sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Kuala Lumpur, telah dibatalkan kerana ancaman bom yang dibuat oleh kumpulan anti-Syiah di media sosial.[18]

Kumpulan Facebook bernama Gerakan Banteras Syiah (Pergerakan Anti-Syiah), mempunyai lebih 19,000 pengikut salah satu daripada berpuluh-puluh halaman media sosial Malaysia yang didedikasikan untuk kebencian terhadap Syiah.[19]

Usul Akidah

sunting

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:

  1. Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu
  2. Adalah - Bahawa Allah s.w.t. itu Maha Adil
  3. Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang maksum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir
  4. Imamah - pelantikan Ilahi dan penganti Nabi Islam saw
  5. Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat

Usul Mazhab

sunting

Perkara yang menjadi perbezaan besar antara Syiah dan Sunni adalah Imamah. Yaitu, Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.

Kontroversi Imamah

sunting

Masyarakat Sunni di Malaysia diberitahu oleh media bahawa Syiah menganggap masyarakat Islam Sunni sebagai kafir.[20] Malah Syiah turut mengkafirkan ramai sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al Khattab, Usman bin Affan dan lain-lain. Menurut Syiah sesiapa yang tidak berpegang kepada Imamah, mereka terkeluar daripada mazhab syiah tetapi masih tergolong sebahagian daripada agama Islam. Di dalam kitab Sunni dan Syiah juga wujud hadis "Umat Islam yang mati tanpa mengetahui siapa Imam mereka dianggap mati seperti di zaman Jahilliyah".[21]

Kontroversi

sunting

Percanggahan dengan Sunni

sunting

Puak Sunni kumpulan orang Islam yang mengaku berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.

Kajian dan penyelidikan yang natural disediakan oleh syeikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu al-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

  1. "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."

Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."

  1. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
  2. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
  3. Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan syiah ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.
  4. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.

Perbezaan Syiah dan Sunni

sunting

Mengikut Pandangan Mazhab Sunni, perkara-perkara yang diamalkan oleh Mazhab Syiah yang bertentangan dengan mereka;

  • Khalifah dilantik oleh Allah s.w.t. sebagaimana para Nabi dilantik dan bukan dilantik oleh manusia secara demokrasi (syura)
  • Imam Ali adalah pemimpin umat Islam setelah wafatnya Rasulullah bersadarkan hadis di Ghadir Khumm
  • Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan oleh Islam Sunni (diharamkan oleh Rasulullah dan Umar)
  • Menolak Qias
  • Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan (seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di dalam Riwayat Muslim (705))
  • Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
  • Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
  • Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, Qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haid diharamkan melakukan solat tetapi tidak qada solatnya. Tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qada puasanya yang tertinggal kerana haid. Dalam Al-Quran, Iblis melakukan qias asal kejadian Adam dari tanah manakala Iblis dari api. Menurut pengetahuan Iblis, sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi Iblis diperintah oleh Allah SWT supaya sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
  • Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sahih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan mutaah dengan segenggam kurma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin Khuraits."
  • Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.
  • Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah SAW menjamak antara Zohor dan Asar serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur atau bermusafir.

Rujukan

sunting
  1. ^ Suyuthi, al-Durr al-Mantsur, jld.6, hlm.379
  2. ^ Abu Zahrah, Tarikh al-Madzahib al-Islamiyah, hlm.33
  3. ^ Muharrami, Tarikh Tasyayu, hlm.43-44; Fayyadh, Peidayesye wa Ghustarisye Tasyayyu, hlm.49-53
  4. ^ Al-Nubkhti, Firaq al-Syiah, hlm. 17-18