Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail

Tengku Syarif Panglima Perlis

Yang Amat Mulia Tan Sri Dato' Seri Diraja Syed Zainol Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Syed Anwar Jamalullail (lahir 1952) ialah Tengku Syarif Panglima Perlis dan juga seorang ahli perniagaan. Beliau merupakan adinda kepada DYMM Raja Perlis yang ke-8, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Syed Zainol Anwar
Yang Amat Mulia Tengku Syarif Panglima Perlis
KeputeraanSyed Zainol Anwar ibni Syed Putra Jamalullail
1952 (umur 71–72)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak & Tanah Melayu British Inggeris
PasanganTengku Puan Panglima Perlis
YAM Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
AnakandaYM Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail
YM Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamalullail
YM Shar­i­fah El­iza Cornelia Putri Jamalullail
Nama penuh
Syed Zainol Anwar ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
KerabatJamalullail
AyahandaTuanku Syed Putra Jamalullail
BondaTengku Budriah
AgamaSunni Islam

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Syed Zainol Anwar diputerakan pada tahun 1952. Beliau merupakan anakanda kepada Raja Perlis yang ke-7 Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dari Universiti Macquarie, Sydney, Australia, setelah berkelayakan pada tahun 1974. Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah, Akauntan Bertauliah (Australia) dan ahli Institut Akauntan Malaysia.[1]

Kerjaya

sunting

Syed Zainol Anwar memulakan kerjayanya bersama Malaysian Airlines System Berhad pada tahun 1975 sebagai seorang Akauntan Kewangan sebelum berpindah untuk memegang jawatan kanan eksekutif dalam pelbagai syarikat. Jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners Berhad.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Investment Panel, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Malaysian Airport Holdings Berhad, Media Prima Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, DRB-Hicom Berhad, Malakoff Corporation Berhad, EON Bank Berhad, Uni Asia Life Assurance Berhad, Uni Asia General Insurance Berhad, Radicare (M) Sdn Bhd, Realmild (M) Sdn Bhd dan Nestle (Malaysia) Berhad. Beliau juga sebelum ini merupakan Pengarah Bebas Maxis Communications Berhad, Bangkok Bank Berhad, dan Urusan Kempulan Amanah Capital Partners Berhad.

Pada ketika ini, beliau merupakan Pengerusi SP Setia Berhad, Kenanga Investment Bank Berhad dan Lembaga Zakat Selangor. Beliau juga merupakan Canselor Universiti SEGI.[2]

Kehidupan peribadi

sunting

Pada 7 April 1979, Syed Zainol Anwar telah berkahwin dengan Tengku Puteri Nor Zehan iaitu anakanda bongsu kepada Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah.[3]

Mereka dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri: Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamallulail, Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamallulail dan Shar­i­fah El­iza Cor­nelia Putri Jamallulail.

Darjah kebesaran

sunting

Beliau telah dikurniakan:

Perlis

sunting
  •   Perlis :
    • Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (SSPJ) membawa gelaran Dato' Seri Diraja (1999)[4]
    •   Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) membawa gelaran Dato' Seri (1995)[4]

Malaysia

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ YAM TAN SRI DATO' SERI SYED ANWAR JAMALULLAIL
  2. ^ Tan Sri Syed Anwar Jamalullail
  3. ^ [1]
  4. ^ a b c d "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  5. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia).

Pautan luar

sunting