Suami Aku Ustaz

(Dilencongkan daripada Suami Aku Ustaz (filem))

Suami Aku Ustaz merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2015 arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam dan Betty Rahmad. Filem yang diadaptasikan daripada novel 2012 dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah. Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa (Nora Danish) yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz (Adi Putra). Dilem dalam hidup Alisa mula muncul apabila perkahwinannya itu dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakannya di sekolah iaitu Wati (Betty Rahmat) dan Johan (Izzue Islam). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Mei 2015.

Suami Aku Ustaz
PengarahGhaz Abu Bakar
Lakon layar
BerdasarkanNovel asal oleh Hannah Dhaniyah[1][2]
Dihasilkan oleh
  • Dato' Wan Mohd Muzri B. Ramli
  • Datin' Nur Syafira Bt Mohd Zain
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Karyaseni Production
Diedarkan olehAlternate Pictures
Tarikh tayangan
  • 14 Mei 2015 (2015-05-14) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 Juta
Pecah panggungRM 836,000[3]

Sinopsis

sunting

Alisa (Nora Danish), seorang pelajar sekolah menengah telah dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya, yang juga seorang guru agama di sekolahnya, apabila ibu bapanya membuat keputusan untuk pergi ke Mekah. Mereka percaya hanya Ustaz Hafiz (Adi Putra) untuk menjaga Alisa sepanjang masa mereka berada di Mekah. Dilema Alisa bermula selepas perkahwinan itu, kerana dia menyembunyikan status perkahwinan beliau dari semua orang termasuk rakan-rakan yang terbaik Wati (Betty Rahmat) dan Johan (Izzue Islam). Dengan perbezaan umur yang ketara, Alisa juga menghadapi konflik dalam menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.[4] Apabila rahsia perkahwinan mereka mulai bocor, suaminya dituduh merogol gadis bawah umur dan ditahan polis.

Pelakon

sunting
 
Nora Danish melakonkan watak Alisa di dalam filem ini.

Penerbitan

sunting

Ady Putra mula mengumumkan kejayaan syarikatnya[5] memenangi hak mengadaptasi novel ini di laman Twitternya pada 27 November 2012.[6] Majlis Pelancaran Penggambaran filem ini telah diadakan di Hard Rock Cafe, Melaka pada 26 Mac 2013.Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.[7] Filem ini memulakan pengambaraannya pada 20 April 2013.Filem ini menjalani pengambaraan sepenuhnya di Melaka selama 25 hari.[8][9] Filem ini merupakan arahan bersama Ghaz Abu Bakar dan Ady Putra. Filem ini merupakan filem pertama Ady Putra memegang peranan sebagai pengarah bersama. Ady Putra membuat kajian mengenai novel yang bakal diadaptasinya itu selama enam bulan terlebih dahulu. Namun begitu, dirinya hanya terlibat dalam 20 ke 30 peratus sahaja dari keseluruhan filem.[10] Filem ini turut tidak mengambil seratus peratus jalan cerita dari novel asal.[11] Filem ini menampilkan gandingan teraju utama Ady Putra dan Nora Danish. Kali terakhir pasangan ini digandingkan bersama ialah melalui drama Tentang Dhia pada tahun 2011.[12]

Keluaran dan sambutan

sunting

Tayangan

sunting

Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 19 April 2015.Video The Making Of (TMO) telah dimuatnaik ke Youtube pada 8 Mei 2015. Jualan tiket awal telah dilakukan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lmupur (PBAKL) 2015. Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 5 Mei 2015.[13][14] Filem edaran Alternate Pictures ini bakal ditayangkan sekitar 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei.[15] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Mei 2015.

Ulasan

sunting

Rata-rata ulasan bagi filem ini ialah positif. Kebanyakkan ulasan memuji keserasian dua pelakon utama, Adi Putra dan Nora Danish manakala kritikan kepada plot penceritaan yang longgar. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memuji lakonan Nora Danish yang disifatkanyya, "...lain daripada yang pernah dijayakan sebelum ini."[16] Rozaimi Zubaidi dari mStar pula memuji mesej yang dibawa di dalam filem ini.[17] Portal hiburan Murai.com.my pula memberi kredit kepada kedua-dua pengarah, Ghaz Abu Bakar dan Adi Putra kerana berjaya mengadaptasikan filem ini dengan jayanya.[18] Portal hiburan Tonton Extra memberi ulasan filem ini mempunyai banyak lompong yang sepatutnya diperbaiki terlebih dahulu.[19]

Terdapat dua filem OST untuk filem ini. Lagu pertama ialah Ustazku Rajaku[20], dinyanyikan oleh Adi Putra dan Zizan Razak. Lagu kedua pula ialah Cintaku Kernamu hasil nyanyian Adi Putra dan Betty Rahmat. Kedua-dua lagu ini boleh didapati di iTunes.Kedua-dua lagu tema tersebut ciptaan Faiz Alberto.[21] Video untuk lagu Cintaku Kernamu telah ditayangkan di Youtube pada 6 Mei 2015. Video ini menjalani pengambaraan di Gunung Bromo, Surabaya, Indonesia.

