Swami Brahmananda
Swami Brahmananda Puri (1863–1922) ialah seorang rahib Hindu India dan pengikut utama Sri Ramakrishna.[1] Beliau menyanjung jawatan presiden pertama [2] pertubuhan agama, Ramakrishna Math & Ramakrishna Mission. Antara enam belas pengikut utama Sri Ramakrishna, Swami Brahmananda dianggap sebagai 'anak rohani' Sri Ramakrishna. Maka itu, semua pengikut utama Sri Ramakrishna menghormati Swami Brahmanananda dan memanggilnya sebagai 'Raja Maharaj'. Menurut Sri Ramakrishna, Swami Brahmananda ialah salah seorang Isvarakoti, iaitu jiwa yang sentiasa bebas yang lahir di bumi demi kebaikan dunia.
Semasa berusia 60 tahun, beliau mengalami Mahasamadhi di Belur Math pada 10 April 1922.
Asal-usul
suntingNama asal Swami Brahmananda ialah ialah Rakhal Chandra Ghosh. Keluarganya berketurunan Zamindar (tuan tanah yang berpengaruh) dari Basirhat, sebuah bandar di Bengal Barat, India. Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1863 di Sikra Kulingram, 36 batu ke barat laut Kolkata. Bapanya, Anandamohan Ghosh ialah seorang tuan tanah dan peguam di Mahkamah Tinggi Kolkata. Ibunya pula bernama Kailashkamini Devi.
Pada usia yang muda, Rakhal mengabdikan diri kepada Tuhan dan sering melakukan meditasi. Pada usia 12 tahun beliau dibawa ke Kolkata untuk meneruskan pelajaran. Di sekolahnya, Rakhal berkawan rapat dengan Narendra (kelak Swami Vivekananda).
Sebelum bertemu dengan Sri Ramakrishna, Rakhal telah pun berkahwin.
Bersama Sri Ramakrishna
suntingPada tahun 1881, Rakhal bertemu dengan gurunya, Sri Ramakrishna Paramahamsa di Dakshineswar. Sekali pandang, Sri Ramakrishna mengenalinya sebagai 'anak rohaninya'. Menurut Sri Ramakrishna, dalam kelahiran lepasnya, Rakhal ialah seorang gembala lembu di Vrindavan dan teman Sri Krishna.
Di bawah bimbingan Sri Ramakrishna, Rakhal menjalankan disiplin kerohanian yang kuat dan mencapai pencerahan rohani. Rakhal juga mula menetap di Dakshineswar untuk tempoh yang lama dan berkhidmat kepada gurunya.
Selepas kematian Sri Ramakrishna, Rakhal bersama pengikut-pengikut muda yang lain, mengambil ikrar rahib pada Januari 1887. Dalam upacara kerahiban yang dijalankan, Narendra memberikan Rakhal nama rahib sebagai 'Brahmananda' yang bermaksud 'Kebahagiaan dalam Brahman'. Sesungguhnya, sama seperti gurunya, Rakhal juga sering mengalami Samadhi dan khusyuk dengan memikirkan Tuhan.
Sebagai seorang rahib, Rakhal pada mulanya menetap di Biara Baranagar bersama saudara-saudara rahibnya. Kemudian, beliau mula merantau ke pusat-pusat kerohanian di India, seperti Varanasi, Omkarnath, Dwarka, Narmada, Vrindaban, Hardwar dan tempat-tempat lain.
Pertubuhan Rahib
suntingApabila Swami Vivekananda kembali dari Barat pada tahun1897, Swami Brahmananda kembali semula ke biara yang ketika itu telah berpindah ke Alambazar. Semasa penubuhan Ramakrishna Mission pada 1 Mei 1897, Swami Brahmananda dilantik sebagai Presiden Pusat Kolkata. Pada tahun 1901, atas permintaan Swami Vivekananda, Swami Brahmananda menjadi Presiden pertama Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission.
Semasa memegang jawatan sebagai Presiden, Perintah Ramakrishna mengalami perkembangan yang besar, dan beberapa pusat cawangan baru dibuka di India dan luar negara. Misi Ramakrishna, yang telah diasaskan oleh Swami Vivekananda sebagai Persatuan, telah dihidupkan semula dan didaftarkan pada zamannya. Tekanannya terhadap kehidupan kontemplatif berfungsi untuk mengimbangi aktiviti yang dilakukan oleh para bhikkhu. Pada tahun-tahun pembentukan yang sukar itu, dia memberikan kestabilan yang besar kepada Sangha. Untuk sifat-sifat raja dalam pentadbirannya, Swami Vivekananda memberinya panggilan 'Raja', dan sejak itu dia dengan hormatnya dirujuk sebagai 'Raja Maharaj' oleh semua orang.
Swami Brahmananda seorang rahib yang praktikal dan berkebolehan dalam pentadbiran. Banyak garis panduan pertubuhan Ramakrishna yang diikuti sehingga kini dari segi pentadbiran, akaun, perkhidmatan bantuan, orientasi falsafah dan lain-lain telah direka oleh Swami Brahmananda. Di bawah kepimpinannya, pertubuhan Ramakrishna mencapai kemajuan pesat.
Swami Brahmananda mengasaskan sebuah cawangan Ramakrishna Mission di Bhubaneshwar.
Sumber
suntingThe Eternal Companion: Ajaran Swami Brahmananda oleh Swami Yatiswarananda
Swami Prabhavananda God Lived with Them oleh Swami Chetanananda