Soloz

Penggiat YouTube Malaysia

Muhammad Faris Zakaria (lahir 15 Mei 1993), juga dikenali sebagai Soloz merupakan pemain profesional permainan video Mobile Legends: Bang Bang dan penstrim yang termasyhur di Malaysia. Populariti beliau meningkat apabila beliau menjadi antara pemain Malaysia terawal yang bermain MLBB bersama rakan-rakannya.

Soloz

Soloz dalam satu wawancara
Kelahiran
Muhammad Faris bin Zakaria

(1993-05-15) 15 Mei 1993 (umur 31)
WarganegaraMalaysia
Nama lainSoloz, Raja Tanpa Mahkota
PekerjaanPenstriman
Tahun aktif2016–kini
Terkenal keranaPemain Mobile Legends
PasanganMaryam Jamilah Rahim (k. 2020)

Soloz ialah salah satu pemain esports paling berjaya di Asia Tenggara sepanjang masa.[1][2][3] Dia juga digelar oleh ramai pemain esports lain sebagai "Maharaja Soloz".[4]

Karier kerjaya

sunting

2016-2019: Penubuhan Mobile Legends: Bang Bang dan SEA Games Filipina 2019

sunting

Mobile Legends: Bang Bang ialah sebuah permainan video yang dikeluarkan pada September 2016 oleh Moonton. Dia bersama ahli pasukannya ketika itu Mysterious Assassin (MyA) iaitu King, Zyzz, Sh4dow, 2ez4jepv telah beraksi bersama sejak tahun 2016. Soloz pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP ketika bersama MyA.[5]

Pada tahun 2018, Soloz menyertai AirAsia Saiyan yang ketika itu Fredo menjadi kapten skuad. Sepanjang bersama AirAsia Saiyan,Soloz juga pernah memenangi kejohanan Gegaria Fest Putrajaya[6] menentang MyA yang mana mereka membawa pulang RM5,000.[7] Pada bulan Oktober, bersama Rush, Penjahat, HawkEye, Gripex, Logan dan kapten skuad, Soloz menyertai Team Bosskurr pada bulan Oktober. Bersama kelab baharunya, Soloz dipilih sebagai kapten.

Bersama dengan Bosskurr, Soloz berjaya memenangi Todak Fest.[8] Dalam perlawanan best of 1 tersebut, kelab memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Populariti Soloz semakin naik dan dia dipilih untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA Filipina 2019 sebagai atlet e-sukan MLBB. Pada kejohanan besar itu ia berjaya membawa pulang pingat gangsa. Soloz menerima kekalahan dari sang tuan rumah, Filipina di pusingan separuh akhir.[9]

2020-2024: Penubuhan Team Vamos

sunting

Beliau mendapat perhatian netizen apabila membeli sebuah kereta Ford Mustang pada Februari 2020 dengan hanya berpendapatan bermain permainan video.[10] Perhatian tersebut mendapat lebih tinggi apabila beliau memakai selipar ketika mengambil kereta itu.[11][12][13]

Pada Januari 2022, beliau menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P. J. K.) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-74 hasil sumbangan beliau kepada e-sukan Malaysia.[14][15]

Pada Julai 2024, beliau membeli slot pasukan King Empire di MPL MY[16] yang diusahakan oleh Muhammad "KingShah" Shafiq dan Amirul Mukmimin "KingYonnyz" Zahri dibubarkan[17] dengan menamakan pasukan tersebut sebagai Team Vamos. Pasukan beliau mencuri perhatian apabila menandatangani hampir kesemua bekas pemain dari pasukan HomeBois ciptaan Nureddy "Daddyhood" Nursal.[16][18] Ini disusuli dengan kemenangan beliau sebagai penstirm terbaik pada tahun 2024 di MLBB Awards 2024.[19]

2025–kini:Pembuatan Filem dan Projek Baharu

sunting

Pada 26 Mac 2024, Moonton mengumumkan projek baharu mereka yang bertajuk, Soloz: Game of Life. Filem itu akan menceritakan kehidupan muda Muhammad Faris Zaikal (Soloz) dibintangi oleh Hun Haqeem yang akan melakonkannya, Ikmal Amry dan Jaa Suzuran.[20][21]

Hun Haqeem mengatakan dalam temu ramah Saya sering berjumpa dengan Soloz, menghabiskan masa dengan dia. Dalam 3 hari bertukar cerita, pengalaman dan sifat-sifatnya. Dekat set pun saya ada rasakan rakan yang mempunyai hal yang sama".[22]

sunting

Kisah kehidupan beliau sebagai pemain e-sukan MLBB telah diterbitkan oleh Rahila Ali dan diarahkan oleh Syafiq Yusof. Filem yang bertajuk Game of Life dengan Hun Haqeem memegang tanggungjawab berlakon sebagai beliau serta disokong oleh Ikmal Amry sebagai pemain dari Singapura, Jihaa Sham, Jaa Suzuran, Hafeez Mikail, Fauzi Nawawi dan lainnya.[23][24] Filem tersebut diterbitkan oleh Key Billions dengan kerjasama Moonton yang diumumkan pada bulan Mac 2024.[25][26] Filem itu telah tayang pada 23 Januari 2025 dan mendapat sambutan yang sangat positif dengan animasi 3D profesional.[27][28]

Kehidupan peribadi

sunting

Soloz mengumumkan bahawa beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihannnya, Maryam Jamilah Rahim pada Jun 2020.[29] Pada 21 Mac 2023, akaun Facebook rasmi beliau dengan 2.6 juta pengikut telah digodam oleh pihak tidak dikenali.[30]

