Stesen Ampang Park
Stesen Ampang Park ialah stesen pertukaran antara MRT dan LRT bawah tanah yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil daripada pusat membeli-belah tertua di Malaysia, Ampang Park Mall, yang telah ditutup pada Januari 2018. Stesen LRT-nya dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian daripada pembukaan fasa kedua 5 Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai). Stesen MRT-nya pula dibuka pada 16 Mac 2023 dalam fasa kedua 12 Laluan Putrajaya dari Kentomnen ke Putrajaya Sentral.
Lokasi | Stesen Ampang Park, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°9′36″N 101°43′7″E / 3.16000°N 101.71861°EKoordinat: 3°9′36″N 101°43′7″E / 3.16000°N 101.71861°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | |||||||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya 12 Laluan Putrajaya | |||||||||||||||
Platform | 1 platform tengah (LRT) 2 platform bertingkat (MRT) | |||||||||||||||
Trek | 2 (LRT) 2 (MRT) | |||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: BET7, 300, 302, 303 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||
Kemudahan basikal | Tiada | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | KJ9 PY20 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 5 1 Jun 1999 12 16 Mac 2023 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Sejarah
suntingStesen ini mula dibuka kepada awam pada 1 Jun 1999 dengan pembukaan segmen kedua LRT PUTRA (kini LRT Laluan Kelana Jaya) antara Masjid Jamek dan Gombak.[1] Stesen ini dihubungkan dengan pusat membeli-belah tertua di Kuala Lumpur, Ampang Park yang dibuka sejak 1975.[2]
Pada Oktober 2015, kerajaan Malaysia memulakan proses mengambil alih pusat membeli-belah Ampang Park untuk pembinaan stesen MRT yang akan diintegrasikan dengan stesen LRT sedia ada.[3] Pada 1 Januari 2018, pusat membeli-belah Ampang Park ditutup bagi memulakan kerja pembinaan stesen MRT Ampang Park.[2]
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di sebelah barat persimpangan antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat berbagai-bagai kondominium mewah di sekitar stesen ini seperti MyHabitat, Vista Damai, Desa Kudalari, The Troika, dan Oval Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat pelbagai menara pejabat di sekitar stesen ini seperti Menara Avenue Residences, Menara Tan & Tan, Menara KL Trillion, Menara Integra, Menara Ilham, Wisma MCA, Menara Atlan, Menara Binjai, Menara PNB, Menara Tabung Haji, Menara Citibank dan Plaza OSK. Stesen ini juga terletak berdekatan Hotel PNB Perdana, Hotel Somerset Kuala Lumpur, Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, pejabat Kedutaan Turki dan pusat membeli-belah Intermark Mall.
Pelan stesen
suntingLaluan Kelana Jaya
suntingG | Aras tanah | Pintu masuk, Stesen MRT Ampang Park, jejambat ke pusat membeli-belah Intermark Mall, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
B1 | Aras legar | Mesin tiket, pintu tambang, dan pusat khidmat pelanggan |
B2 Platform |
KJ Arah Utara | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Damai) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Selatan | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (KLCC) |
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.
Laluan Putrajaya
suntingG | Aras Tanah | Jalan Ampang, Stesen LRT Ampang Park |
B1 | Aras Legar | Tangga, eskalator dan lif ke pintu masuk/keluar, kedai-kedai, mesin tiket, pusat khidmat pelanggan, pagar tambang, lif ke platform 1 dan 2 |
B2 | Aras Legar | Eskalator dan lif ke platform 1 dan 2 |
B4 | Platform bertingkat, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | |
Platform 1 | 12 Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (→) | |
B5 | Platform bertingkat, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
Platform 2 | 12 Putrajaya menghala ke PY01 Kwasa Damansara (←) |
Pernah diusulkan pertukaran langsung antara laluan Kelana Jaya dan Putrajaya di sini, tetapi dibatalkan atas sebab pengurangan kos.[4] Oleh itu, penumpang perlu mendaftar keluar dari satu stesen, naik ke aras tanah menerusi laluan pejalan kaki dan turun ke satu lagi stesen.
Keluar masuk
suntingLaluan Kelana Jaya dan Laluan Putrajaya | ||
Pintu Masuk | Destinasi | Gambar |
---|---|---|
Utara | Akses aras tanah. Sebelah utara Jalan Ampang stesen MRT Ampang Park (Pintu B) |
|
Selatan | Akses aras tanah. Sebelah selatan Jalan Ampang Akses melalui Laluan Pejalan Kaki Jalan Tun Razak ke Intermark Mall, The LINC |
|
A | Jalan Tun Razak, Perhentian teksi dan e-panggilan, KL Trillion, Menara Tokio Marine Life, Wisma UNIRAZAK | |
B | Stesen LRT Ampang Park (sebelah utara)
Jalan Ampang, Intermark Mall, Megan Avenue, Plaza OSK |
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan BET7, 300, 302 dan 303 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
sunting- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ a b Alia Mior (24 Dis 2017). "Bidding farewell to Ampang Park" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jan 2018. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ Noel Achariam. "Ampang Park to make way for MRT station" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "MYMRT | MRT Corp - Official webpage for the Klang Valley My Rapid Transit". www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2017-05-29.