Sikkim
Sikkim (bahasa Nepali: सिक्किम (bantuan·maklumat), juga Sikhim) ialah sebuah negeri India yang dilingkungi daratan sepenuhnya yang terletak di banjaran Himalaya. Sikkim ialah negeri yang paling sedikit penduduknya di India,[1] dan kedua terkecil keluasannya mengekori Goa. Negeri berbentuk ibu jari ini bersempadan dengan Nepal di barat, Tibet di utara dan timur, dan Bhutan di tenggara, serta negeri Bengal Barat di selatan.[2] Bahasa-bahasa rasminya ialah bahasa Hindi , Bhutia, Nepali, Lepcha, Limbu, dan Inggeris. Bahasa yang digunakan dalam hampir segala urusan bertulis ialah bahasa Inggeris. Agama-agama yang utamanya ialah agama Hindu dan agama Buddha Vajrayana. Gangtok ialah ibu negeri dan bandar terbesar Sikkim.[3]
सिक्किम Sikkim | |
— state — | |
Koordinat | |
Negara | India |
Daerah | 4 |
Tarikh ditubuhkan | 16 May 1975 |
Ibu negeri | Gangtok |
Bandar terbesar | Gangtok |
Ketua Menteri | Pawan Kumar Chamling |
Gabenor | V. Rama Rao |
Perundangan (kerusi) | Tunggal (32) |
Penduduk |
540,493 (28) • 76.17/km2 (197/sq mi) |
Bahasa rasmi | Nepali |
---|---|
Zon masa | IST (UTC+5:30) |
Keluasan | 7096 km2 (2740 sq mi) |
ISO 3166-2 | IN-SK |
Laman web | sikkim.nic.in |
Mohor सिक्किम Sikkim |
Meskipun saiznya yang kecil, namun Sikkim menikmati kepelbagaian geografi, disebabkan lokasinya di rantau Himalaya. Iklimnya antara subtropika ke pergunungan tinggi. Kangchenjunga, kemuncak ketiga tertinggi di dunia, terletak di bahagian barat laut pada sempadan Nepal, dan boleh dilihat daripada kebanyakan tempat di negeri ini.[2] Sikkim ialah sebuah destinasi pelancongan popular kerana budaya, keindahan pemandangan dan kepelbagaian biologinya.
Ekonomi
suntingKeluaran Dalam Negara Kasar (GSDP) Sikkim dianggarkan berjumlah Rs 0.52 trilion ($6.3 bilion) pada 2024-25. [4]Ekonomi negeri terutamanya berasaskan pertanian, diikuti oleh pelancongan dan perlombongan terutamanya berasaskan penanaman padi teres dan jagung, sekoi, gandum, barli, oren, teh dan buah pelaga Dalam [5]beberapa tahun kebelakangan ini, Perjudian telah dihalalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan ekonomi dalam usaha meningkatkan pelancongan.[6]
Nota
sunting- ^ Arjun Adlakha (1997). "Population Trends: India" (PDF). International brief. U.S. Department of Commerce. m/s. 5. Dicapai pada 2006-10-12. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ a b "Physical Features of Sikkim". Department of Information and Public Relations, Government of Sikkim. 2005-09-29. Dicapai pada 2006-10-12. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "General Information". Sikkiminfo.net. Dicapai pada 2006-10-12.
- ^ "About Sikkim State: Industries in Sikkim, Tourism, Economy Growth & Agriculture". India Brand Equity Foundation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-19.
- ^ rawan239 (2024-10-16). "An Introduction to Economy of Sikkim". Sikkim PCS Free Notes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-19.
- ^ "Free Slot India". www.indiaslotplay.com. Dicapai pada 2024-12-19.
Pautan luar
sunting- Official website of the Government of Sikkim, Maintained by Department of Information Technology
- Details of the census
- Ecosystem of Sikkim — Flora, Fauna, Mountain passes, climate mentioned here.
- History of Sikkim
- Sinlung News
- Sikkim state statistics Figures on Sikkim's population, per capita income, density etc.
- China backs India's bid for U.N. Council seat Diarkibkan 2005-04-14 di Wayback Machine; Amit Baruah; The Hindu 2005-04-12.
- Historic India-China link opens, BBC News.
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Sikkim.