Soloz: Game of Life
Soloz: Game of Life ialah sebuah filem biografi dan drama sukan elektronik Malaysia 2025, akan datang diarahkan oleh Syafiq Yusof[1] dan diterbitkan oleh Key Production, diedarkan oleh Skop Production serta mendapat penajaan dari Moonton.[2][3] Filem ini dibintangi oleh Hun Haqeem, Ikmal Amry, Mohd Syafie Naswip, Jaa Suzuran, Nia Atasha, Jihaa Sham dan Noki K-Clique. Filem ini mengisahkan Muhammad Faris Zakaria (Soloz) seorang penggiat YouTube dalam perlawanan kejohanan E-sports MLBB.[4]
Soloz: Game of Life | |
---|---|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Rahila Ali |
Dibintangi | |
Sinematografi | |
Disunting oleh | Hafizil |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | Key Billion
|
Diedarkan oleh | Skop Production |
Tarikh tayangan | 23 Januari 2025 |
Masa tayangan | 139 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Plot
suntingFilem ini diinspirasikan daripada kisah benar tentang perjalanan seorang remaja yang dikenali sebagai Muhammad Faris Zakaria, dia juga dikenal sebagai Soloz untuk melalui cabaran kehidupan sebagai pemain E-sports profesional.[7][8]
Game of Life mendedahkan persaingan hebat antara The Boss dengan pasukan dari Singapura, Vengeance. Soloz bersama rakan sepasukannya harus lebih banyak belajar dan bekerja keras dalam manis dan pahitnya kehidupan, nilai persahabatan agar berjaya dalam kemenangan.
Pelakon dan watak
sunting- Hun Haqeem sebagai Soloz[9]
- Ikmal Amry sebagai Irfan
- Nia Atasha sebagai Emma
- Mohd Syafie Naswip sebagai Fizul
- Jihaa Sham sebagai Maryam
- Jaa Suzuran sebagai Wafiyyah
- Noki K-Clique sebagai Safwan
- Datuk Remy Ishak untuk penampilan khas[10]
Beberapa watak dalam permainan video Mobile Legends: Bang Bang ikut muncul merujuk daripada trailer seperti Helcurt dan Gusion.[11]
Penerbitan
suntingAnimasi
suntingFilem ini akan menampilkan animasi 3D dan CGI dalam pertarungan MLBB yang dibuat oleh Moonton.[12] Syarikat itu memastikan bahawa tidak akan keluar dari aspek teknikal dan garis panduan permainan yang sudah familiar bagi pemain setia.
Perancangan
suntingFilem ini diumumkan di Kuala Lumpur pada 26 Mac 2023 oleh perkongsian antara Key Billion Sdn. Bhd sebagai pembuat filem dan Moonton Co. Ltd. sebagai pemilik francais Mobile Legends: Bang Bang.[13] Syafiq Yusof mengatakan bahwa tajuk yang ia sedang arahkan ini ialah genre yang paling mencabar. Masih banyak masyarakat yang memandang negatif kepada pekerjaan esports.[14] Rahila Ali sebagai penerbit filem berharap filem ini dapat diguna sebagai inspirasi untuk bertahan dari cabaran. Bagi beliau, "Soloz: Game of Life" bukan hanya sekedar animasi 3D dengan pelakon, tetapi kisah yang menyerlahkan potensi besar kerjaya esports profesional.[15]
Beberapa pelakon seperti Hun Haqeem dan Jaa Suzuran yang melakonkan watak Wafiey memuji peribadi yang sering dipanggil Faris itu. Dia sering mengingatkan kepada pelakon dalam pembuatan filem agar jangan sampai melupakan sholat. "Kita tetap kena sholat untuk mengimbangi dunia dan akhirat," jawab Hun.[16]
Runut bunyi
suntingSoundtrack untuk Soloz: Game of Life yang bertajuk, Untuk Semua Jiwa telah dikeluarkan pada Disember 2024.[17] Lagu itu dinyanyikan oleh Hun Haqeem dan Noki K-Clique.[18] Lagu kedua bertajuk, To The Finish Line telah terbit pada Januari 2025[19] oleh Vanessa Reynauld dan Rebel Asia.[20]
Rujukan
sunting- ^ "Syafiq Yusof teliti hasilkan 'Soloz: Game of Life', papar realiti kehidupan 'gamers' - Wayang | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-01-05. Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ travelguide, 1steurope (2024-12-17). "Soloz Game of Life adalah film pertama MLBB di dunia". Games Travel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Soloz's journey to Mobile Legends: Bang Bang fame to be adapted into film, Game of Life, directed by Syafiq Yusof-Develop games and fun for players all over the world". en.moonton.com. Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ Bernama. "Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton". www.astroawani.com. Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ Maxinfo, Wartawan (2025-01-09). "Inspirasi mengejar impian dalam dunia e-sukan, filem 'Soloz: Game of Life' sentuhan unik Syafiq Yusof". Informasi Tiada Batasan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ Syafiq, Razin (2024-12-17). "SOLOZ: GAME OF LIFE Bakal Ditayangkan Pada 23 Januari 2025!". gamersantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Filem Soloz: Game Of Life". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-31. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "MBO Cinemas". mbocinemas.com. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Bakal tayang Jan 2025! Kisah kejayaan Soloz diangkat ke layar perak melalui Game of Life". Lifestyle Asia Malaysia. 2025-01-06. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Filem Soloz: Game of Life Tayang 23 Januari, Ramai Dah Tak Sabar!". gempak.com (dalam bahasa Bambara). 2025-01-04. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ TGV Cinemas (2025-01-10), SOLOZ Game of Life - Official Trailer, dicapai pada 2025-01-14
- ^ BERNAMA (2025-05-01). "Filem Soloz: Game Of Life Janjikan Pengalaman Segar, Berbeza Buat Penonton". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "Siakap Keli". siakapkeli.my. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ "(HIBURAN) Soloz: Game of Life – Kisah Benar Kejayaan: Inspirasi Mengejar Impian Dan Cita-cita Sentuhan Unik Syafiq Yusof Dalam Genre Berbeza | Galaksi Media". Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Bebit, Subky HJ (10 Januari 2025). "Inspirasi mengejar impian melalui filem Soloz: Game of Life". Kelkatut TV. Dicapai pada 14 Januari 2025.
- ^ Nordin, Norhayati (2025-01-11). "Ideanya luar biasa". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Apple Music 上Hun Haqeem & Noki的歌曲《Untuk Semua Jiwa (From "Soloz Game Of Life")》 (dalam bahasa Cina), 2024-12-13, dicapai pada 2025-01-14
- ^ sonymusicMYVEVO (2025-01-13), Hun Haqeem, Noki - Untuk Semua Jiwa (OST "Soloz Game Of Life") | Official Lyric Video, dicapai pada 2025-01-14
- ^ "Vanessa Reynauld and Rebel Asia, two of Malaysia's rising music stars, team up in new single for new movie "Soloz Game of Life"". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2025-01-12. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Ghafar, Fendi (2025-01-11). ""To the Finish Line" – Kolaborasi luar biasa Vanessa Reynauld & Rebel Asia berani mencabar sempadan muzik". suara.tv (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-14.