Waktu di India
Waktu Piawai India (bahasa Inggeris: Indian Standard Time, singkatan IST) ialah zon waktu yang digunakan di seluruh negara India, dengan perbezaan waktu sebesar UTC+5:30. Tidak terdapat waktu musim panas (DST) atau penyesuaian waktu musiman di India, meskipun DST pernah digunakan sebentar semasa Perang China-India pada tahun 1962, Perang India-Pakistan pada tahun 1965, dan Perang India-Pakistan pada tahun 1971.[1] Dalam sistem waktu ketenteraan dan penerbangan, IST termasuk dalam zon E* ("Echo-Star").[2]
Waktu Piawai India dihitung berdasarkan longitud 82.5° T, yang terletak di sebelah barat bandar Mirzapur, dekat Allahabad di negeri Uttar Pradesh. Perbezaan bujur antara Mirzapur dan Balai Cerap Diraja, Greenwich di United Kingdom sama dengan perbezaan waktu sebanyak 5 jam 30 minit tepat. Waktu tempatan diukur dari menara jam di Balai Cerap Allahabad (25.15° U 82.5° T) meskipun alat-alay pengukuran waktu rasmi disimpan di Makmal Fizikal Kebangsaan di New Delhi.[3]
Sejarah
suntingSalah satu penjelasan waktu piawai di India muncul pada abad ke-4 Masihi dalam buku astronomi Surya Siddhanta. Buku tersebut berdasarkan tanggapan bahawa bumi itu bulat serta mendefinisikan meridian utama (bujur sifar) sebagai garis yang melepasi Avanti, nama kuno bagi kota Ujjain yang bersejarah (23°10′58″LU, 75°46′38″BT), dan Rohitaka, nama lama bagi kota Rohtak ( ), sebuah kota berdekatan medan perang Kurukshetra.[4]
Terletak pada garis yang melewati tempat para setan berkumpul (katulistiwa dan 76° BT) dan gunung yang merupakan takhta para dewa (Kutub Utara), adalah Rohitaka dan Avanti...[5]
Para ahli astronomi kuna India menentukan awal hari berdasarkan terbitnya matahari pada meridian utama di Ujjain,[6] dan membagi hari kepada unit-unit yang lebih kecil sesuai dengan cara berikut ini: [7]
Waktu yang dapat diukur adalah waktu yang digunakan pada umumnya, dimulai dengan prāṇa (panjang suatu napas). Pala terdiri dari enam prāṇa, ghalikā terdiri dari 60 pala, dan nakṣatra ahórātra (satu hari penuh), terdiri dari 60 ghalikā. Satu nakṣatra māsa, atau satu bulan penuh, terdiri dari 30 hari.
Jika satu hari dibahagikan kepada 24 jam, maka prāṇa (atau satu kitaran respirasi), unit terkecil tersebut, sama dengan 4 saat, nilai yang konsisten dengan frekuensi pernafasan normal sebesar 15 nafas/minit yang digunakan dalam penelitian kedoktoran moden.[8] Surya Siddhanta juga menjelaskan suatu cara untuk menukar waktu setempat kepada waktu piawai Ujjain.[5] Meskipun begitu, waktu piawai Ujjain tidak lazim digunakan oleh orang-orang awam di luar bidang tersebut. Hampir sepanjang sebahagian besar sejarah India, kerajaan-kerajaan yang berkuasa menggunakan waktu setempat mereka yang biasanya ditentukan berdasarkan takwim Hindu yang menggabungkan unit bulan dan suria.[9] Sebagai contoh, balai cerap Jantar Mantar yang dibangun Maharaja Sawai Jai Singh di Jaipur pada tahun 1733 terdiri dari berbagai-bagai jam matahari yang tingginya mencapai 27 meter yang digunakan untuk menentukan waktu setempat dengan tepat.
