Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Jawi: سلطان محمود المكتفي بالله شاه ابن سلطان اسماعيل ناصرالدين شاه) ialah Sultan Terengganu yang ke-17. Baginda memerintah dari tahun 1979 sehingga tahun 1998.
Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Terengganu XVII | |||||
![]() Mahmuuodd II | |||||
Terengganu Darul Iman ke- 17 | |||||
Pemerintahan | 30 September 1979 - 14 Mei 1998 | ||||
Didahului oleh | Sultan Ismail Nasiruddin Shah | ||||
Diikuti oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||
Pemangku raja | Tengku Mizan | ||||
Pasangan | 3 orang | ||||
Isteri |
| ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin | ||||
Bonda | Tengku Tengah Zaharah Binti Tengku Omar | ||||
Agama | Islam |
Riwayat Awal
suntingSultan Mahmud diputerakan pada tahun 1930 di Kuala Terengganu. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri Tengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah, adik bongsu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor pada tahun 1951. Sultan Mahmud merupakan sepupu dan saudara kepada Sultan Salahuddin dari Selangor.
Naik Takhta
suntingDua tahun kemudian selepas kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1979. Almarhum telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1981 manakala Tengku Ampuan Bariah pula ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu.
Sultan Mahmud pernah dilantik sebagai kolonel Kor Armor DiRaja pada tahun 1979. Baginda merupakan sahabat rapat kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad iaitu Menteri Besar Terengganu dari tahun 1985 hingga 1999. Matlamat utama baginda ialah untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri paling maju di pantai timur Semenanjung Malaysia. Baginda kemudian berangkat menunaikan fardu haji bersama Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin pada tahun 1984.
Hobi kegemaran baginda adalah bermain golf dan mengambil gambar fotografi. Baginda pernah mengambil gambar di setiap tempat-tempat menarik di negeri ini termasuklah Hotel Primula, Wisma Darul Iman, Istana Maziah, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Abidin, Rantau Abang dan sebagainya.
Mangkat
suntingPada 14 Mei 1998, Baginda telah kembali ke rahmatullah di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan diganti oleh puteranya yang juga Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Mizan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Mizan Zainal Abidin. Jenazah Almarhum telah dimakamkan di sebuah makam diraja Terengganu yang baru di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Baginda adalah sultan yang pertama dimakamkan di situ.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Didahului oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
Sultan Terengganu 1979-1998 |
Diikuti oleh: Sultan Mizan Zainal Abidin |