Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin III Mu’azzam Shah (24 Januari 1907 – 20 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dan Sultan Terengganu yang ke-16.
Ismail Nasiruddin Shah | |
---|---|
Sultan Terengganu Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Terengganu Darul Imman Ke 16 Yang di-Pertuan Agung Dan Raja Negara Malaysia Ke 04 | |
![]() Hajji Sir Ismail Nasshoir uddein Shah | |
Sultan Terengganu | |
Tengku Sri Paduka Raja Terengganu | |
Yang Di-Pertuan Agong Negara Malaysia Ke 04 | |
Pemerintahan | 21 September 1965 hingga 20 September 1970 |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia ke 03 | |
Didahului oleh | Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Sultan Badlishah Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin |
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Sultan Terengganu yang ke-16 dan memerintah selama 34 tahun iaitu dari tahun 1945 hingga 1979. Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam. Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu. Pada 15 November 1941, Baginda dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar dan dikurniakan sembilan orang putera puteri. Putera sulung baginda, Sultan Mahmud Al Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu yang seterusnya. Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu. Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 21 September 1965 dan Baginda kembali ke memerintah Terengganu pada 20 September 1970. Baginda mangkat di Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu pada 20 September 1979.
Rujukan رجوكن
sunting- Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Lihat juga ليهت جوݢ
sunting
Penyandang Terdahulu | Sultan Terengganu | Penyandang Kemudian |
Sultan Ali Shah | Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |