Sluha Narodu
Sluha Narodu (Bahasa Ukraine: Слуга народу, Rusia: Слуга народа, rumi: Sluga Naroda - "Hamba Rakyat" atau "Khadam Rakyat", tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Servant of the People ) ialah sebuah siri televisyen satira politik dari Ukraine tahun 2015. Kisah ini mengisahkan seorang guru sejarah (lakonan Volodymyr Zelensky) yang banyak mendapat perhatian kerana keluhannya terhadap keadaan rasuah di Ukraine yang terakam lalu menular di serata Internet sehingga menawan para pengundi di negara itu memnagkan beliau sebagai Presiden Ukraine.[1][2][3]
Sluha Narodu | |
---|---|
Fail:Servant of the People TV.jpg | |
Genre | Satira politik komedi |
Pencipta | Volodymyr Zelensky |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | Dmytro Shurov |
Penggubah |
|
Negara asal | Ukraine |
Bahasa | bahasa Rusia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 51 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | |
Penerbit |
|
Lokasi | Kyiv, Ukraine |
Tempoh siaran | 40—90 minit |
Syarikat penerbitan | |
Syarikat pengedaran |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | 1+1 |
Format gambar | 1080i (16:9 HDTV) |
Siaran asal | 16 November 2015 | – 28 Mac 2019
Pautan luar | |
[1plus1.ua Laman sesawang] |
Kemasyhuran siri ini semakin membuak sehingga para kru produksinya sendiri digesa terlibat dalam politik negara Ukraine - sebuah parti politik didasarkan siri ini didaftarkan oleh Kementerian keadilan Ukraine pada 31 Mac 2018,[4] Volodymyr Zelensky yang memainkan pelakon utama turut memenangi undi sebagai Presiden Ukraine dalam pilihan raya presiden negara tersebut yang berlangsung bulan April 2019.
Barisan pelakon
sunting- Volodymyr Zelensky sebagai Vasyl Petrovych Holoborodko, seorang guru sejarah yang kemudiannya menjadi Presiden Ukraine
- Stanislav Boklan sebagai Yuriy Ivanovich Chuiko, Perdana Menteri Ukraine
- Viktor Sarayki sebagai Petro Vassilyevich Holoborodko, ayah Vasyl
- Nataliya Sumska sebagai Mariya Stefanovna Holoborodko, ibu Vasyl
- Kateryna Kisten sebagai Svetlana Petrovna Sakhno, kakak Vasyl dan bekas timbalan badan percukaian
- Olena Kravets sebagai Olha Yuriyivna Mishchenko, bekas isteri Vasyl dan pengarah Bank Negara Ukraine
- Yevhen Koshovy sebagai Serhiy Viktorovich Mukhin, bekas pelakon dan Menteri Ehwal Luar Negara Ukraine
- Yury Krapov sebagai Mikhaylo Ivanovich Sanin, Menteri Ehwal Fiskal Ukraine
- Oleksandr Pikalov sebagai sebagai Ivan Andreyevich Skorik, Menteri Pertahanan Ukraine:
- Mykhailo Fatalov sebagai Mikhail Ashotovich Tasunyan, ketua badan perisikan Ukraine SBU
- Anna Koshmal sebagai Natasha Sakhno, anak saudara Vasyl
- Halyna Bezruk sebagai Anna Mikhailovna, kekasih Vasyl
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Jacobsen, Katherine (13 December 2016). "How a Fictional President Is Helping Ukrainians Rethink Their Absurd Politics". Foreign Policy. Dicapai pada 25 August 2017.
- ^ Kao, Anthony (6 June 2017). "Ukraine's 'Servant of the People' is a hidden gem of political comedy". Cinema Escapist. Dicapai pada 25 August 2017.
- ^ Kao, Anthony (22 August 2017). "Interview: Vladimir Zelenskiy on playing Ukraine's president in 'Servant of the People'". Cinema Escapist. Dicapai pada 25 August 2017.
- ^ (Rusia) The Ministry of Justice registered the party "Servant of the people", Ukrainian News Agency (26 April 2018)