Sukhoi Su-57

Pesawat pejuang berbilang peranan siluman enjin berkembar yang dibangunkan oleh Sukhoi
(Dilencongkan daripada Sukhoi PAK FA)

Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA) merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5 yang sedang dibangunkan oleh Rusia. PAK FA merupakan singkatan bagi Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный авиационный комплекс фронтовой авиации dalam Bahasa Rusia) yang bermaksud Sistem Pesawat Prospektif Penerbangan Barisan Hadapan. Ia sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB, yang mana kod rujukan projek dalamannya adalah T-50. Pembangunan PAK FA adalah bertujuan untuk mengantikan pesawat-pesawat MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 29 Januari, 2010 dan dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada tahun 2013. PAK FA telah direka untuk bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan F-35 Lightning II, yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.[11]

PAK FA
PAK FA T-50 milik Tentera Udara Rusia
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan halimunan
Negara pengeluar  Rusia
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 29 Januari 2010[1][2][3]
Mula digunakan 2017[4][5]
Diperkenalkan 25 Desember 2020
Status Ujian penerbangan / pra-pengeluaran
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina 9 prototaip yang boleh diterbangkan[6]
Kos program AS$8–10 bilion (anggr.)[7][8][9]
Kos seunit T-50: AS$50+ juta[10]
Kelainan Sukhoi/HAL FGFA

Pembangunan

sunting
 
Imej janaan komputer bagi MiG 1.44 dengan rekabentuk sayap delta.

Pada akhir 1980-an, Kesatuan Soviet telah menggariskan keperluan untuk pesawat generasi baru bagi mengantikan angkatan pesawat MiG-29 dan Su-27 dalam perkhidmatan barisan hadapan. Dua projek telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan ini, iaitu Sukhoi Su-47 dan Mikoyan Projek 1.44. Pada 2002, Sukhoi telah dipilih bagi mengetuai rekabentuk pesawat tempur baru. PAK FA akan menggabungkan teknologi dari kedua pesawat Su-47 dan MiG 1.44.

Pusat Pengeluaran dan Saintifik Teknokompleks, Ramenskoye Instrument Building Design Bureau, Institut Penyelidikan Saintifik Pembinaan Peralatan (Zhukovskiy), Kilang Mekanikal dan Optikal Ural (Yekaterinburg), firma Polet (Nizhniy Novgorod) dan Institut Kejuruteraan Penyelidikan Radio Pusat (Moscow) telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan pada awal 2003 untuk membangunkan kelengkapan avionik bagi pesawat generasi ke-5. NPO Saturn pula telah dikenal pasti untuk mengetuai kerja pembangunan enjin bagi pesawat ini.

Persatuan Pengeluaran Penerbangan Novosibirsk Chkalov (NAPO) telah memulkan pembinaan pesawat tempur generasi ke-5. Kerja-kerja ini telah dilakukan di Komsomol'sk-on-Amur; berdasarkan kenyataan Pengurus Besarnya Fedor Zhdanov semasa lawatan ke NAPO oleh Gabenor Novosibirsk Oblast, Viktor Tolokonskiy pada 6 Mac 2007.

Pada 8 Ogos 2007, Komander Tentera Udara Rusia, Aleksandr Zelin telah dipetik oleh agensi akhbar Rusia mengatakan bahwa tahap pembangunan bagi program PAK FA telah selesai dan pembinaan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan telah bermula.[12]

Sejarah operasi

sunting

Pusat Ujian Penerbangan kebangsaan ke-929 telah menerima prototaip T-50 pertamanya bagi tujuan ujian lanjut pada bulan Mac 2014, dan Panglima Tentera Udara Rusia, Leftenan Jeneral Viktor Bondarev mengatakan bahawa penghantaran awal pesawat T-50 dijangka bermula pada tahun 2016.[13][14][15] Ujian persenjataan luaran akan bermula pada Mei 2014.[16]

Eksport

sunting

Sukhoi mengatakan bahawa kelebihan utama eksport pesawat ini adalah kosnya yang lebih rendah berbanding pesawat pejuang generasi ke-5 buatan Amerika Syarikat.[17] Rusia dilaporkan telah menawarkan pesawat PAK FA bagi pesawat pejuang generasi baru Korea Selatan.[18] Agensi perolehan pertahanan Koera Selatan mengesahkan bahawa pesawat Sukhoi PAK FA merupakan salah satu calon dalam pesawat pejuang generasi baharu (F-X Fasa 3) untuk Tentera Udara Republik Korea;[19] walau bagaimanapun, Sukhoi tidak menghantar bidaan selepas tarikh akhir pada bulan Januari 2012.[20]

Pusat Analisis Perdagangan Senjata Dunia Rusia menjangka pesawat PAK FA akan sedia untuk dieksport bermula pada tahun 2025;[21] termasuk pesawat versi eksport utama, Sukhoi/HAL FGFA untuk India,[22] [23] Ruslan Pukhov, pengarah Pusat Analisis Strategi dan Teknologi menjangkakan Vietnam akan menjadi pelanggan eksport kedua.[24] Pada tahun 2012, Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Serdyukov mengatakan bahawa Rusia dan India akan bersama-sama membina versi eksport pesawat T-50 bermula pada tahun 2020.[25] Mikhail Pogosyan, ketua United Aircraft Corporation, berkata pada tahun 2013 bahawa pesawat PAK FA dan Sukhoi/HAL FGFA akan menggunakan "sistem-sistem avionik dan pesawat yang serupa".[26]

Pada tahun 2013, Rusia telah membuat permohonan kepada Brazil untuk membantu membangunkan pesawat generasi baru berdasarkan T-50.[27][28]

