Sukan Asia Tenggara 2011

(Dilencongkan daripada Sukan SEA 2011)

Sukan Asia Tenggara ke-26 diadakan di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November 2011.[3] Ini kali keempat Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA, ia kali terakhir menganjurkan Temasya ini pada 1997. Seiring dengan Sukan SEA, SukanPara ASEAN ke-6 untuk atlit kurang upaya, bermula 2 minggu selepas Sukan SEA tamat, dengan pertandingan diadakan di Surakarta (Solo)[4], Jawa Tengah, Indonesia.

Sukan Asia Tenggara ke-26
Penyertaan negara11
Penyertaan atlet>6000 (anggaran)
Acara545 dalam 44 acara sukan[1]
Upacara pembukaan11 November
Upacara penutupan22 November[2]
Dirasmikan olehSusilo Bambang Yudhoyono
Presiden Indonesia
Pembaca ikrar AtletDedeh Herawati
Pembaca ikrar JuriEko Sunarto
Pembawa oborSusi Susanti
Venue upacaraStadium Gelora Sriwijaya, Palembang
Bunga api selepas penyalaan obor menandakan pembukaan Sukan Asia Tenggara XXVI 2011 di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, Jumaat, 2011-11-11.

Ibu negara Jakarta pernah menjadi tuah rumah Sukan Asia Tenggara sebanyak tiga kali, iaitu di 1979, 1987, dan 1997. Palembang menjadi tuan rumah Sukan SEA yang ketiga luar daripada ibu negara, selepas Chiang Mai dan Nakhon Ratchasima, Thailand.

Tuan rumah Indonesia mendapat pungutan pingat emas dan jumlah pingat terbanyak, kali pertama ia mengetuai jadual pingat sejak 1997, di mana ia turut menjadi tuan rumah.

Penganjuran

sunting

Lokasi

sunting

Lokasi di Palembang[5]

Lokasi Sukan
Dewan Dempo Gimnastik (aerobik)
kompleks Sukan Dempo Angkat berat
Gedung Serbaguna Jakabaring Gusti
Kompleks Sukan Jakabaring Akuatik (renang, terjun, renang berirama), olahraga,
besbol, berenang sirip (finswimming), pétanque, roller skating, menembak, sofbol,
tenis dan tenis lembut, bola tampar (pantai), pajat dinding (wall climbing), ski air
Jakabaring Billiard Arena Sukan cue
Hotel Jayakarta Catur
Lumban Tirta Arena Aquatik (polo air)
dewan Gimnastik Ranau Gimnastik (artistik dan berirama)
SPC Jakabaring Sepak takraw
Hotel Swarna Dwipa Bridge
Universiti Sriwijaya
(Dewan Sukan Fieldhouse dan Sriwijaya)
Tinju, bola tampar (dalam dewan)

Lokasi di Jakarta[5]

 
Padepokan Pencak Silat Indonesia adalah venue untuk seni pertahanan diri Indonesia, pencak silat
Lokasi Sukan
Ancol Berbasikal (BMX)
Arthayasa Stables and Country Club Ekuestrian
Bowling Jaya Ancol Boling
Gelanggang Remaja Tanjung Priok Vovinam
Gelora Bung Karno Bola sepak
Gunung Mas Paragliding
Gunung Pancar Berbasikal (MTB)
Jagorawi Country Club Golf , Boling padang
Lake Cipule Kanu/kayak, mendayung, perlumbaan bot tradisional
Stadium Lebak Bulus Bola sepak
Kelapa Gading Judo Center Judo
Kelapa Gading Sports Mall Bola keranjang
Padepokan Pencak Silat Pencak silat
POPKI Sport Hall Futsal, Taekwondo
Putri Island Akuatik (Open-water swimming)
Senayan Sport Complex:
Istora Senayan, Lapangan ABC, Tenis Indoor
Memanah, badminton, karate, wushu
Soemantri Brodjonegoro Sport Complex Ping pong
Subang Road Berbasikal (lebuh raya)
Universiti Indonesia Lawan pedang
Velodrom Rawamangun Berbasikal (trek)

Perkampungan atlet

sunting

Jakabaring, Palembang yang meliputi kawasan lebih daripada 45,000 meter persegi adalah perkampungan atlet (wisma atlet) semasa temasya. Ia terletak di hadapan Stadium Jakabaring (Gelora Sriwijaya).[6]

Pemasaran

sunting

Maskot

sunting
 
Maskot rasmi untuk Sukan SEA 2011, Modo dan Modi. Mereka diilhamkan oleh biawak komodo, berasal dari Nusa Tenggara Timur

