Sistem pilihan raya

(Dilencongkan daripada Sistem pengundian)

Sistem pilihan raya, sistem pemilihan atau sistem pengundian merupakan peraturan-peraturan yang menentukan bagaimana suatu pilihan raya dan pungutan suara diadakan dan bagaimana keputusannya ditentukan. Sistem-sistem pilihan raya politik diatur oleh pihak kerajaan atau pemerintah, manakala bagi bukan politik diadakan dalam perniagaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau pemerintah dan badan-badan tidak rasmi. Peraturan-peraturan ini mengawal semua aspek proses pengundian. Sistem pilihan raya politik ditentukan oleh perlembagaan dan undang-undang pilihan raya, biasanya dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya dan menggunakan pelbagai jenis pengundian untuk jawatan-jawatan yang berbeza.

Peta menunjukkan sistem-sistem pengundian yang diguna pakai untuk memlih calon-calon bagi dewan rendah badan perundangan kebangsaan, setakat Januari 2020.
Sistem kemajmukan/perbilangan
Sistem majoriti
Sistem separa berkadaran
Sistem berkadaran
Sistem bercampur
     Sistem bonus majoriti
          Perwakilan berkadar anggota bercampur
                    Perwakilan bermajoriti anggota bercampur
Lain-lain
  Tiada pilihan raya yang langsung
  Tiada maklumat

Peraturan dan pengawalaturan

sunting

Tambahan bagi kaedah tertentu dalam memilih calon, sistem-sistem pilihan raya juga dicirikan dengan peraturan dan pengawalaturan, kebiasaannya ditetapkan oleh perlembagaan atau undang-undang pilihan raya sesebuah negara. Peraturan penyertaan menentukan penamaan calon dan pendaftaran pemilih, lokasi tempat-tempat pembuangan undi serta ketersediaan undian dalam talian, pos dan tidak hadir. Pengawalaturan lain termasuklah pemilihan alat-alat pengundian seperti kertas undi, pengundian mesin atau sistem undian terbuka serta penentusahan dan pengauditan yang digunakan.

Peraturan-peraturan pilihan raya menetapkan had pada hak mengundi dan calon. Para pengundi di kebanyakan negara dicirikan oleh hak mengundi sejagat, tetapi terdapat perbezaan pada kelayakan umur, dengan usia 16 sebagai termuda dan usia 21 sebagai tertua (walaupun pemilih-pemilih mestilah berumur 25 tahun untuk mengundi dalam pilihan raya Senat di Itali). Kelayakan mengundi boleh terlucut untuk beberapa sebab seperti menjadi banduan, diisytiharkan muflis, melakukan jenayah tertentu atau menjadi anggota bersenjata yang berkhidmat. Had-had serupa ditetapkan kepada calon (juga dikenali sebagai hak mengundi pasif), dalam banyak kes had umur untuk calon-calon adalah lebih tinggi berbanding usia pengundi. Sejumlah 21 buah negara mempunyai pengundian wajib, walaupun dalam sesetengahnya terdapat had umur yang lebih tinggi untuk penguatkuasaan undang-undang.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Suffrage" (dalam bahasa Inggeris). CIA World Factbook. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2008.