Sungai Mangking
Sungai Mangking (Jawi: سوڠاي مڠكيڠ) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Mangking juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang. [1][2]
Sungai Mangking سوڠاي مڠكيڠ | |
---|---|
Sungei Mangking, Sg. Mangking | |
Lokasi | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Jerantut |
Mukim | Ulu Tembeling |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit tanpa nama |
• lokasi | Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling |
• koordinat | 4°14′13″N 102°34′24″E / 4.23708°N 102.573374°E |
• ketinggian | Di antara 400 dan 420 m (1,310 dan 1,380 ka) |
Sumber kedua | Banjaran Gunung Laris |
• koordinat | 4°12′20″N 102°36′07″E / 4.205556°N 102.601932°E |
• ketinggian | Di antara 520 dan 540 m (1,710 dan 1,770 ka) |
Muara | Sungai Tekai |
• lokasi | Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling |
• koordinat | 4°10′35″N 102°35′11″E / 4.176408°N 102.586416°EKoordinat: 4°10′35″N 102°35′11″E / 4.176408°N 102.586416°E |
Panjang | 8 km (5.0 bt) |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Tekai → Sungai Tembeling → Sungai Pahang → Laut Cina Selatan |
Sistem sungai | Sungai Tekai |
Peta topografi | JUPEM Sungai Tekai (MY502A) |
Sejarah
suntingSungai Mangking telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Mangking juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31. [3][4]
Ciri-ciri fizikal
suntingSungai Mangking berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Punca kedua bagi Sungai Mangking pula ialah di banjaran Gunung Laris daripada kawasan hutan sekunder, belukar, riung dan jerami dalam Daerah Jerantut, Pahang. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Mangking dan terus mengalir ke Sungai Tembeling. [1][5]
Sungai Mangking mengalir sepanjang kira-kira 8 km (5.0 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya. [5] Punca pertama bagi Sungai Mangking terletak ketinggiannya di antara 400 dan 420 m (1,310 dan 1,380 ka) dari paras laut dan punca kedua bagi sungai ini terletak ketinggiannya di antara 520 dan 540 m (1,710 dan 1,770 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka) dari paras laut. [4]
Ciri-ciri lembangan
suntingSungai Mangking merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Senuak dan Sungai Tembadak.[1][4] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Mangking.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Mangking dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]
Rujukan
sunting- ^ a b c "Sungai Mangking, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 6 Februari 2024.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Februari 2024.
- ^ Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1966); Malaysia, Pahang, Sungai Tekai, 1:63,360 (Peta Topografi). 1:63 360. L7010.
- ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31. MY502A.
- ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 6 Februari 2024.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 6 Februari 2024.