Supergergasi adalah antara bintang berjisim besar. Dalam rajah Hertzsprung-Russell, mereka mendiami kawasan atas rajah. Dalam pengkelasan spektrum Yerkes, supergergasi adalah kelas Ia (supergergasi sangat terang) atau Ib (supergergasi kurang terang). Mereka lazimnya mempunyai magnitud mutlak bolometrik antara -5 dan -12. Supergergasi paling terang sering dikelaskan sebagai hipergergasi kelas 0.

Supergergasi mampu mempunyai jisim dari 10 hingga 70 jisim suria dan kecerahan dari 30,000 hingga ratusan ribu kali lebih terang dari matahari. Mereka mempunyai pelbagai jejari, lazimnya dari 30 hingga 500, atau melebihi 1000 kali jejari matahari. Hukum Stefan-Boltzmann menyatakan yang permukaan relatif sejuk supergergasi merah memancarkan kurang tenaga per unit luas berbanding supergergasi biru; maka, bagi kecerahan supergergasi merah tertentu adalah lebih tinggi dari pasangan birunya.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Tempesti, Piero (editor) (1979). Enciclopedia dell'Astronomia. Curcio.CS1 maint: extra text: authors list (link)

Templat:Supernovae