Sitora Harimau Jadian
Sitora Harimau Jadian ialah sebuah filem genre drama dan seram Malaysia yang ditayangkan pada November 1964. Filem ini telah diarahkan oleh P. Ramlee Filem ini merupakan sebuah filem genre drama dan seram oleh P. Ramlee. Filem ini ditayangkan pada November 1964 dengan lakonan oleh beliau sendiri sebagai Dr. Affendi, Mahmud Jun sebagai Sitora, Rosmawati sebagai Naemah, Ali Rahman sebagai Tuan OCPD dan turut serta Minah Hashim dan Fazliyaton.
Sitora Harimau Jadian | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee |
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | P. Ramlee |
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | November 1964 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Trivia
suntingFilem lakonan dan arahan P. Ramlee yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur.
Ketika filem ini ditayangkan ia dikritik oleh wartawan kerana konsep filem ini dianggap terlalu awal di Malaysia ketika dahulu. Filem ini dikatakan adalah gabungan drama Melayu dan konsep filem seram komedi Werewolf of London. Tetapi filem ini telah dikategorikan sebagai filem yang hilang atau musnah. Ini kerana reja filem asal telah rosak, dikhabarkan berpunca kerana banjir dan mungkin juga keadaan bilik simpanan yang tidak baik.
Pelakon
sunting- P. Ramlee sebagai Dr. Affendi
- Mahmud Jun sebagai Sitora
- Rosmawati sebagai Naemah
- Ali Rahman sebagai Tuan OCPD
- Minah Hashim sebagai Tok Bomoh
- Fazliyaton
- Idris Hashim sebagai Pendekar Amin
- Nyak Osman
- Sanidy Ismail sebagai Rahman