Syed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab
Latarbelakang
suntingSyed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab adalah berketurunan Arab yang berasal dari Pontianak (Kalimantan Barat). Beliau dikatakan dilahirkan di Langat dan sepupu kepada Sultan Abdul Samad dari sebelah ibunya.[1] dan telah lama tinggal di Langat. Semesa meletusnya Perang Kelang, beliau berada di Perlis untuk melawat keluarganya.
Perang Kelang adalah di antara Raja Mahadi, Raja Mahmud dan Syed Mashhor yang disokong oleh pelombong-pelombong bijih timah dari puak Ghee Hin dengan Tengku Kudin (wakil Yamtuan) dan Yap Ah Loy yang disokong oleh pasukan dari Pahang dan pelombong-pelombong bijih timah dari puak Hai San.
Mula Penglibatan
suntingSyed Mashhor yang memang terkenal sebagai seorang pahlawan dan berpengalaman di dalam selok-belok peperangan telah dijemput oleh Sultan Abdul Samad untuk menjadi ketua menjaga pertahanan Kuala Selangor yang di bawah jagaan Raja Musa. Syed Mashhor telah ditugaskan oleh Baginda Sultan mengambil semula daerah Kuala Selangor yang telah jatuh ke tangan Raja Mahadi. Syed Mashhor pada mulanya telah menerima permintaan Sultan Selangor itu dan mengepalai satu pasukan tentera untuk menyerang Kuala Selangor tetapi berita kematian saudaranya, Syed Abdullah di Langat menyebabkan beliau berpaling tadah lalu menyebelahi Raja Mahadi. Syed Mashhor mengesyaki dan menuduh Sultan Abdul Samad dan anakanda baginda, Raja Yaakob yang mengakibatkan kematian saudaranya itu. Syed Mashhor kemudiannya telah memainkan peranan penting dan menjadi Panglima Perang Pasukan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Peranannya di dalam peperangan ini bermula apabila pasukan beliau bersama-sama dengan Chong. Chong dan pasukannya menyerang orang-orang Mendailing dan Fel Chow di Sungai Ampang dan Kelang di antara bulan Ogos dan September 1870 hinggalah tamat peperangan.
Menawan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor
suntingSyed Mashhor, di dalam usahanya membantu Raja Mahadi telah berjaya mengumpulkan 2,000 orang pengikut di Hulu Selangor, dan dalam pertengahan bulan Jun 1871 bellau bersama-sama dengan Chong, Ketua puak Ghee Hin cuba menyerang Kuala Lumpur tetapi telah dihalang di Rawang oleh angkatan Tengku Kudin dan penyokongnya Yap Ah Loy, Ketua puak Hai San dan menyebabkan Syed Mashhor berundur semula ke Hulu Selangor. Tengku Kudin dan Yap Ah Loy telah berjaya menawan Kuala Lumpur dalam bulan Ogos, 1871. Dalam bulan November, 1971, Syed Mashhor bersama-sama dengan 250 orang penyokongnya dan sepasukan orang-orang Rawa telah mengepung kubu Tengku Kudin (dikawal oleh Wan Aman dari Pahang dan orang-orangnya) dan menyekat bekalan makanan dan senjata yang dibawa masuk ke Kuala Lumpur. Pada bulan Mac 1872, Syed Mashhor sekali lagi menyerang Kuala Lumpur dan kali ini dengan bantuan Raja Mahmud dan Raja Mahadi beliau berjaya menawan Kuala Lumpur dari Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Di dalam serangan itu juga Syed Mashhor berjaya membunuh Van Hagen, Komandan Askar Sepoy upahan Tengku Kudin. Selepas menawan Kuala Lumpur, Syed Mashhor menuju ke Kuala Selangor dan berjaya menawan Kuala Selangor dalam bulan Ogos 1872 juga dari Tengku Kudin. Kuala Lumpur berada di dalam kekuasaan Syed Mashhor dan Raja Mahadi sehingga akhlr bulan Mac 1873.
Tewas dan Melarikan Diri
suntingPada bulan Mac 1873, Raja Mahadi, Syed Mashhor dan Raja Mahmud telah menerima tentangan hebat dari Tengku Kudin dengan bantuan tentera dari Pahang yang dipimpin oleh Tok Gajah dan orang-orang Chenor. Akibat dari tentangan ini Syed Mashhor terpaksa berundur dari Kuala Lumpur ke Hulu Selangor dan akhimya melarikan diri ke Perak. Raja Mahadi dan Raja Mahmud pula berjaya melarikan diri ke Sungai Ujong. Mulai saat itu Tengku Kudin berjaya mengukuhkan kedudukannya di Selangor hingga berakhirnya Perang Kelang. Selepas Perang Kelang Syed Mashhor dianggap musuh oleh sebilangan pegawai-pegawai Inggeris dan Sultan Abdul Samad. Semasa di Perak Syed Mashhor pada mulanya telah memihak kepada Sultan Abdullah dalam pakatan untuk membunuh J.W.W. Birch tetapi kemudiannya keluar dari pakatan itu sejurus sebelum berlakunya pembunuhan itu. Ini diakui sendiri oleh Birch sejurus sebelum kematiannya. Beliau terus membantu Inggeris untuk mengembalikan ketenteraman di Perak.
Kembali ke Selangor
suntingSyed Mashhor juga, kemudiannya berjaya berhubung semula dengan Sultan Abdul Samad dan meyakinkan kepercayaan Baginda terhadapnya. Beliau juga menyatakan kesusahan hidup yang dialaminya kepada Baginda. Akhirnya pada 23hb Jun, 1883 Sultan Abdul Samad telah mengirim surat kepada Frank Swettenham supaya menawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashhor dan berkhidmat di Selangor. Hasilnya Syed Mashhor telah dilantik menjadi Penghulu Ulu Kerling pada 12hb Disember, 1883. Syed Mashhor telah menunjukkan kebolehannya semasa berkhidmat sebagai Penghulu Ulu Kerling. Dalam masa yang singkat, beliau berjaya membangunkan Ulu Kerling melalui pembukaan lombong dengan menggunakan pelombong-pelombong Cina serta juga pembukaan tanah-tanah baru. Semasa meletusnya penentangan terhadap Inggeris di Pahang (Pemberontakan Pahang)(1891-1895) yang diketuai oleh Dato' Bahaman, Syed Mashhor telah turut membantu Inggeris untuk menghapuskan penentangan itu. Syed Mashhor bersara sebagai Penghulu Ulu Kerling pada 1hb Februari, 1899.
Lihat Juga
suntingRujukan
sunting- Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor, Kuala Lumpur DBP, 1971 h. 75.
- Mohamed Amin Hassan, Perang Kelang; A Study of Malay Politics and Personalities in Selangor 1867-1898. (Tisis M. A. Univ. Malaya), Kuala Lumpui-. 197 1, h. 119.
- The Journals of J. W. W. Birch, First British Resident To Perak 1874-1876, (ed. P. L. Bums), Kuala Lumpur, Oxford University Press 1976, h. * J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
Nota Kaki
sunting- ^ J.M Gullick, 2004, ms 64