Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Sultan Terengganu
(Dilencongkan daripada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah)

Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah ialah Sultan Terengganu yang ke-17. Baginda memerintah dari tahun 1979 sehingga tahun 1998.

Mahmud Muktafi Shah
Sultan Terengganu XVII
Mahmud II
Sultan Terengganu Darul Iman ke 17
Pemerintahan30 September 1979 - 14 Mei 1998
Kemahkotaan1980
Didahului olehSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin III
Diikuti olehSultan Mizan Zainal Abidin
Pemangku rajaTengku Mizan
KeputeraanTengku Mahmud Ibni Tengku Ismail
(1930-04-29)29 April 1930
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya
Kemangkatan14 Mei 1998(1998-05-14) (umur 68)
Hospital Mount Elizabeth, Singapura
Pemakaman15 Mei 1998
Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu
Pasangan3 orang
Isteri
Anakanda
Tengku Amira Zaharah Farah Quraishiyah, Tengku Mizan Zainal Abidin, Tengku Norhana Fatihah Putri, Tengku Rahimah Putri, Tengku Mustaffa Kamel, Tengku Badrul Zaman, Tengku Badrul Hisham @ Baharuddin
Nama penuh
Tengku Haji Mahmud Ibni Tengku Haji Ismail
Nama diraja
Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah
AyahandaSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin III
BondaTengku Tengah Zaharah binti Tengku Hitam Omar
AgamaIslam Sunni
PekerjaanSultan
TandatanganTandatangan Mahmud Muktafi Shah
Kerabat di Raja Negeri Terangganu Darul Iman

Riwayat Awal

sunting

Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1930 di Kuala Terengganu. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri Tengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah, adik bongsu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor pada tahun 1951. Sultan Mahmud merupakan sepupu dan saudara kepada Sultan Salahuddin dari Selangor.

Naik Takhta

sunting

Dua tahun kemudian selepas kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1979. Almarhum telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1981 manakala Tengku Ampuan Bariah pula ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu.

Sultan Mahmud pernah dilantik sebagai kolonel Kor Armor DiRaja pada tahun 1979. Baginda merupakan sahabat rapat kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad iaitu Menteri Besar Terengganu dari tahun 1985 hingga 1999. Matlamat utama baginda ialah untuk menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri paling maju di pantai timur Semenanjung Malaysia. Baginda kemudian berangkat menunaikan fardu haji bersama Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin pada tahun 1984.

Hobi kegemaran baginda adalah bermain golf dan mengambil gambar fotografi. Baginda pernah mengambil gambar di setiap tempat-tempat menarik di negeri ini termasuklah Hotel Primula, Wisma Darul Iman, Istana Maziah, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Abidin, Rantau Abang dan sebagainya.

Mangkat

sunting

Pada 14 Mei 1998, Baginda telah kembali ke rahmatullah di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan diganti oleh puteranya yang juga Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Mizan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Mizan Zainal Abidin. Jenazah Almarhum telah dimakamkan di sebuah makam diraja Terengganu yang baru di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Baginda adalah sultan yang pertama dimakamkan di situ.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Didahului oleh
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Terengganu
1979-1998
Diikuti oleh:
Sultan Mizan Zainal Abidin