Mikoyan Projek 1.44
Mikoyan Project 1.44/1.42[1] merupakan sebuah pesawat demonstrasi teknologi generasi ke-5 yang dibangunkan oleh Biro Rekabentuk Mikoyan. Selain dari nombor yang digunakan pada "Objek/Projek 1.44/1.42", pesawat ini juga dikenali sebagai MiG-MFI. Untuk beberapa ketika, ia secara tidak rasmi menggunakan nama "MiG-35", MiG kini menggunakan designasi ini untuk pesawat Mikoyan MiG-29 versi terkini. Meskipun tidak mencapai status pengeluaran, NATO telah memberi kod pesawat ini sebagai "Flatpack".
Project 1.44 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat eksperimen |
Negara pengeluar | Rusia |
Pengeluar | Mikoyan |
Penerbangan sulung | 29 Februari 2000 |
Status | Pembangunan dihentikan |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia |
Dikeluarkan | 1 |
Pembangunan
suntingMikoyan Projek 1.44 merupakan hasil Mikoyan-Gurevich daripada program Pejuang Barisan Hadapan Pelbagai Fungsi (Bahasa Rusia:Многофункциональный Фронтовой Истребитель atau Mnogofounksionalni Frontovoi Istrebitel), iaitu sebuah program pembangunan yang bermula pada 1980-an, menyerupai program Pejuang Taktikal Termaju yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Ia telah direka bagi bersaing dengan pesawat Lockheed Martin F-22 Raptor buatan Amerika Syarikat. Banyak dari ciri-ciri rekabentuknya menyamai pesawat pejuang generasi ke-5 Barat, termasuk krus supersonik dan avionik moden. Melihat kembali pada sejarahnya, Projek 1.44 semata-mata berperanan sebagai pesawat penunjuk teknologi dan tapak untuk rekabentuk pesawat masa depan, dan bukan sebuah prototaip pesawat penguasaan udara sebenar.
MiG 1.44 diselubungi misteri sepanjang kewujudannya. Kerajaan Rusia telah membatalkan program MFI pada 1997 disebabkan oleh kos seunit pesawat yang tidak dapat diterima (Ф2.05 bilion, AS$70 juta). Pembangunan diteruskan, dengan penerbangan sulung dilakukan pada 29 Februari, 2000 dan dua ujian penerbangan telah disahkan pada 2001. Selepas pembatalan program MFI PAK FA, program (Перспективный Авиационный Комплекс Фронтовой Авиации - Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi - Kompleks Udara Prospektif Untuk Taktikal Tentera Udara) telah dimulakan bagi membangunkan pesawat yang direka untuk memenuhi peranan seperti F-22, tetapi memiliki saiz dan kos seperti pesawat F-35 Lightning II.
Pada 2001, India telah membuat persetujuan dengan Rusia bagi menjadikan program PAK FA sebagai satu usahasama pembangunan/pengeluaran. Kedua-dua syarikat Mikoyan-Gurevich dan Sukhoi telah menghantar cadangan kepada Kementerian Pertahanan untuk program PAK FA (MiG terlibat dengan Projek 1.44), akan tetapi Kementerian Pertahanan Rusia telah memilih Sukhoi sebagai kontraktor utama bagi program ini. Kerja-kerja rekabentuk telah bermula ke atas pesawat terbitan sayap kuncup-depan iaitu pesawat Su-47 Berkut. PAK FA terbukti merupakan sebuah program yang berdaya saing, dengan pengeluaran pesawat pejuang PAK FA dirancang bermula pada 2010. MiG-MAPO dan Yakovlev telah disebut akan menjadi kontraktor kedua. Pesawat PAK FA yang sedang dibangunkan akan menggunakan enjin Lyulka AL-41F yang dahulunya dirancang untuk 1.44.
Rekabentuk
suntingMiG 1.44 merupakan sebuah pesawat penyerang/penguasaan udara satu tempat duduk, bersayap delta dan berekor kembar dengan satah kanard. Kuasanya dijana daripada dua enjin tujahan vektor pembakaran-lanjut Lyulka AL-41F, setiap satunya boleh menghasilkan kuasa tujahan sebanyak 175 kN (39,340 lbf) (enjin ini masih dalam peringkat pembangunan). Kedua-dua enjin ini berkongsi salur masuk udara yang sama yang dipasang di bawah fiuslaj. Pesawat seberat 35-tan ini secara teori boleh mencapai kelajuan maksimum di altitud selaju Mach 2.6, dan berupaya untuk berada dalam kelajuan supersonik untuk jangkamasa yang lama. MiG 1.44 memiliki sistem tiga giar pendaratan di mana satu giar hadapan beroda dua dan dua giar beroda tunggal di belakang.
Avionik pada MiG 1.44 dianggap termaju mengikut standard dunia Barat: kokpit kacanya memiliki ciri-ciri radar denyutan Doppler dengan antena jujukan pengimbas elektronik pasif. Sistem radar disambungkan dengan sistem kawalan senjata yang mana membolehkan pesawat ini menyerang sehingga 20 sasaran yang berasingan pada masa yang sama.
Pengguna
suntingSpesifikasi (Projek 1.44)
suntingNota: Oleh kerana 1.44 tidak pernah melepasi tahap pra-pengeluaran, kebanyakan datanya merupakan anggaran.
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 19 m (63 kaki)
- Rentang sayap: 15 m (50 kaki)
- Tinggi: 4.50 m (15 kaki)
- Sayap luas: m² (ft²)
- Berat kosong: 18,000 kg (40,000 lb)
- Berat berlepas maksimum: 35,000 kg (77,000 lb)
- Loji kuasa: 2× Lyulka AL-41F turbofan pembakaran lanjut, 176 kN (39,680 lb) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 2.6 (2761.2 km/j, 1716 bsj)
- Jarak: 4,000 km (2,500 batu)
- Lelangit khidmat 17,000 m (55,720 kaki)
- Kadar kenaikan: m/s (ft/min)
- Beban sayap: kg/m² (lb/ft²)
Persenjataan
- Meriam: 1x meriam Izhmash GSh-301 berkaliber 30 mm
- Peluru berpandu: Peluru berpandu panduan radar jarak sederhana R-77 (AA-12 Adder), peluru berpandu panduan inframerah jarak dekat R-73 (AA-11 Archer), peluru berpandu panduan radar jarak jauh K-37, peluru berpandu panduan inframerah jarak dekat K-74
- Bom: kemungkinan mana-mana bom udara ke permukaan atau bom jatuhan bebas berdiameter kecil dalam inventori Rusia.
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ The relationship between the 1.44 and 1.42 designations is unclear outside the military world, and these are generally used interchangeably. For simplicity, the 1.44 designation is used throughout this article.
Pautan luar
sunting- FAS.org MiG-35 Page
- Janes Article on MIG 35 for India and AESA Radar Diarkibkan 2006-03-11 di Wayback Machine
- MiG Project 1.42 Article, Alexei Gretchikhine
- Sergei Babain's "True Supersonics" MFI Page
- MiG MFI at Aerospaceweb.org
- MiG 1.42 MFI at Fighter-Planes.com
- Recent (8/18/06) news story (in Russian) that reports that MIG is developing a fifth-generation light fighter (according to the commander of the Russian Air Force Vladimir Mikhailov). This project is different from the PAK FA project.
- MIG-39/1.42 MFI at Russian Military Analysis
- MIG MFI at ROY'S RUSSIAN AIRCRAFT RESOURCE