Stesen MRT Raja Uda

stesen MRT di Kuala Lumpur, Malaysia

Stesen MRT Raja Uda ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Kampong Bharu, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur dan Stesen MRT Ampang Park serta mempunyai kod stesen iaitu PY19.[1] Nama asal stesen ini ialah Kampung Baru North, sebelum ditukar ke Raja Uda.[2]

Raja Uda
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT Raja Uda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Koordinat3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568Koordinat: 3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 220, 302, 402
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY19 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 20 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Nama lamaKampung Baru North
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Hospital Kuala Lumpur
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Ampang Park
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Sejarah

sunting
 
Aras platform stesen MRT Raja Uda.

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Kampung Baru North akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Kampung Baru North terletak sektor landasan kereta api bawah tanah Laluan Putrajaya Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S15. Nama stesen telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu, Raja Uda pada tarikh yang tidak diketahui.[2]

Stesen ini tertelak di bawah tanah dan di bawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform, pintu stesen dan struktur berkaitan bagi kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, pada tahun Mac 2016 dengan jumlah sebanyak RM 15.47 bilion, oleh MRT Corp. Kontrak kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer (8.4 bt) itu, juga merangkumi pembinaan stesen MRT Sentul Barat sehingga stesen MRT Bandar Malaysia Selatan, dengan melalui stesen ini.[4][5][6] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]

Stesen MRT Raja Uda akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[7] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[8] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[7][9][10]

Ciri-ciri stesen

sunting

Perkhidmatan

sunting

Stesen MRT Raja Uda menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Hospital Kuala Lumpur dan Ampang Park. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY19.

Lokasi

sunting

Stesen ini terletak di bawah tanah Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Mercu tanda sekitar stesen MRT Raja Uda ialah Bangunan Yayasan Selangor, Kondominium Setia Sky Residence, Kondominium The Orion, Institut Jantung Negara, SK Jalan Raja Muda, Perpustakaan Negara Malaysia, Wisma Perkeso, Wisma KPJ, Stadium Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Dewan Serbaguna Kampong Bharu.[11]

Infrastruktur stesen

sunting

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Raja Uda tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1] Stesen MRT Raja Uda dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri.[11]

Pintu stesen

sunting
Pintu Lokasi Destinasi Imej
A Jalan Raja Muda Abdul Aziz       Hentian sebelah untuk bas (Bas Rapid KL laluan 220 dan 302 berkhidmat di sini), teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Jalan Haji Hashim, Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Dewan Serbaguna Kampong Bharu  
B Jalan Raja Muda Abdul Aziz       Hentian sebelah untuk bas (Bas Rapid KL laluan 220 dan 302 berkhidmat di sini), teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Kuarters Institusi Pendidikan Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Bangunan Yayasan Selangor, Kondominium Setia Sky Residence, Kondominium The Orion, SK Jalan Raja Muda, Stadium Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz  
C Jalan Tun Razak       Hentian sebelah untuk bas (Bas Rapid KL laluan 402 berkhidmat di sini), teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Kondominium The Orion, Institut Jantung Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Wisma Sejarah, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Wisma Bernama, Wisma Kebudayaan  
D Jalan Raja Muda Abdul Aziz       Hentian sebelah untuk bas (Bas Rapid KL laluan 220 dan 302 berkhidmat di sini), teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Yayasan Jantung Malaysia, Kolam Takungan Bnajir Sungai Bunus, Wisma Perkeso, Wisma KPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cawangan Wangsa Maju, Menara Celcom, Kedutaan Bangladesh, Perumahan Lorong Raja Uda 1  
Kunci      Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan)

Stesen MRT Raja Uda mempunyai empat pintu masuk dan keluar stesen, yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, C dan D. Satu daripadanya pembinaanya telah diketepikan dan selebihnya akan dibina serta beroperasi seperti biasa.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c d MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  3. ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  4. ^ "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  5. ^ Bernama (31 Mac 2016). "MRT Corp awards RM15.47b works package to MGKT" (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Kini. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  6. ^ "MRT Corp Awards RM 15.47 billion underground work contract to MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). MMC-Gamuda. 31 Mac 2016. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  7. ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  8. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  9. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  10. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Raja Uda". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.