Sultan Abdul Jalil IV

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Datuk Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Tun Muhammad Ali bin Tun Dagang @ Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Abdullah III bin Sayyid Syekh bin Sayyid Abdullah II bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Abdullah I Al-Aydrus Al-Saqqāf (https://www.royalark.net/Malaysia/johor2.htm https://www.royalark.net/Malaysia/johor3.htm) ialah Sultan Johor ke-11 yang memerintah dari 3 September 1699 (Khamis, 8 Rabiulawal 1111 H)[1] hingga 1720.

Abdul Jalil Riayat Shah IV
Paduka Seri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Johor Ke XI
Fail:-
-
Sultan Johor
Pemerintahan3 September 16991718
Kemahkotaan11 Mac 1700
Pemasyhuran-
Didahului olehSultan Mahmud Shah II
Diikuti olehSultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Pemangku raja-
Datuk Bendahara Johor Empayar Johor
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Pemangku raja-
KeputeraanTun Abdul Jalil al-Idrus Ibni Tun Abdul Majid II al-Idrus ibni Tun Muhammad Ali I al-Idrus ibni Tun Zahid Abidin al-Idrus
1659
kampung ..., kota Johor Lama, Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor, Empayar Johor, Semenanjung Malaya, Nusantara
Kemangkatan3 September 1720
Kuala Pahang
Pemakaman4 September 1720
Makam D'Raja Pahang, Kuala Pahang
Pasangan9 orang
Isteri
  • -
Anakanda13 orang iaitu 7.L dan 6.P ;
Nama penuh
-
Nama penuh
Nama diraja
Sultan Hajji Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Datuk Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Hajji Abdul Majid II
Nama selepas mangkat
Marhum Mangkat Di Kuala Pahang
KerabatWangsa Bendahara
KerabatJohor
Wangsaal-Idrus
AyahandaTun Habib Abdul Majid II al-Idrus ibni Tun Hajji Muhammad Ali al-Idrus ibni Datuk Raja Temenggung Muar Tun Hajji Zainal Abidin al-Idrus
Bonda-
AgamaIslam
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Abdul Jalil Riayat Shah IV

Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Baginda adalah anakanda Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus iaitu Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II, Baginda juga ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud Shah II, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus, iaitu bapa baginda. Baginda dimakamkan di Kuala Pahang dengan gelaran "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Latar belakang

sunting

Pada asalnya, baginda ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil, dan baginda mengambil gelaran Sultan apabila baginda ditabalkan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara.

Pemerintahan

sunting

Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor.

Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah untuk menyerang Johor.

Rampasan kuasa

sunting

Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik dirinya sendiri sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sedarah Sultan Mahmud Shah II.

Mangkat

sunting

Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang untuk membunuh Sultan Abdul Jalil IV dengan menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang[2]

Keluarga

sunting

Anakanda-anakanda baginda adalah[3].:-

Rujukan

sunting
  • Carl A. Trocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.
  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.

Nota kaki

sunting
  1. ^ Winstedt 1932, m/s. 51.
  2. ^ "Kawasan Pemakaman Diraja Di Kuala Pahang". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. Dicapai pada 6 Disember 2010.
  3. ^ Carl A. Trocki, ms 22.

Pautan luar

sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-11
(1699 – 1720)
Penyandang Kemudian
Sultan Mahmud Shah II Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah