Stesen Ikebukuro (池袋駅, Ikebukuro-eki) ialah sebuah stesen keretapi di bahagian daerah Ikebukuro di bandar Tokyo, Jepun. Stesen ini digunakan rata-rata sebanyak 2.71 juta penumpang pada setiap hari kerja (2007), dan merupakan stesen kedua tersibuk di dunia selepas Stesen Shinjuku. Stesen Ikebukuro juga merupakan stesen tersibuk dalam jaringan keretapi Tobu, Seibu dan Tokyo Metro. Stesen ini terutamanya melayani para penumpang dari Wilayah Saitama serta kawasan bandar di sebelah barat laut pusat.

Stesen Ikebukuro

池袋駅
Ikebukuro Station East
Kawasan timur stesen serta bangunan beli-belah Seibu pada April 2023
LokasiMinami-Ikebukuro, Toshima, Tokyo
Jepun
Koordinat35°43′49″N 139°42′41″E / 35.73028°N 139.71139°E / 35.73028; 139.71139Koordinat: 35°43′49″N 139°42′41″E / 35.73028°N 139.71139°E / 35.73028; 139.71139
Dikendalikan oleh
SambunganBus interchange Terminal bas
Sejarah
Dibuka1 April 1903; 121 tahun yang lalu (1903-04-01)
Lokasi
Stesen Ikebukuro yang terletak di Tokyo
Stesen Ikebukuro
Stesen Ikebukuro
Lokasi di Tokyo
Stesen Ikebukuro yang terletak di Jepun
Stesen Ikebukuro
Stesen Ikebukuro
Stesen Ikebukuro (Jepun)
Map

Dibuka pada 1 April 1903 oleh Syarikat Keretapi Kebangsaan Jepun (JNR), stesen ini dan kawasan sekitarnya berkembang pesat selepas pembukaan Laluan Tōjō pada 1914, dan Laluan Musashino (kini Laluan Ikebukuro Seibu) pada 1915.