Tengku Ampuan Rahimah
Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan bekas Tengku Ampuan Selangor dan isteri ketiga kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Tengku Ampuan Rahimah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tengku Ampuan Selangor | |||||
Tempoh | 28 Jun 1961 - 27 Jun 1992 | ||||
Didahului oleh | Tengku Ampuan Jemaah | ||||
Diikuti oleh | Tengku Permaisuri Siti Aishah (sebagai Tengku Permaisuri) | ||||
Keputeraan | 4 Ogos 1928 Kota Dalam, Kesultanan Langkat, Sumatera Timur, Hindia Timur Belanda (kini Republik Indonesia) | ||||
Kemangkatan | 27 Jun 1992 | (umur 62)||||
Pemakaman | Makam Diraja Klang | ||||
Pasangan | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | ||||
Anakanda | Tengku Puteri Nor Marina Tengku Puteri Nor Zehan | ||||
| |||||
Kerabat | Langkat (sejak diputerakan) Selangor (sejak berkahwin) | ||||
Ayahanda | Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah ibni almarhum Sultan Mussyar al-Khalid al-Mu'azzam Shah | ||||
Bonda | Tengku Putri Zahra binti Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah | ||||
Agama | Islam |
Biografi
suntingBaginda telah diputerakan pada 4 Ogos 1928 di Kesultanan Langkat, Hindia Timur Belanda. Ayahanda baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah ibni Almarhum Sultan Haji Musa al-Khalid al-Mu'azzam Shah, Sultan Langkat. Bonda baginda pula merupakan seorang puteri Selangor iaitu Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tengku Permaisuri Zahra binti Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah, Tengku Permaisuri Langkat.
Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1956 di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pada 13 Mei 1958, baginda telah dilantik sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor, yakni gelaran bagi isteri Raja Muda Selangor yang berketurunan diraja.
Setelah kemangkatan ayahanda mertuanya pada 1 September 1960, suami baginda telah menaiki takhta negeri sebagai Sultan Selangor kelapan. Pada 28 Jun 1961, baginda telah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Selangor dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor Tengku Ampuan Hajah Rahimah. Istiadat pertabalan berlangsung di Istana Alam Shah.
Pada jam 6 pagi 23 Jun 1992, baginda telah ditemui mangkat dalam tidur. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Klang.
Anakanda
sunting- YAM Tengku Puteri Nor Marina (diputerakan pada 15 Oktober 1957).
- YAM Tengku Puteri Nor Zehan (diputerakan 18 November 1958).
Legasi
suntingNama baginda telah diabadikan sebagai nama di beberapa bangunan
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) - sebuah hospital besar Klang yang dibuka pada 1985.
- SMK Tengku Ampuan Rahimah - sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Klang.
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR) - sebuah sekolah menengah agama di Banting, Selangor .
Darjah Kehormatan
suntingKehormatan Selangor
sunting- Selangor :
- Darjah Kerabat Diraja Selangor Kelas Pertama (DK I, 9.3.1963) [1]
- Panglima Besar Kesatria Darjah Mahkota Selangor (SPMS)
- Knight Grand Companion of the Order of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA)
Darjah Kehormatan Persekutuan dan Negeri
sunting- Kelantan :
- ^ List of recipients of DK I & DK II of Selangor (in Malay)