Stadium Daegu
Daegu Stadium,[1] juga dikenali sebagai Blue Arc, ialah stadium sukan pelbagai guna yang terletak di Daegu, Korea Selatan. Ia dahulunya dinamakan Stadium Piala Dunia Daegu tetapi telah ditukar kepada Stadium Daegu pada 5 Mac 2008. Ia mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 66,422 orang, dan tempat letak kereta untuk 3,550 kereta. Ia terletak kira-kira 11 kilometer atau 20 minit dengan kereta dari Lapangan Terbang Daegu. Ia diuruskan oleh Pusat Pengurusan Kemudahan Sukan Daegu.
Stadium Daegu | |
---|---|
The Blue Arc | |
Nama penuh | Stadium Daegu |
Nama lama | Stadium Piala Dunia Daegu |
Lokasi | 504, Daeheung-dong, Suseong-gu, Daegu, Korea Selatan |
Pecah tanah | 29 Julai 1997 |
Dibuka | 28 Jun 2001 |
Pemilik | Bandar Metropolitan Daegu |
Pengendali | Pusat Pengurusan Kemudahan Sukan Daegu |
Permukaan | Rumput, Trek Tartan |
Kos pembinaan | AS$265 juta |
Arkitek | Kang Cheol-Hee, Idea Image Institute of Architects (IIIA) |
Jurutera struktur | Substructure: Seoul Structure, Roof: WS Atkins |
Kontraktor umum | Samsung |
Kapasiti | 66,422 |
Dimensi padang | 105 x 68 m (running track: 400 m x 8 lane, 100 m x 9 lane) |
Penyewa | |
Daegu FC (2003–2018) |
Stadium Daegu | |
---|---|
Hangul | 대구스타디움 |
Hanja | 大邱스타디움 |
Perumian Semakan | Daegu Woldeukeop Gyeoggijang |
McCune–Reischauer | Taegu Wŏldŭkŏp Kyŏnggijang |
Ia merupakan salah satu tempat tuan rumah Piala Dunia FIFA 2002 dan stadium utama untuk Universiade Musim Panas 2003[2] dan Kejohanan Dunia Olahraga 2011. Ia adalah stadium rumah Daegu FC sehingga 2018.[3][4]
Rujukan
sunting- ^ World Stadiums Daegu Stadium Diarkibkan 2009-01-27 di Wayback Machine Retrieved 2011-10-12
- ^ 22nd SUMMER UNIVERSIADE Diarkibkan 2011-08-14 di Wayback Machine Retrieved 2011-10-12
- ^ (dalam bahasa Korea) K-League 대구 월드컵 경기장, 시민들을 위한 따뜻한 쉼터 – Dream stadium of K-League[pautan mati kekal]
- ^ (dalam bahasa Korea) Daegu FC official homepage[pautan mati kekal] Retrieved 2011-10-12
Pautan luar
sunting- Pusat Pengurusan Kemudahan Sukan Daegu (dalam bahasa Korea)