Maskot rasmi untuk Sukan SEA 2011 di Indonesia dikenali sebagai Modo dan Modi, sepasang biawak komodo .[7] Modo adalah biawak komodo jantan memakai pakaian tradisional biru Indonesia dan batik sarong, manakala Modi ialah biawak komodo betina yang memakai kebaya merah dengan batik sash dan seluar. maskot ini telah dipilih kerana biawak komodo, merupakan haiwan eksotik dan endemik di Indonesia, selain merupakan fauna asal yang mendiami Komodo, Rinca, Kepulauan Padar islands di Nusa Tenggara Timur. Maskot ini telah diperkenalkan dan dipersembahkan 200 hari sebelum Sukan SEA 2011 berlangsung pada, Isnin 25 April 2011 di tiga tempat iaitu: Jakarta, Teater Tanah Airku di Taman Mini Indonesia Indah dan Monumen Selamat Datang di Jakarta Tengah.[8] "Modo" adalah perkataaan kependekan dari perkataan Komodo, manakala "Modo-Modi" ejaan yang ditukarkan dari gabungan perkataan Muda-Mudi yang bermaksud "belia" dalam bahasa Indonesia, yang berasal dari perkataan pemuda (belia lelaki) dan pemudi (belia wanita).

Temasya

sunting

Upacara pembukaan

sunting

Upacara pembukaan bermula pada jam 7:00 pm 11 November 2011 di Stadium Gelora Sriwijaya, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan.[9][10] Tarikh ini dipilih kerana ia jatuh pada tarikh unik 11-11-11. Dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, acara gilang-gemilang yang bertemakan Harmony in Victory itu berlangsung selama tiga jam melibatkan lebih 3,000 orang.[11]

Upacara ini dibuka dengan persembahan muzik dan tarian, yang menceritakan sejarah Kerajaan Srivijaya. Ini diikuti dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding, dengan Indonesia selaku tuan rumah akhir sekali. Bendera Sukan SEA kemudian dinaikkan selepas Presiden Susilo secara rasmi mengisytiharkan pembukaan temasya kali ke-26 ini. Kemuncak upacara pembukaan ialah larian membawa masuk obor untuk diserahkan kepada Susi Susanti, yang menyalakan obor temasya. Acara ini diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising yang liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo sambil diiringi pertunjukan bunga api.[10]

Acara sukan

sunting

Temasya Sukan SEA 2011 akan mempertandingkan pelbagai acara dalam 44 jenis sukan.[12]

Acara sukan demonstrasi:

Jadual pingat

sunting
Petunjuk

  *   Negara penganjur (Indonesia)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2011
 Ked.  JON Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Indonesia (INA)* 182 151 143 476
2   Thailand (THA) 109 101 119 329
3   Vietnam (VIE) 96 92 100 288
4   Malaysia (MAS) 58 50 81 189
5   Singapura (SIN) 42 45 74 161
6   Filipina (PHI) 37 55 77 169
7   Myanmar (MYA) 16 27 37 80
8   Laos (LAO) 9 12 36 57
9   Kemboja (CAM) 4 11 24 39
10   Timor-Leste (TLS) 1 1 6 8
11   Brunei (BRU) 0 4 7 11
Jumlah (11 JON) 554 549 704 1807
Sumber:Pungutan pingat

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ 2011 SEA Games Calendar
  2. ^ lihat tajuk
  3. ^ "S. Sumatra aims to complete SEA Games preparations in 4 months". The Jakarta Post. 2011-04-13. Dicapai pada 2011-06-02.
  4. ^ "Solo Ready to Host the 2011 ASEAN Para Games".
  5. ^ a b "SEAGAMES 26th". Seag2011.com. 2006-09-06. Dicapai pada 2011-06-02.
  6. ^ http://www.dapunta.com/wisma-atlet-sea-games-segera-dibangun-di-palembang.html
  7. ^ Diposkan oleh Admin (2011-01-14). "26th SEA Games Indonesia 2011: Maskot SEA Games 2011 Diresmikan". Seagames26th.blogspot.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-29. Dicapai pada 2011-06-02.
  8. ^ Maskot SEA Games Modo-Modi Resmi Diluncurkan
  9. ^ "Palembang Kota Pembuka dan Penutupan". Kompas. 2010-07-20. Dicapai pada 2011-08-08.
  10. ^ a b "Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang". Kosmo! Online. 11-11-11. Dicapai pada 2011-11-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "Dazzling SEA Games open". The Jakarta Post. 2011-11-12. Dicapai pada 2011-11-12.
  12. ^ "Indonesia 2011". 2009-12-14. Dicapai pada 2009-12-14.
  13. ^ "Kota Palembang Tuan Rumah SEA Games 2011". 2009-07-11. Dicapai pada 2009-11-28.

Pautan luar

sunting


Didahului oleh:
2009
Laos
Sukan Asia Tenggara Diikuti oleh:
2013
Myanmar