Jujukan utama
Jujukan utama (Jawi: جوجوقن اوتام ) ialah jalur selanjar dan tersendiri bintang-bintang yang terdapat pada plot warna (indeks warna) lawan kecerahan (magnitud mutlak) bintang ataupun najam. Plot-plot sedemikian dikenali sebagai gambar rajah Hertzsprung–Russell (gambar rajah HR) sempena pereka bersama plot, Ejnar Hertzsprung dan Henry Norris Russell. Bintang yang terdapat dalam jalur ini dikenali sebagai bintang jujukan utama atau bintang "kerdil"[1][2]
Jujukan utama kadang kalanya dibahagikan kepada bahagian atas dan bawah, berpandukan proses utama yang digunakan bintang bagi menjana tenaganya. Bintang kurang daripada 1.5 kali jisim suria (1 jisim suria (1 M☉) = 2×1030 kg) kebanyakannya melakur atom hidrogen untuk menghasilkan helium, satu urutan yang dikenali sebagai rantai proton–proton. Bagi bintang yang jisimnya lebih daripada ini, dalam bahagian atas jujukan utama, proses lakuran menggunakan atom karbon, nitrogen dan oksigen sebagai perantara dalam kitaran karbon-nitrogen-oksigen (CNO Cycle) bagi menghasilkan helium daripada atom-atom hidrogen. Bintang-bintang jujukan utama yang memiliki lebih daripada dua jisim suria menjalani konveksi di bahagian teras dan ini mengocak helium yang baru dibuat dan mengekalkan pembahagian bahan bakar yang diperlukan bagi proses lakuran.
Secara amnya, lebih tinggi jisim sesebuah bintang, lebih pendek jangka hayatnya di jujukan utama. Bintang berubah dan bergerak dari jujukan utama gambar rajah HR apabila ia kehabisan bekalan bahan api hidrogennya. Apa yang terjadi pada bintang bergantung pada jisimnya; bintang jisim kurang daripada 0.23 jisim suria bertukar menjadi kerdil putih sementara bintang jisim sehingga 10 jisim suria melalui fasa gergasi merah.[3] Bintang yang jisimnya lebih tingi boleh meledak sebagai supernova,[4] atau runtuh terus menjadi lohong hitam
Rujukan
sunting- ^ Harding E. Smith (1999-04-21). "The Hertzsprung-Russell Diagram". Gene Smith's Astronomy Tutorial. Center for Astrophysics & Space Sciences, University of California, San Diego. Dicapai pada 2009-10-29.
- ^ Richard Powell (2006). "The Hertzsprung Russell Diagram". An Atlas of the Universe. Dicapai pada 2009-10-29.
- ^ Adams, Fred C.; Laughlin, Gregory (1997). "A Dying Universe: The Long Term Fate and Evolution of Astrophysical Objects". Reviews of Modern Physics. 69 (2): 337–372. arXiv:astro-ph/9701131. Bibcode:1997RvMP...69..337A. doi:10.1103/RevModPhys.69.337. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Gilmore, Gerry (2004). "The Short Spectacular Life of a Superstar". Science. 304 (5697): 1915–1916. doi:10.1126/science.1100370. PMID 15218132. Dicapai pada 2007-05-01.
Pautan luar
sunting- A java based applet for stellar evolution.
- Charity, Mitchell (2001-06-04). "What color are the stars?". Vendian Systems. Dicapai pada 2008-11-26.