Sultan Abdullah Mukarram Shah
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah ialah Sultan Kedah ke-20. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah dan permaisuri ketiganya. Pada 7 April 1760, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja bergelar Sultan Abdullah.
Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah عبد الله مكرم شاه | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman | |||||
Pemerintahan | 1778–1797 | ||||
Didahului oleh | Sultan Muhammad Jiwa II | ||||
Diikuti oleh | Sultan Dhiauddin II | ||||
Kemangkatan | 1 September 1797 Istana Baginda, Alor Star | ||||
Pemakaman | Makam Diraja Langgar | ||||
Pasangan | Tengku Puneh Wan Mek Wan Kamaliah Che’ Puan Paduka Bonda Che Fatima Dewi Che’ Chandra Sari Che’ Bida Sari | ||||
Anakanda | 10 orang putera dan 11 orang puteri, termasuk: Tengku Yahya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Tengku Bisnu Tengku Ibrahim Tengku Sulaiman Tengku Kusu Tengku Daud Tengku Ya’akub Tengku Ahmad Tengku Muhammad Yusuf Tengku Hitam Tengku Chik Tengku Zamzam | ||||
| |||||
Kerabat | Mahawangsa | ||||
Ayahanda | Sultan Muhammad Jiwa II | ||||
Agama | Islam |
Pemerintahan
suntingPada bulan Mac 1771, tentera Bugis telah menyerang Kota Kuala Kedah. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota di Kuala Bahang. Pada 25 Mei 1771, Kota Kuala Bahang mula dibina oleh tukang-tukang dari India dan dipetakan oleh Dato' Maharaja Kadi. Pada 23 September 1778, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-20 dan bersemayam di Kota Setar.
Pada tahun 1780, setelah Kota Kuala Bahang siap, maka ramailah pedagang memasuki kota itu.
Pada bulan April 1791, baginda telah memajak Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili Francis Light sebanyak $6000 setiap tahun.
Pada 2 September 1797, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
Keluarga
suntingSultan Abdullah mempunyai beberapa orang isteri iaitu:[1]
- Wan Meh (Permaisuri}
- Wan Mas (Permaisuri)
- Putera - Tunku Ibrahim, Tunku Bisnu, Tunku Putera
- 6 orang puteri
- Cik Bonda (Gundik)
- Putera - Tunku Ibrahim, Tunku Sulaiman, Tunku Kuso
- 1 orang puteri
- Cik Mas (Gundik)
- Putera - Tunku Daud
- Cendera Sari (Gundik)
- Putera - Tunku Embun, Tunku Muhammad
- 2 orng puteri
- Bida Sari (Gundik)
- 2 orang puteri
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bhasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.
Penyandang Terdahulu | Sultan Kedah 1778 – 1798 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad Jiwa II | Sultan Dhiauddin II |
- ^ Mohamad Isa Othman, 1990, ms 23