Kemalangan

sunting

Pada 10 Jun 2014, prototaip kelima iaitu T-50-5, telah rosak teruk kerana mengalami kebakaran enjin semasa mendarat. Juruterbang berjaya melepaskan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Sukhoi berkata mereka akan membaiki pesawat ini, dan kebakaran ini tidak "menjejaskan garis masa program ujian T-50".[29][30]

Spesifikasi (T-50)

sunting
 
Diagram

Data dari Warfare.ru[31]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1/2 untuk versi India
  • Panjang: 22.0 m (72 kaki 2 in)
  • Rentang sayap: 14.2 m (46 kaki 7 in)
  • Tinggi: 6.05 m (19 kaki 10 in)
  • Sayap luas: 78.8 m² (848 kaki²)
  • Berat kosong: 18,500 kg (40,786 lb)
  • Berat berisi: 26,000 kg (57,320 lb)
  • Berat berguna: 7,500 kg (16,535 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 37,000 kg (81,571 lb)
  • Loji kuasa:Saturn-Lyulka AL-41F turbofan
    • Tujahan kering: 96.1 kN (9,800 kgf, 21,605 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 152 kN (15,500 kgf, 34,172 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

  • Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
    • Frekuensi: 3 mm (0.118 in)
    • Ukur lilit: 0.7 m (2 kaki 4 in)
    • Sasaran: Menjejak 32, menyerang 8
    • Jarak: 400 km (248 batu)
      • EPR: 3 m² (32.3 kaki²) di jarak 160 km (99.4 batu)
      • RCS: 0.01 m² di jarak 90 km (55 batu)
      • Azimut: +/-70°, +90/-50°
    • Kuasa: 4,000 W
    • Berat: 65 hingga 80 kg (143 hingga 176 lb)

Lihat juga

sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan

sunting
  1. ^ Subbotin, Sergei. "Russia to start flight tests of fifth-generation in 2009" RIA Novosti, 3 April 2008. .
  2. ^ "Русский Raptor" впервые взлетит через три дня (in Russian)". LIFE NEW. RetrievedL 25 January 2010.
  3. ^ "Российский истребитель пятого поколения поднялся в воздух (in Russian". Lenta.ru. Retrieved: 29 January 2010.
  4. ^ Gady, Franz-Stefan (28 September 2015). "Russia's First 5th Generation Fighter Jet to Enter Service in 2017". thediplomat.com. The Diplomat. Dicapai pada 29 September 2015.
  5. ^ Druzhinin, Alexei (25 April 2013). "New T-50 Fighter Jet to Enter Service in 2016 – Putin". RIA Novosti. Dicapai pada 25 April 2013.
  6. ^ Коц, Андрей (8 August 2017). "Эволюция ПАК ФА. Как менялся российский истребитель пятого поколения" (dalam bahasa Russian). RIA Novosti. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Pandit, Rajat. "India, Russia to ink new military pact." Times of India. 10 October 2009.
  8. ^ Shukla, Ajai. "India, Russia close to PACT on next generation fighter." Business Standard, 5 January 2010.
  9. ^ Shukla, Ajai. "India to develop 25% of fifth generation fighter/" Business Standard, 6 January 2010.
  10. ^ "Defence International 2011/02 P.35 (Chinese) [official Russian estimate]". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  11. ^ "Commander: Russian air force to equip new generation fighter jets in 2013". People's Daily Online. Dicapai pada 2008-07-11.
  12. ^ Russia to build fifth-generation fighter prototype soon
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RuAviation1
  14. ^ "The state testing of PAK FA will be started in Akhtubinsk in March or April 2014". - Russian Aviation, RuAviation.com, 3 March 2014
  15. ^ "Russia to deploy fifth-generation fighter aircraft PAK FA in 2016". 11 August 2014.
  16. ^ "Wall". vk.com. Dicapai pada 1 April 2015.
  17. ^ "Russia's fifth-generation fighter to be cheaper than foreign analogues".
  18. ^ Tae-hoon, Lee. "Russia seeks to sell stealth jets to Korea". Korea Times, 20 July 2011.
  19. ^ Grevatt, Jon. "South Korea confirms Sukhoi T-50's surprise entry into FX fighter contest". Jane's, 22 November 2011. Diarkibkan 2012-09-16 di Wayback Machine
  20. ^ Lee, Tae-Hoon. "Russia pulls out of Korea fighter project". The Korean Times, 29 January 2012. Retrieved: 30 January 2012.
  21. ^ "Russian experts upbeat about export prospects for the PAK FA". Russia and India Report, 6 September 2011.
  22. ^ "Sukhoi: Development of PAK FA is going on without any failures" Russian Aviation, 28 July 2011.
  23. ^ Bogdanov, Konstantin. "Russia’s Changing Aircraft Export Strategy". RIA Novosti, 9 July 2012.
  24. ^ Johnson, Reuben F. "Russian think-tank projects additional Su-30, PAK-FA exports". Jane's via cast.ru, 13 May 2010. Retrieved: 26 January 2011.
  25. ^ "India to Build Export T-50 Stealth Fighter by 2020". RIA Novosti, 10 October 2012.
  26. ^ "Russia, India Describe Next-Gen Fighter Plans".
  27. ^ "Russia to Offer Brazil Stake in Future Advanced Fighter Project". RIA Novosti. 14 October 2013. Dicapai pada 14 October 2013.
  28. ^ "Russia proposes to Brazil a joint agreement to produce Sukhoi T-50 PAK-FA". 14 October 2013.
  29. ^ "Russian T-50 PAK FA fighter prototype catches fire". Dicapai pada 14 November 2014.
  30. ^ "T-50 Fighter Jet Fire Near Moscow Not to Affect Test Run". RIA Novosti.
  31. ^ Estimations only, as of 2007.

Pautan luar

sunting