Siti Mastura Muhammad
Yang Berhormat Dr. Siti Mastura Muhammad (lahir 27 Ogos 1989) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan PAS Negeri Pulau Pinang.
Siti Mastura Muhammad AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kepala Batas, Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Reezal Merican Naina Merican |
Majoriti | 2,867 (PRU-15) |
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia | |
Dalam jawatan 2021–2023 | |
Didahului oleh | Zuraida Md Noor |
Digantikan oleh | Mardhiyyah Johari |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Permatang Tinggi C, Pinang Tunggal, Pulau Pinang | 27 Ogos 1989
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik, pendakwah bebas |
Anak kelahiran Pulau Pinang ini dibesarkan di Kepala Batas, mendapat pengajian awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Keladi, dan sekolah menengah di Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian tinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir (Shariah Islamiah -Sarjana) dan Universiti Sains Malaysia (Pengurusan Pembangunan Islam-Sarjana Muda & Doktor Falsafah).[1]
Pendidikan
sunting- Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Pembangunan Islam dari Universiti Sains Malaysia
Memenangi 'Anugerah Tesis Terbaik' bertajuk Konsep Kepenggunaan Wasatiyyah berdasarkan Al-Quran: kajian tafsir Al-Mawduiy
- Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islamik Universiti Sains Malaysia
- Sarjana Muda Pengkhususan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas
Latar Belakang Pekerjaan
suntingSetelah menamatkan pengajian di Peringkat Doktor Falsafah, beliau bertugas sebagai seorang Timbalan Mudirah di Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Pulau Pinang (PPTSAT) dan Guru Besar Sekolah Ren Islam Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang (SRITSAT). Beliau juga pernah bekerja sebagai Pensyarah serta Guru Takmir di Pulau Pinang.
Pengalaman dalam pertubuhan kemasyarakatan
suntingBeliau telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan sejak di bangku sekolah. Beliau pernah terlibat dengan:
- Persatuan Nisa Pulau Pinang
- Persatuan KRL Pulau Pinang
- Persatuan Suri Pulau Pinang
- JIM Pulau Pinang
- ISMA Pulau Pinang
- HALUAN
Penglibatan Politik
suntingBeliau mula melibatkan diri secara aktif dalam politik setelah dilantik sebagai Pengarah Untit Pulau Pinang yang merupakan salah satu badan di dalam Dewan Walauntit PAS Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Untit Malaysia pada sesi 2021/2023 untuk terus menerajui Untit dalam menjadikan masyarakat, terutamanya untit muda untuk lebih celik dalam politik.
Tuduhan fitnah terhadap pemimpin DAP
suntingDalam ceramah politik Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman pada 4 November 2023, tanpa mengemukakan sebarang bukti, Siti Mastura telah membuat kenyataan kononnya ahli politik DAP Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang mempunyai hubungan kekeluargaan (sepu...pu) dengan mendiang Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew serta bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, serta menuduh mereka menyebarkan ideologi komunis melalui sistem cadre. Beliau juga mendakwa ahli politik DAP Teresa Kok merupakan sepupu kepada isteri Guan Eng, Betty Chew. Dalam ceramahnya, Siti Mastura turut mengubah sebutan nama Lee Kuan Yew kepada "Lim" Kuan Yew dalam percubaannya untuk mengaitkan Perdana Menteri Singapura tersebut dengan keluarga Lim. Akibat dakwaan tersebut, Guan Eng telah memberi kata dua kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti terdapatnya pertalian darah antara keluarga Lim, Chin Peng, dan Lee Kuan Yew, ataupun berhadapan dengan tindakan mahkamah, namun Siti Mastura enggan memberi kerjasama.[2]
Setelah laporan polis dibuat, Siti Mastura telah diarahkan memberi keterangan kepada pihak polis.[3] Pada 29 November 2023, Siti Mastura akhirnya disaman tiga pemimpin DAP yang difitnahnya.[4] Pada 4 Disember 2024, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM250,000) dan Teresa Kok (RM200,000), selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif berkenaan sebagai kos.[5] Dengan ini, Siti Mastura telah memalukan parti beliau seperti biasa.
Keputusan Pilihan Raya
suntingParlimen
suntingTahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Kepala Batas | Siti Mastura Muhammad | PN (PAS) | 28,604 | Reezal Merican Naina Merican | BN (UMNO) | 25,737 | 2,867 |
Danial Abdul Majeed | MUDA | 14,214 | ||||||
Hamidi Abu Hassan | GTA (BERJASA) | 747 | ||||||
2018 | Siti Mastura Muhammad | PAS | 12,120 | Reezal Merican Naina Merican | BN (UMNO) | 22,459 | 4,736 | |
Zaidi Zakaria | PH (AMANAH) | 17,723 |
Rujukan
sunting- ^ "Academic awards USM" (PDF).
- ^ "Beri bukti saya ada hubungan keluarga dengan Kuan Yew, Chin Peng". Berita Harian. 7 November 2023
- ^ Dakwaan fitnah Guan Eng, Siti Mastura ke Bukit Aman esok. Berita Harian. 13 November 2023
- ^ Fitnah: Tiga pemimpin DAP saman Siti Mastura. Astro Awani. 29 November 2023
- ^ Yusof, Siti Aminah Mohd (2024-12-04). "Kit Siang, Guan Eng, Teresa Kok menang saman fitnah; MP Kepala Batas diarah bayar RM825,000". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-04.
2. https://pru.sinarharian.com.my/calon/6563/siti-mastura-muhammad