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Pratama, Aditya (2023-01-19). "Profil Soloz, Legenda MLBB Asal Malaysia Setara RRQ Lemon!" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-25.
  2. ^ "Kenali personaliti internet". www.astroawani.com. Dicapai pada 25 Januari 2025.
  3. ^ "Soloz nasihat Team Vamos 'kebal' kritikan, bukti kemampuan di MPL musim ke-14". Sinar Harian. 2024-09-07. Dicapai pada 2025-01-25.
  4. ^ "'Maharaja' Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend". www.iloveborneo.my. 2021-08-27. Dicapai pada 2025-01-25.
  5. ^ "Mobile Legends: Soloz MyA sertai AirAsia Saiyan, Hawkeye undur diri sebagai kapten". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-11-02.
  6. ^ MyGameOn. "AirAsia Saiyan Juara Mobile Legends All-Star Arena Di Gegaria Fest Putrajaya". MyGameOn. Dicapai pada 2024-11-02.
  7. ^ Pratama, Aditya (2023-01-19). "Profil Soloz, Legenda MLBB Asal Malaysia Setara RRQ Lemon!". YODU (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  8. ^ MyGameOn. "Mobile Legends: Bosskur Gaming Juara Todak Fest 2019". MyGameOn. Dicapai pada 2024-11-02.
  9. ^ Manaloto, Nicolo (2019-12-08). "SIBOL Mobile Legends squad makes history by winning the PH's first Gold Medal at SEA Games Esports Event". UnGeek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  10. ^ Naim (2020-02-05). "Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya". VOCKET. Dicapai pada 2024-11-02.
  11. ^ ""Siapa kata main game takde masa depan?" - Dengan Main Mobile Legends, Soloz Mampu Miliki Ford Mustang! - Lobak Merah". lobakmerah.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-05. Dicapai pada 2024-11-02.
  12. ^ syafika (2020-02-04). "Main Game Boleh Beli Mustang, Gamers Pergi Ambil Kereta Pakai Selipar Je!". OHBULAN! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  13. ^ Mohanakrishnan, Arjun. "Professional video games player buys Ford Mustang in slippers". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  14. ^ a b "Soloz terima pingat Negeri Sembilan". wtmtoday.my. 22 Januari 2022. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  15. ^ a b "Soloz Terima Kurnia Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan | Suara Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-25. Dicapai pada 2024-11-02.
  16. ^ a b "Soloz bakal wujudkan pasukan baru untuk beraksi di MPL MY". Harimau Malaya. 2024-07-18. Dicapai pada 2024-11-02.
  17. ^ Rajan, K. (2024-07-20). "Soloz and Co buy a slot for new MPL MY season | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  18. ^ "MPLMY S14: Pasukan milik Soloz, Team Vamos lakar kemenangan pertama". stadiumastro.com. Dicapai pada 2024-11-02.
  19. ^ a b Salim, Faizal (2024-10-27). "Soloz and SRG win big at MLBB Creator Awards | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  20. ^ "Soloz's journey to Mobile Legends: Bang Bang fame to be adapted into film, Game of Life, directed by Syafiq Yusof-Develop games and fun for players all over the world". en.moonton.com. Dicapai pada 2025-01-12.
  21. ^ Algredi, M. "Ketika Turnamen Mobile Legend Diangkat dalam Realitas Film Soloz: Game of Life - Padek Jawapos". Ketika Turnamen Mobile Legend Diangkat dalam Realitas Film Soloz: Game of Life - Padek Jawapos (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-12.
  22. ^ "Soloz Game of Life, Film MLBB Pertama yang Terinspirasi Kisah Soloz". GGWP.ID (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-12.
  23. ^ SAIDI, NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR (2024-04-26). "'Game of life' Syafiq Yusof, Soloz jadi inspirasi". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-11-02.
  24. ^ Joe, Naddy (2024-03-30). "Hebat! Kisah Hidup Soloz Bakal Diadaptasi Dalam Filem 'Game Of Life'". Murai MY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
  25. ^ Iman, Najmi. "MPLMY S14: Filem Soloz akan temui anda di pawagam tahun depan!". stadiumastro.com. Dicapai pada 2024-11-02.
  26. ^ "Solo'z Journey to Mobile Legends Fame to be adapted into film, Game Of Life, directed by Syafiq Yusof". Malaysiakini. 2024-04-02. Dicapai pada 2024-11-02.
  27. ^ BERNAMA (2025-01-23). "'Soloz: Game Of Life' Unveils Journey Of Malaysian Esports Icon". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-23.
  28. ^ ""Soloz: Game of Life" is a cinematic celebration of e-sports and family values". www.cinema.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-23.
  29. ^ "Lama bercinta, jarang berjumpa... Soloz dah tak solo, tamat zaman bujang dengan gadis pilihan – "Kenal sebelum join Mobile Legends" - Viral | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-18. Dicapai pada 2024-11-02.
  30. ^ Jaafar, Hizam (2023-03-21). "Sudah Tidak Boleh Diakses, Soloz Sahkan Akaun Facebook Rasmi Telah Digodam". VOCKET. Dicapai pada 2024-11-02.
  31. ^ Syamimi, Nur (2020-05-05). "Catat 1.2 Juta Pengikut, Soloz Kini Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records". VOCKET. Dicapai pada 2024-11-02.