Sultan Husin Kamaluddin
Duli Yang Maha Mulia Sultan Husin Kamaluddin Ibni Pangiran Raja Bendahara Muhammad Alam gelaran dari Muhammad Ustman Abdul Aziz ibni Pengiran Muda Bongsu Ibni Sultan Haji Muhammad Ali merupakan Sultan Brunei ke-16 yang memerintah dari tahun 1710 hingga 1730. Dari tahun 1737 hingga tahun 1740, baginda kembali memerintah.
Husin Kamaluddin حسين كمال الدين | |
---|---|
Pemerintahan | 1710 - 1730 1737 - 1740 |
Pendahulu | Nasruddin Muhammad Alauddin |
Pengganti | Muhammad Alauddin Omar Ali Saifuddien I |
Pasangan | Puteri Raja Buwono Maimun |
Anakanda | |
Pengiran Digadong Pengiran Anak Abdul Pengiran Anak Tajuddin Pengiran Anak Paduka Tuan Pengiran Anak Kerma Indra Pengiran Anak Tuah (Lelaki) Pengiran Anak Nelang Pengiran Bendahara Pengiran Anak Untong (Dumpil, Meruntum) Pengiran Pemancha Pengiran Anak Badaruddin Pengiran Anak Kadir Pengiran Anak Apong Pengiran Anak Tuah (Perempuan) Raja Isteri Bulan Raja Isteri Puteri Aishah Pengiran Anak Nur Alam Raja Isteri Bongsu Pengiran Seri Anum Pengiran Seri Ratna Pengiran Digadong Bukit Menumpang Pengiran Anak Hussin Pengiran Anak Hassan | |
Nama penuh | |
Sultan Husin Kamaluddin ibni
Muhammad Abdul Aziz Ibni Pengiran Muda Bongsu ibni Sultan Haji Muhammad Ali | |
Ayahanda | Muhammad Ustman Abdul Aziz ibni Pengiran muda Bongsu ibni Sultan Haji Muhammad Ali Ibni Sultan Muhammad Hassan |
Keputeraan | Bandar Brunei, Brunei |
Kemangkatan | 1780 Bandar Brunei, Brunei |
Dimakamkan | Makam Di-Luba, Bandar Brunei, Brunei |
Agama | Islam |
Baginda bukanlah anak dari Sultan Haji Muhammad Ali, tetapi anak dari Muhammad Ustman Abdul Aziz bergelar Pangiran Raja Bendahara Muhammad Alam adik dari Muhammad Ustman Abdul Makki bergelar Pengiran Jaafar Su'an. Ayahanda Baginda bernama Muhammad Ustman Abdul Aziz meninggal dunia karena diracun sebelum sempat ditabalkan menjadi Sultan Brunei menggantikan Sultan Muhyiddin.
Baginda adalah cicit dari Sultan Haji Muhammad Ali (Sultan Brunei Ke 12) dengan Jolokan Marhum Tumbang Dirumput yang mangkat tahun 1661 karena dibunuh oleh Pangiran Bendahara Hakkul Mubin yang menjadi sebab terjadinya Perang Saudara antara Sultan Muhyiddin dengan Sultan Abdul Hakkul Mubin sekira tahun 1665 hingga 1673.
Baginda mula memerintah pada tahun 1710 apabila Sultan Nasruddin lindung dan baginda turun takhta pada tahun 1730 untuk membenarkan anak saudaranya, Sultan Muhammad Alauddin menjadi Sultan ke-17. Namun Sultan Muhammad Alauddin lindung pada tahun 1737 dan paduka puteranya masih terlalu muda untuk menjadi Sultan. Sultan Husin Kamaluddin menjadi Sultan sekali lagi hingga tahun 1740 apabila baginda turun takhta buat kali kedua untuk membenarkan putera muda itu menjadi Sultan, kini membesar menjadi Sultan Omar Ali Saifuddien I, Sultan ke-18. Baginda satu-satunya sultan yang turun takhta dua kali dan digelar Begawan Sultan dua kali.[1]
Baginda masyhur dengan kewarakan, adil dan keramat. Pada zaman baginda, Negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Baginda pernah mengeluarkan mata wang 'pitis'.[2]
Batu Tarsilah, senarai salasilah sultan Brunei di Makam Diraja telah ditulis atas titah baginda dan Sultan Nasruddin.[3] Nama baginda hanya tercatat sebagai Sultan Kamaluddin di Salasilah Raja-Raja Brunei namun nama "Husin" dibuktikan melalui sumber Inggeris pada tahun 1783.[4]
Baginda dapat menukar buah ngirih kepada pitabu dan pernah mendapatkan air minum daripada lingkaran rotan yang diletakkan di laut.[5] Dua kali baginda turun takhta. Oleh sebab baginda bersemayam di Luba, baginda terkenal dengan nama Marhum di Luba.[6]
Baginda mangkat pada tahun 1780 Kira-Kira berumur seratus tahun lebih, dan diganti oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I.
Rujukan
sunting- ^ "Sultans of Brunei" [Sultan-Sultan Brunei]. Brunei Tourism and Travel Information (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mei 2020.
- ^ Sejarah Sultan-Sultan Brunei (PDF). Kementerian Pendidikan (Brunei). 2015. m/s. 16. ISBN 978-99917-2-673-1.
- ^ "History" [Sejarah]. Brunei Tourism (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mei 2020.
- ^ "Sultan-Sultan Brunei dalam Sumber Inggeris" (PDF). Pusat Sejarah Brunei. Dicapai pada 20 Mei 2020.
- ^ Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Handbook [Buku Panduan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Brunei] (dalam bahasa Inggeris). Washington DC: International Business Publications, USA. 2010. m/s. 25. ISBN 1-4387-0641-3.
- ^ Abdul Rahman, Abdul Karim (2016). "Brunei Dalam Sumber Barat". Sejarah Pengasasan dan Asal Usul Kerajaan Brunei Berdasarkan Sumber Lisan (PDF) (PhD). Universiti Malaya. Dicapai pada 20 Mei 2020.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1710 – 1730 |
Penyandang Kemudian |
Nasruddin | Muhammad Alauddin |
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1737 – 1740 |
Penyandang Kemudian |
Muhammad Alauddin | Omar Ali Saifuddin I |