Batik

sejenis kain bercorak yang merupakan tradisi masyarakat nusantara

Batik ialah jenis kain yang lazim yang berasal daripada Jawa, dicorakkan dengan bahan lilin melalui pelbagai kaedah, antaranya termasuk kaedah tulis, skrin, celup, dan terap.[3][4][2] Di Nusantara, semua bahan untuk proses itu sedia ada – kapas dan lilin lebah serta tumbuhan yang menghasilkan pewarna sayuran yang berbeza.[5]

Batik
Motif Batik dari Surakarta, provinsi Jawa Tengah; sebelum 1997
JenisArt fabric
BahanKain, sutera, kapas
Tempat asalJawa dalam Indonesia moden[1][2]
Pendidikan dan Latihan dalam Batik
Museum Batik Pekalongan, Jawa Tengah
NegaraIndonesia
DomainKetukangan tradisional, tradisi lisan dan ungkapan, amalan sosial, ritual dan acara perayaan (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events)
Rujukan[https://ich.unesco.org/en/RL/00318 [1]]
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2009 (sesi 4th)
SenaraiGood Safeguarding Practices
Batik Indonesia
Wanita melakukan kraf batik di Jawa. Ia melukis corak rumit menggunakan canting dan lilin yang disimpan panas dan cair dalam kuali kecil yang dipanaskan,
27 Julai 2011
NegaraIndonesia
DomainKetukangan tradisional, tradisi lisan dan ungkapan, amalan sosial, ritual dan acara perayaan (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events)
Rujukan[https://ich.unesco.org/en/RL/00170 [2]]
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2009 (sesi 4th)
SenaraiRepresentative

Seni ini mula-mula dikembangkan oleh masyarakat pulau Jawa yang menyebar ke pulau-pulau serantau. Sejak pemisahan oleh para penjajah Barat dan kemerdekaan bekas-bekas jajahan ini, negara-negara moden sinambungan Indonesia dan Malaysia meneruskan seni batik yang sedia ada berdasarkan unsur masyarakat tersendiri:[6]

Sesetengah saintis seperti G. P. Rouffaer dan Juynboll mencadangkan bahawa Batik mungkin atau boleh jadi berdasarkan teknik yang diperkenalkan pada abad ke-6 atau ke-7 dari India atau Sri Lanka.[7][8] Sesetengah sarjana bagaimanapun membantah bahawa persamaan corak tidak semata-mata buat kesimpulan bagi batik kerana ia boleh jadi dibuat dengan beberapa teknik yang tidak berkaitan.[9] Lanjutnya, perkataan "batik" berasal dari bahasa Jawa yang berartikan Melukis, batik berkembang pada zaman Hindu-Buddha di Jawa iaitu sejak abad ke- 6. Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.

Keseluruhan teknik, teknologi, dan perkembangan motif dan budaya batik di negara Indonesia termasuk industri tempatan telah ditetapkan pihak UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara sejak 2 Oktober 2009.[1]

Etimologi

sunting

Perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa: ꦲꦩ꧀ꦧꦛꦶꦏ꧀, translit. ambathik hasil lakuran kata ꦲꦩ꧀ꦧ amba bererti "lebar" atau "luas" (merujuk kepada kain dicanting) dan ꦤꦶꦛꦶꦏ꧀ nithik yang bererti "membuat titik"[1][10][11] selanjutnya membawa maksud "menghubungkan titik-titik menjadi gambar tertentu pada kain yang luas atau lebar".[12]

Pembudayaan

sunting
 
Batik moden di sebuah pertunjukan fesyen, Jakarta, 2008

Di Indonesia

sunting

Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masa Orde Baru, baju batik juga mulai dipakai sebagai pakaian rasmi pelajar sekolah (kecuali sekolah menengah kejuruan kerana biasanya memakai pakaian seragam) dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam batik pada hari Rabu dan Khamis. Perkembangan selanjutnya, batik mulai bergeser menjadi pakaian seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis atau Jumaat.[perlu rujukan] Tetapi khusus untuk provinsi Riau dan Kepulauan Riau, penggunaan pakaian pada hari Rabu dan Khamis biasanya memakai Baju Kurung.[perlu rujukan]

Indonesia meraikan Hari Batik Nasional pada 2 Oktober setiap tahun sejak 2009 selepas batik mendapat pengikitrafan daripada UNESCO.[13]

Di Malaysia

sunting

Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[14]

Malaysia meraikan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun sejak 2021 sebagai penghargaan atas inisiatif yang dilakukan Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang melancarkan gerakan Batik Malaysia: Dibuat Untuk Dunia pada 3 Disember 2003 untuk membawa batik Malaysia ke arena antarabangsa.[15]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Indonesia Batik". UNESCO. Dicapai pada 21 October 2019.
  2. ^ a b "Batik". Merriam-Webster. Dicapai pada 2 January 2021.
  3. ^ Sucheta Rawal (4 October 2016). "The Many Faces of Sustainable Tourism – My Week in Bali". Huffingtonpost.
  4. ^ "Batik". Cambridge. Dicapai pada 2 January 2021.
  5. ^ "Batik in Java". The Batik Guild. Dicapai pada 29 April 2014.
  6. ^ Syed Shaharuddin, Sharifah Imihezri; Shamsuddin, Maryam Samirah; Drahman, Mohd Hafiz; Hasan, Zaimah; Mohd Asri, Nurul Anissa; Nordin, Ahmad Amri; Shaffiar, Norhashimah Mohd (Jul 2021). "A Review on the Malaysian and Indonesian Batik Production, Challenges, and Innovations in the 21st Century". SAGE Open (dalam bahasa Inggeris). 11 (3): 215824402110401. doi:10.1177/21582440211040128. ISSN 2158-2440.
  7. ^ Nava 1991.
  8. ^ Rouffaer & Juynboll 1899.
  9. ^ Pullen 2021, m/s. 58.
  10. ^ The Jakarta Post Life team. "Batik: a cultural dilemma of infatuation and appreciation". The Jakarta Post.
  11. ^ "Pengertian Batik". Primus Supriono. Dicapai pada 2 January 2021.
  12. ^ Poerwadharminta, WJS. Bausastra.
  13. ^ Muhtar (2023-10-02). "Ini Sejarahnya Hari Batik Nasional Diperingati Setiap 2 Oktober". UICI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-02.
  14. ^ Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam, Bernama
  15. ^ SHAMSURI, AHMAD SHAHERMAN (2021-12-01). "3 Disember diisytihar Hari Batik Malaysia". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-10-02.
  • Pogadaev, Victor (2002). "The Magic of Batik" in "Vostochnaya Kollektsiya" (Oriental Collection), Spring 2002, p. 71-74.

Pautan luar

sunting