Sultan Zainal Abidin Shah (Pahang)
Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (mangkat 1555) ialah Sultan Pahang ketujuh yang memerintah dari tahun 1540 hingga 1555.[1] Baginda menggantikan beradiknya, Sultan Muzaffar Shah setelah mangkat pada 1540.[2]
Sultan Zainal Abidin Shah زين العابدين شاه | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Pahang | |||||||||
Pemerintahan | 1540–1555 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Muzaffar Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Mansur Shah II | ||||||||
Kemangkatan | 1555 | ||||||||
Pasangan | Raja Putri Dewi Tun Kamala | ||||||||
Anakanda | Raja Mansur Raja Jamal Raja Kadir Raja Putri Khalija Raja Putri Bongsu | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kesultanan Melaka | ||||||||
Ayahanda | Sultan Mahmud Shah | ||||||||
Bonda | Raja Putri Olah binti al-Marhum Sultan Ahmad | ||||||||
Agama | Islam |
Kehidupan awal
suntingDikenali sebagai Raja Zainal sebelum memerintah,[3] Zainal Abidin Shah merupakan anakanda Sultan Pahang kelima, Sultan Mahmud Shah menerusi isteri pertamanya, Raja Putri Olah binti al-Marhum Sultan Ahmad.[4] Belaiu berkahwin dengan sepupu duanya, Raja Putri Dewi, anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka menerusi permaisuri Kelantan, Putri Onang Kening. Baginda memiliki empat orang anakanda, yakni anakanda lelaki Raja Mansur dan Raja Jamal, dan dua orang anakanda wanita, Puteri Khalijah dan Puteri Bongsu. Isteri kedua baginda merupakan orang bukan kerabat, Tun Gemala, anak kepada bendaharanya, Seri Buana. Dengannya, baginda memperoleh seorang anakanda, Raja Abdul Kadir.[5] Di samping itu, baginda memiliki 18 orang anakanda dengan isteri dan gundiknya. Puteri Khalijah berkahwin dengan sepupunya, Raja Mahmud, anakanda Sultan Alauddin Riayat Shah II. Raja Mahmud menetap di Pahang sehinggaa meninggal dunia di sana.[6]
Pemerintahan
suntingPemerintahan Sultan Zainal Abidin menyaksikan percubaan baharu oleh tinggalan Kesultanan Melaka yang kini berpusat di Johor untuk merampas semula kota Melaka, di bawah pimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Pada tahun 1547, gabungan pasukan dari Johor, Pahang dan Perak, yang terdiri daripada tiga ratus kapal layar dan lapan ribu orang telah berkumpul di Sungai Muar. Objektif pasukan ini tidak diketahui, tetapi Melaka Portugis dimaklumkan bahawa armada itu berada di sana sebagai persediaan untuk menyerang Kesultanan Aceh. Portugis semakin mengesyaki bahawa niat sebenar angkatan itu adalah untuk menyerang Melaka. Kemudian, rancangan Portugis untuk memasang armada yang besar untuk memintas angkatan Melayu telah bocor, menyebabkan pasukan Melayu bersurai di Sungai Muar. Beberapa tahun kemudian pada tahun 1550, satu lagi percubaan untuk menawan Melaka telah dibuat oleh gabungan tentera Johor, Pahang dan Perak. Khabar angin tersebar bahawa kapal perang Portugis mengganggu pelabuhan Pahang sehingga membawa kepada armada Pahang berundur untuk mempertahankan ibu kota mereka. Dalam melawan pasukan Portugis dengna persenjataan dan kapal yang unggul, gabungan pasukan Melayu terpaksa berundur.[7]
Kemangkatan
suntingBaginda mangkat pada sekitar tahun 1555 dan digelar Marhum di Bukit. Baginda disyaki dimakamkan di Makam Nibong di puncak sebuah bukit di Pekan Lama, dengan nama lamanya Makam Tembuni. Pemerintahannya diteruskan oleh anakandanya, Raja Mansur.[8]
Rujukan
sunting- ^ Ahmad Sarji 2011, halaman 81
- ^ Linehan 1973, halaman 26
- ^ Linehan 1973, halaman 26
- ^ Linehan 1973, halaman 172
- ^ Buyong Adil 1972, halaman 59
- ^ Linehan 1973, halaman 26
- ^ Buyong Adil 1972, halaman 60
- ^ Linehan 1973, halaman 26
Bibliografi
sunting- Ahmad Sarji, Abdul Hamid (2011), The Encyclopedia of Malaysia, 16 - The Rulers of Malaysia, Editions Didier Millet, ISBN 978-981-3018-54-9
- Buyong Adil (1972), Sejarah Pahang ('History of Pahang'), Dewan Bahasa dan Pustaka
- Khoo, Gilbert (1980), From Pre-Malaccan period to present day, New Straits Times
- Linehan, William (1973), History of Pahang, Malaysian Branch Of The Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, ISBN 978-0710-101-37-2
- Suria Fadhillah Md Fauzi; Zarith Sofiah Othman; Sharifah Shatrah Syed Hamid (2014), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang: Raja Pemerintah Sebagai Simbol Kuasa dan Kedaulatan Negeri, International Conference on Law, Policy and Social Justice
- Melayu Online, The Pahang Sultanate
Sultan Zainal Abidin Shah (Pahang) Kerabat Melaka Tarikh kemangkatan: 1555
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Muzaffar Shah |
Sultan Pahang 1540–1555 |
Diikuti oleh: Sultan Mansur Shah II |