Kontroversi

sunting

Filem ini telah dituduh sebagai mempromosikan diskriminasi jantina dan menggalakan pedofilia.[22] June Low, seorang pendidik pendidikan seks, di dalam post Facebooknya mengkritik filem ini sebagai mengalakkkan perkahwinan kanak-kanak.[23] Zan Azlee dari Astro Awani mengatakan filem ini menyokong kegiatan pedofilia.[24] Fa Abdul dari Free Malaysia Today mengatakan filem ini menyampaikan mesej yang salah kepada kanak-kanak.[25] Sisters in Islam dan Women’s Aid Organisation menegaskan bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak wajar disokong mahupun digambarkkan sebagai sesuatu yang baik.[26]Latheefa Koya dari Parti Keadilan Rakyat pula menyelar filem ini sebagai menghalalkan perkahwinan bawah umur. Erna Mahyuni dari The Star mengatakan tidak wajar perkahwinan kanak-kanak ini dikritik sebagai kesalahan lelaki sahaja sedangkan turut disokong oleh golongan wanita.[27] Penerbit filem ini, Datuk Wan Mohd Muzri Ramli pula mempertahankan filem ini sebagai salah satu medium untuk menonojolkan perkahwinan itu lebih baik dari seks bebas yang menyumbang kepada kegiatan buang anak. Layanan Ustaz Hafiz (Adi Putra) kepada isterinya juga harus dilihat sebagai cara-cara seorang suami mendidik seorang isteri dengan betul.[28] Jean Khoo dari portal teknologi, Vulcan Post meminta agar para penonton menonton dan berfikir sebelum menyelar sesuatu filem.[29]

Rujukan

sunting
  1. ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/demam-adaptasi-novel-1.207738
  2. ^ http://www.tupai.com.my/2014/04/dari-novel-ke-layar-perak.html
  3. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  4. ^ http://www.cinema.com.my/movies/Details.aspx?search=2015.10479.suamiakuustaz.20554
  5. ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/01/26/Adi-Putras-royal-flush/
  6. ^ http://www.1hotlovers.com/2012/12/suami-aku-ustaz-filem-pertama-nur-adp.html
  7. ^ http://www.rotikaya.com/gambar-nora-danish-adi-putra-di-majlis-pelancaran-penggambaran-suami-aku-ustaz/
  8. ^ http://www.buzzera.net/2013/03/suami-aku-ustaz-buah-tangan-pertama-adi.html
  9. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nora-danish-suami-aku-ustaz-1.174519?localLinksEnabled=false
  10. ^ http://www.hmetro.com.my/node/49513
  11. ^ http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=715358
  12. ^ Adi Putra cuma keletihan, kini dirawat di Surabaya
  13. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/kuala-lumpur-6-mei-2015-izzue-islam-pelakon-filem-suami-aku-1.90207
  14. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/07/adi-dilarang-berlakon/
  15. ^ http://galaksi-media.com/hiburan-filem-suami-aku-ustaz-adaptasi-novel-terlaris/
  16. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/suami-aku-ustaz-menghiburkan-1.390710
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 2015-05-24.
  18. ^ http://www.murai.com.my/reviu/wayang/article/articleid/671986/suami-aku-ustaz-papar-drama-dan-komedi-ringan
  19. ^ http://extra.tonton.com.my/entertainment/suami-aku-ustaz-masih-banyak-lompang/
  20. ^ http://www.hyebro.com/2015/05/ustazku-rajaku-ost-filem-suami-aku-ustaz/
  21. ^ https://www.facebook.com/FilemSuamiAkuUstaz/photos/pb.513582805348449.-2207520000.1431349755./919945024712223/?type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-xtf1%2Fv%2Ft1.0-9%2F10984481_919945024712223_6011803885971463126_n.jpg%3Foh%3Db99e96e8b19129b2096b54bf33052de1%26oe%3D55D89385%26__gda__%3D1438783198_25baa794ce4040ca78a552491ca1ddea&size=700%2C700&fbid=919945024712223
  22. ^ http://www.ohbulan.com/trending-filem-suami-aku-ustaz-dituduh-promosi-perkahwinan-kanak-kanak-bawah-umur/
  23. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sex-educator-pans-local-movie-for-rosy-portrayal-of-child-marriage
  24. ^ http://english.astroawani.com/entertainment-news/malaysian-producers-must-stop-making-gender-discriminating-films-60410
  25. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2015/05/22/pimping-your-children/
  26. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-suami-aku-ustaz-roasted-women-groups-state-disapproval-of-child-marri
  27. ^ http://www.themalaymailonline.com/opinion/erna-mahyuni/article/its-not-just-the-men-who-like-child-marriages
  28. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/producer-suami-aku-ustaz-not-advocating-child-marriage-but-halal-relationsh
  29. ^ https://vulcanpost.com/247611/suami-aku-ustaz-promoting-paedophilia/

Pautan luar

sunting