Pada tahun 1792, Syarikat Hindia TimurBritish (BEIC) mendirikan balai cerap Madras di Chennai (dahulu bernama Madras) berkat usaha Michael Topping, seorang astronom dan pelaut British. Pada tahun 1802, John Goldingham yang dilantik sebagai ahli falak rasmi BEIC, menentukan garis bujur Madras ( ) sebagai sama dengan 5 jam 30 minit di hadapan Waktu Greenwich dan merupakan waktu piawai setempat. Peristiwa ini menandai penggunaan zon waktu tersebut untuk pertama kalinya, serta perubahan awal hari dari saat matahari terbit menjadi tengah malam. Jam di balai cerap terpasang kepada sebuah senjata yang ditembakkan pada jam 8 malam untuk mengumumkan bahwa IST berhasil "berjalan dengan baik".[10] Penentuan waktu untuk kepentingan pelayaran di Pelabuhan Bombay dilakukan balai cerap Colaba di Bombay yang didirikan pada tahun 1826.[11]
Sebahagian besar kota-kota di India mempertahankan waktu setempat mereka hingga beberapa tahun setelah diperkenalkannya kereta api pada tahun 1850-an, di mana perlunya sebuah zon waktu yang seragam menjadi penting. Waktu setempat di Bombay dan Kalikatar, sebagai pusat dua Presidensi India British terbesar, mempunyai kepentingan yang khusus, dan perlahan-lahan diadopsi oleh provinsi-provinsi dan negeri-negeri kepangeranan (princely state) di sekitarnya. Pada abad ke-19, jam disegerakkan menggunakan telegraf – jam yang dipakai kereta api, misalnya, disegerakkan melalui suatu isyarat waktu yang dikirim dari pejabat pusat atau pejabat wilayah pada waktu tertentu setiap hari.[12]
Pada tahun 1884, Persidangan Meridian Antarabangsa di Washington, DC menentukan zon waktu yang seragam di sepanjang dunia. India diputuskan mempunyai dua zon waktu, di mana Kalkuta menggunakan meridian timur ke-90 dan Bombay meridian 75°BT. Waktu Kalkuta ditetapkan sebagai 5 jam 30 minit 21 saat lebih cepat daripada GMT, sementara waktu Bombay ditetapkan sebagai 4 jam 51 minit lebih cepat dari GMT.[13] Pada akhir 1880-an, banyak syarikat kereta api mula menggunapakai waktu Madras (dikenal sebagai "waktu kereta api") sebagai waktu penengah antara kedua zon waktu di atas. zon waktu lain, waktu rata-rata Port Blair, diterapkan di Port Blair, ibu kota Kepulauan Andaman dan Nikobar di Teluk Benggala. Waktu rata-rata Port Blair ditetapkan sebagai 49 minit 51 saat lebih cepat daripada waktu Madras.[14]
India British tidak secara resmi mengadopsi zon waktu piawai hingga tahun 1905, saat meridian di sebelah timur Allahabad pada garis bujur 82,5° BT dipilih sebagai meridian pusat bagi India, dan satu zon waktu tunggal bagi seluruh India ditentukan. Hal ini mula berlaku pada 1 Januari 1906 dan juga diterapkan di Sri Lanka (pada ketika itu bernama Ceylon). Walaupun begitu, waktu Kalkuta masih resmi dipertahankan sebagai zon waktu terpisah hingga tahun 1948[12]
Pada tahun 1925, penyegerakkan waktu mula dikhabarkan melalui sistem telefon omnibus dan litar-litar kawalan kepada organisasi yang memerlukan waktu yang tepat. Hal ini berlangsung sehingga tahun 1940-an, ketika isyarat waktu mula disiarkan menggunakan radio oleh pemerintah.[12]
Setelah kemerdekaan pada tahun 1947, pemerintah India menetapkan IST sebagai waktu resmi bagi seluruh India, meskipun Kalkuta dan Bombay mempertahankan waktu setempat mereka selama beberapa tahun kemudian.[12] Balai Cerap Pusat dipindahkan dari Chennai ke sebuah tempat dekat Mirzapur agar dapat sedekat mungkin dengan UTC+5:30.
Ketika berlakunya Perang China-India pada tahun 1962, Perang-Perang India Pakistan tahun 1965 dan 1971, waktu musim panas digunakan untuk sementara waktu untuk mengurangkan konsumsi tenaga masyarakat.[1]
Masalah
suntingSebuah zon waktu tunggal yang mencakupi wilayah yang sangat luas menyebabkan perbelanjaan kos lebih besar serta mengakibatkan penjadualan semula terhadap acara-acara agar sesuai dengan seluruh wilayah lain di zon waktu tersebut. Jarak sepanjang 2,000 km dari barat ke timur India mencakupi 28 darjah garis bujur, sehingga matahari terbit dan terbenam dua jam lebih awal di sempadan timur India dibandingkan dengan di Rann Kutch di penghujung barat. Warga di negeri-negeri timur laut telah lama meminta zon waktu terpisah agar dapat memajukan jam mereka agar sesuai dengan terbitnya matahari yang lebih awal pada pagi hari serta menghindari pemakaian elektrik yang berlebihan pada malam hari.[3]
Pada akhir 1980-an, sekelompok pengkaji mengusulkan agar India dibahagikan kepada dua atau tiga zon waktu supaya dapat menjimat tenaga. Sistem binari yang diajukan menyerupai zon waktu yang dipakai pada masa penjajahan Great Britain; walau bagimanapun cadangan tersebut pada akhirnya tidak diterapkan.[3][15]
Pada tahun 2001, pemerintah India mendirikan sebuah jawatankuasa beranggotakan empat orang yang berada di bawah Kementerian Sains dan Teknologi untuk meneliti perlunya zon waktu terpisah dan penggunaan waktu musim panas.[3] Hasil penemuan mereka disampaikan kepada Parlimen pada tahun 2004 oleh Menteri Sains dan Teknologi, Kapil Sibal, di mana ia tidak mencadangkan perubahan pada sistem zon waktu tunggal. Menurut jawatankuasa tersebut, "meridian utama dipilih dengan merujuk kepada sebuah stasiun di pusat, dan negara India tidak mempunyai cakupan wilayah yang besar."[16]
Meskipun pemerintah India secara konsisten menolak membahagikan negara tersebut kepada beberapa zon waktu, terdapat fasal dalam undang-undang perburuhan seperti contohnya Undang-Undang Perburuhan Perkebunan 1951 yang mengizinkan pemerintah pusat mahupun negeri mentakrifkan serta menentukan waktu setempat untuk sebuah kawasan perindustrian tertentu.[17]
Isyarat waktu
suntingisyarat-isyarat waktu resmi dihasilkan oleh Makmal Piawai Waktu dan Frekuensi yang terletak di Makmal Fizik Negara New Delhi, dan digunakan untuk kepentingan komersil mahupun resmi. isyarat-isyarat tersebut berdasarkan jam atom dan disegerakkan dengan sistem jam sedunia yang mendukung Waktu Universal Selaras (Coordinated Universal Time, UTC).
