Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II adalah Sultan Kedah ke-21. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah dan Raja Permaisuri Tunku Putri binti Tunku Ishak. Pada 2 September 1797, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-21 dan bersemayam di Kota Setar.

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II
ضياء الدين ٢
Sultan Kedah
Pemerintahan1 September 1797 – September 1803
Didahului olehSultan Abdullah Mukarram Shah
Diikuti olehSultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
Kemangkatan25 Januari 1815
Kota Indera Kayangan
PemakamanMakam Diraja Kota Indera Kayangan
PasanganWan Tam
AnakandaTengku Hakim Ibrahim
Tengku Yusuf
Tengku Muhammad
Tengku Safia
Nama selepas mangkat
Al-Marhum Kayang al-Thani
KerabatMahawangsa
AyahandaSultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II
BondaTengku Putri
AgamaSunni Islam

Pemerintahan

sunting

Pada tahun 1802, baginda telah memajak Seberang Perai kepada George Leith sebanyak $4000 setiap tahun. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk mengangkat Tengku Ahmad Tajuddin sebagai Sultan.

Turun takhta dan kemangkatan

sunting

Pada 19 September 1804, baginda telah melepaskan takhta bagi memberi laluan kepada Tengku Ahmad Tajuddin Walau bagaimanapun, baginda kekal memegang jawatan Raja Muda Kedah dan bersemayam di Kota Indera Kayangan. Pada 4 Februari 1811, baginda telah melawat Kedah dan bersemayam di Kota Kuala Kedah. Setelah 40 hari bersemayam, baginda memohon daripada Sultan Kedah untuk pulang semula ke Kota Kayang.

Pada 24 Januari 1815, baginda telah mengkat akibat kegeringan, dan dimakamkan di Langgar Kota Kayang.

Didahului oleh
Sultan Abdullah Mukarram Shah
Sultan Kedah
1 September 1797 – 19 September 1803
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II