Makmal Piawai Waktu dan Frekuensi tersebut:[18]
- mempunyai empat jam atom sesium dan rubidium;
- menyediakan jasa penyiaran berfrekuensi tinggi yang beroperasi pada 10 MHz di bawah tanda panggil ATA untuk menyegerakkan jam pengguna dalam kitaran satu mikrosaat
- menyediakan jasa penyiaran waktu dan frekuensi piawai berdasarkan satelit Sistem Satelit Nasional India, yang memberikan IST dengan ketepatan dalam kitaran ±10 mikrosaat dan kalibrasi frekuensi hingga ±10−10; dan
- melakukan kalibrasi waktu dan frekuensi dengan bantuan pengira frekuensi dan perekam fasa berkala piko- dan nanosaat
Waktu yang tepat disiarkan melalui radio All India Radio dan rangkaian televisyen Doordarshan, yang keduanya adalah badan usaha milik negara. Syarikat-syarikat telefon juga mempunyai nombor-nombor telefon yang terhubung dengan salinan (mirror) pelayan waktu yang dapat memberikan hitungan waktu yang tepat. Semakin populer pula adalah pemerolehan waktu menggunakan penerima Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System, GPS).[19]
Rujukan
sunting- ^ a b "India Time Zones". Greenwich Mean Time (GMT). Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ "Military and Civilian Time Designations". Greenwich Mean Time (GMT). Dicapai pada 2 Desember. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ a b c d Sen, Ayanjit (21 Ogos 2001). "India investigates different time zones". BBC News. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ Schmidt, Olaf H. (1944). "The Computation of the Length of Daylight in Hindu Astronomy". Isis, 35(3):205-211. The University of Chicago Press. Dicapai pada 29 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|work=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b Burgess, Ebenezer. 1858-1860. "Translation of the Surya-Sikddhanta, A Text-Book of Hindu Astronomy; With Notes, and an Appendix." Journal of the American Oriental Society, 6:141-498. (hal. 183-186).
- ^ Swerdlow, N. 1973. "A Lost Monument of Indian Astronomy." Isis. 64(2):239-243.
- ^ Das, Sukumar Ranjan. 1928. "The Equation of Time in Hindu Astronomy", The American Mathematical Monthly, 35(10):540-543. URL diakses pada 1 Desember 2006.
- ^ Piepoli, M. 1997. "Origin of Respiratory Sinus Arrhythmia in Conscious Humans." Circulation. 95:1813-1821. URL diakses pada 1 Disember 2006.
- ^ Tomczak, Matthias (15 Juli 2004). "Lecture 7: Living with the seasons—the calendar problem". Lectures on Science, civilization and society, Flinders University, Australia. Dicapai pada 1 Desember. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "History of Indian Time (IST)". Greenwich Mean Time (GMT). Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ "History of Indian Institute of Geomagnetism". National Informatics Centre. 10 Oktober 2006. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b c d
"Odds and Ends". Indian Railways Fan Club. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ "Indian Time Zones (IST)". Project Gutenberg. International Conference Held at Washington for the Purpose of Fixing a Prime Meridian and a Universal Day. October, 1884 Protocols of the Proceedings. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ "Note on the earthquake of 31 December 1881, Records of the Geological Survey of India,, XVII(2), 47–53, 1884". Cooperative Institute for Research in Environmental Sciences (CIRES). Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ S. Muthiah (2002-01-07). "A matter of time". The Hindu Business Line. The Hindu Group. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ "Standard Time for Different Regions". Department of Science and Technology. 22 Juli 2004. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "A matter of time". National Resource Centre for Women. Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Indian Time Today (IST)". Greenwich Mean Time (GMT). Dicapai pada 25 November. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ "Satellites for Navigation". Press Information Bureau, Government of India. Dicapai pada 25 November. Cite has empty unknown parameters:
|1=
dan|accessyear=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan); External link in|work=
(bantuan)
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Waktu saat ini di India
- (Inggeris) Makmal Fizik Nasional